PETALING JAYA, SELANGOR, Malaysia, 29 Mei 2014 /PRNewswire/ -- Kemampanan ekonomi kelapa sawit untuk tempoh jangka panjang berkait rapat dengan tahap kualiti peraturan yang tinggi industri tersebut.
Oleh demikian, satu sistem kawal selia yang cekap serta telus terus menjadi satu cabaran yang semakin meningkat dalam industri minyak sawit tempatan. Objektif utama peraturan adalah melindungi keselamatan, alam sekitar, kesehatan rakyat serta mesra perniagaan. Walau pun begitu, perlaksanaan yang tidak baik mengakibatkan bebanan peraturan yang tidak wajar seperti lambat memproses perohonan serta mengenakan bayaran yang berlebihan kepada perniagaan dan industri.
Malaysia, pengeluar minyak sawit kedua terbesar di dunia dan merupakan pengeksport utama hasil minyak sawit. Sektor minyak sawit tempatan, penyumbang utama yang keempat kepada hasil negara, mempunyai sejumlah 5.1 juta hektar yang ditanam dengan kelapa sawit, dengan 75 peratus daripada ladang-ladang ini adalah milik persendirian. Peningkatan dan penuaian kelapa sawit adalah berintensifkan buruh.
Sementara itu, penanam menghadapi bebanan kawal selia yang tidak wajar akibat sektor penanaman kelapa sawit dikawal selia dengan lebih ketat di peringkat-peringkat Kerajaan Persekutuan, Negeri dan tempatan, dalam perkara-perkara seperti alam sekitar, akses tanah, keselamatan dan kesihatan pekerjaan, buruh, serta perancangan kerajaan tempatan, pembinaan, cukai harta dan pelesenan.
MPC, dalam menyedari bebanan kawalan selia tidak wajar yang dihadapi oleh peniaga tempatan pada segmen huluan dan adanya potensi penyelesaian bagi mengurangkan bebanan berkaitan, telah mengeluarkan satu laporan bertajuk "Pengurangan Bebanan Kawal Selia Yang Tidak Wajar: Industri Kelapa Sawit", menyarankan kepakaran dan perspektif pemegang berkepentingan dalam sektor awam dan swasta.
Laporan tersebut telah disediakan berdasarkan maklumat kepakaran dan perspektif pihak-pihak berkaitan dari sektor awam dan swasta.
Menurut laporan itu, peraturan-peraturan yang bertindih dan pentadbiran yang lemah adalah punca utama wujudnya bebanan kawal selia yang tidak wajar dalam industri minyak sawit tempatan, terutamanya sektor penanaman kelapa sawit.
Antara contoh bebanan kawal selia yang diketengahkan dalam laporan adalah berkaitan dengan tenaga kerja, cukai, pengambilan pekerja asing, rumah dan kemudahan pekerja-pekerja, pembantu hospital estet dan lesen memandu barangan bagi pekerja asing, serta kos akibat kelewatan mendapat kelulusan.
"Kami meminta maklum balas daripada semua yang berminat terhadap laporan dan cadangan yang dikemukakan, serta komitmen dari sektor awam dan sektor swasta, untuk mewujudkan asas kukuh dalam mencapai kata sepakat untuk menghapuskan kos kawal selia yang tidak perlu dan meningkatkan keseragaman kawal selia di sektor industri penanaman kelapa sawit sawit," Ketua Pengarah MPC Dato' Mohd Razali Hussain berkata.
MPC diberi mandat untuk menerajui kajian komprehensif terhadap semua peraturan yang boleh menjejaskan pengendalian perniagaan di Malaysia.
Untuk sebarang maklumbalas/komen mengenai Mengurangkan Bebanan Kawal Selia yang Tidak Wajar (RURB) boleh diberikan di laman sesawang www.mpc.gov.my. Untuk maklumat sila hubungi En.Zahid Ismail di talian 03-79557266/03-79600173 atau e-mel kepada zahid@mpc.gov.my.
Mengenai Perbadanan Produktiviti Malaysia(MPC):
Perbadanan Produktivtiti Malaysia (MPC) ialah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). MPC menjalankan aktiviti bagi peningkatan produktiviti, kualiti dan daya saing. Visi utama MPC ialah menjadi peneraju dalam meningkatkan produktiviti ke arah daya saing global yang kompetitif dan berinovasi.