omniture

Autel Menganjurkan Sidang Kemuncak Rakan Kongsi di Vietnam, Diagnostik 'Supercharging' dan Kejayaan Pengecas EV

Autel Energy
2023-08-14 09:00 117

HAI PHONG, Vietnam, 14 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Autel, pengeluar terkemuka pengecas EV dan peralatan diagnostik membaiki kenderaan, telah mengadakan Sidang Kemuncak Rakan Kongsi Autel APAC 2023 dengan jayanya untuk rakan-rakan kongsinya di Asia Pasifik. Sidang kemuncak tersebut meraikan kejayaan rakan kongsi pada tahun sebelumnya, menandakan titik perubahan penting dalam sejarah Autel tatkala syarikat ini beralih ke arah penyelesaian pengecasan EV dan sumber tenaga hijau.


"Kami sangat teruja untuk membawa semua rakan kongsi kami bersama-sama di Vietnam ini bagi meraikan kejayaan mereka pada tahun lalu," kata Henry He, Pengarah Pengurusan Jualan Autel APAC. "Sidang kemuncak ini menandakan permulaan kisah baharu Autel bersama rakan-rakan kongsi teras kami. Kami terus membangunkan peralatan diagnostik bertaraf dunia dan membekalkan  pengecas EV yang inovatif kepada rakan kongsi kami."

Sidang Kemuncak Rakan Kongsi Autel APAC 2023 menonjolkan rakan-rakan kongsi diagnostik dari negara dan wilayah yang berbeza serta meraikan pencapaian mereka pada tahun 2022. Rakan-rakan kongsi Autel Energy turut diiktiraf atas kejayaan mereka dengan pengecas EV. Semua rakan kongsi menerima lawatan ke kilang termaju Autel di mana pengecas EV siri MaxiCharger dikilangkan.

"Rakan-rakan kongsi diagnostik kami membina asas untuk Autel dan kini bersama rakan kongsi tenaga kami menerajui pertumbuhan Autel menuju masa depan tenaga hijau," sambung He. "Ini merupakan peluang sekali seumur hidup untuk menghargai sejauh mana kejayaan yang dicapai oleh kita semua sejak 19 tahun yang lalu dan untuk membayangkan masa depan yang lebih hebat untuk rakan-rakan kongsi kami dan juga dunia ini."

Autel APAC mencapai pertumbuhan berbilang wilayah di seluruh Asia Pasifik, termasuk negara-negara penting seperti Australia, Singapura, Malaysia, Indonesia dan negara-negara teras yang lain serta bandar-bandar utama di Asia Pasifik. Dalam suku pertama tahun 2023, kadar pertumbuhan melebihi 92%. Menerusi Sidang Kemuncak Rakan Kongsi dan bantuan daripada rakan-rakan kongsi Autel, Autel APAC mendapat kedudukan untuk mengembangkan barisan pengecas EV MaxiCharger yang popular ke lebih banyak negara dalam tahun-tahun akan datang.

Sidang Kemuncak Rakan Kongsi Autel APAC 2023 diadakan di Haiphong, Vietnam pada 12 Ogos.

Hubungan Media

Jia Hui Huang
marketing.jp@autel.com

 

Source: Autel Energy
Keywords: Auto Transportation