AHMEDABAD, India, 30 Mei 2014 /PRNewswire/ --
Memulakan percubaan Lipaglyn[TM](Saroglitazar) Fasa III terhadap pesakit yang menderita akibat Lipodistrofi
Penerokaan penggunaan terapeutik baharu bagi ubat yang baru ditemui, Lipaglyn[TM] (Saroglitazar), Zydus Group kini telah memulakan percubaan Fasa III molekul tersebut untuk pesakit yang menderita akibat lipodistrofi. Ubat ini telah pun diluluskan di India bagi merawat dislipidemia diabetes dan hipertrigliseridemia. Matlamat percubaan ini adalah untuk menilai tahap keselamatan dan keberkesanan Lipaglyn 4 mg berbanding rawatan penjagaan standard plasebo bagi merawat lipodistrofi.
Lipodistrofi merupakan gangguan terhadap cara tubuh menghasilkan, menggunakan serta menyimpan lemak. Lipodistrofi keturunan adalah disebabkan oleh mutasi pada gen. Lipodistrofi perolehan pula adalah disebabkan oleh ubat-ubatan, mekanisme autoimun atau mekanisme yang tidak diketahui. Pesakit yang mengalami lipodistrofi menderita akibat gangguan metabolik termasuk gangguan lipid dan rintangan insulin yang akhirnya akan menyebabkan penyakit diabetes. Penyakit ini akan turut meningkatkan risiko terhadap masalah lain seperti penyakit jantung atau hati.
Ketika berucap tentang kemajuan baharu ini, Pengerusi dan Pengarah Urusan Zydus Group, En. Pankaj R. Patel berkata, "Berikutan pelancaran Lipaglyn[TM] di India, kami berusaha untuk meneruskan pembangunan klinikal tambahan terhadap indikasi dengan keperluan signifikan yang belum dipenuhi seperti lipodistrofi. Hasil daripada kajian Fasa II yang telah dijalankan sebelum ini terhadap pesakit lipodistrofi adalah amat menggalakkan dan kami berharap dapat melanjutkan pembangunan Lipaglyn[TM] bagi merawat lipodistrofi."
Setelah dilancarkan pada September 2013, Lipaglyn[TM] (Saroglitazar) merupakan terapi baharu dalam rawatan dislipidemia diabetes dan merupakan NCE pertama oleh India yang memasuki pasaran. Sejak itu, beribu-ribu pesakit telah dirawat menggunakan Lipaglyn[TM] di negara ini. Ia merupakan ubat preskripsi yang boleh didapati di seluruh negara India dan ditentukan preskripsi oleh pakar kardiologi, pakar diabetes serta pengamal perubatan umum. Sebagai agonis duaan PPAR, Lipaglyn[TM] mempunyai afiniti pradominan terhadap PPAR alfa dan afiniti pertengahan terhadap PPAR gama. Tindakan duaan ini membantu mengurangkan trigliserida dan kolesterol LDL (buruk) serta meningkatkan kolesterol HDL (baik). Ia turut menunjukkan pengurangan Glukosa Plasma Puasa dan hemoglobin terglikosilat (HbA1c), lalu mengesahkan kesan kedua-dua kawalan lipid dan glisemik yang bermanfaat. Dengan laluan bukan buah pinggang bagi tujuan penyingkiran, Lipaglyn[TM] tidak mempunyai kesan sampingan seperti edema, pertambahan berat, miopati atau gangguan fungsi hati dan/atau buah pinggang yang menjadikannya selamat dan berkesan.
Latar Belakang Zydus
Zydus Cadila yang beribu pejabat di Ahmedabad, India merupakan syarikat farmaseutikal global inovatif yang menemukan, mengeluarkan dan turut memasarkan pelbagai terapi penjagaan kesihatan. Kumpulan ini mempunyai lebih 16,000 kakitangan di seluruh dunia termasuk lebih 1100 ahli sains yang terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan serta dikhususkan untuk membentuk komuniti yang lebih sihat pada peringkat global. Sebagai penyedia penjagaan kesihatan yang menerajui bidangnya, ia bermatlamat untuk menjadi syarikat farmaseutikal berasaskan penyelidikan pada peringkat global menjelang tahun 2020. Kumpulan ini mempunyai perancangan penyelidikan yang mantap dalam NCE, biologi serta vaksin yang kini berada dalam pelbagai peringkat percubaan klinikal termasuklah peringkat akhir.
Latar Belakang Pusat Penyelidikan Zydus
Pusat Penyelidikan Zydus mempunyai lebih 20 program penemuan dalam bidang gangguan kardio-metabolik, kesakitan, keradangan serta onkologi. Zydus juga mempunyai kebolehan untuk menjalankan penyelidikan penemuan daripada peringkat konsep kepada peringkat pembangunan praklinikal dibolehkan IND dan juga percubaan klinikal pembuktian konsep manusia.
SUMBER Zydus