omniture

KRITERIA UNTUK MEMBINA MODEL PERNIAGAAN BANK DIGITAL YANG MAMPAN

Boost
2023-08-14 11:23 68

KUALA LUMPUR, Malaysia, 14 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Dengan sebanyak 250 bank digital di seluruh dunia, 20% berada di dalam rantau Asia Pasifik[1]. Ini adalah angka yang positif, mencerminkan bahawa sektor ini dijangka akan menempa masa depan fintech (teknologi kewangan).

Malaysia tidak terkecuali daripada fenomena global ini yang menyaksikan bank pusat negara, Bank Negara Malaysia (BNM), baru-baru ini mengumumkan lima lesen bank digital pertama negara yang diberi kepada beberapa peneraju fintech, teknologi dan kewangan, termasuk Konsortium Boost-RHB, yang diterajui oleh Boost, cabang teknologi kewangan spektrum penuh serantau Axiata.

Salah satu penelitian utama strategi yang diambil di Malaysia adalah tumpuan kepada pemohon dengan model perniagaan bank digital yang mampan. Ini dapat dilihat dalam kriteria penilaian BNM. Ia menekankan pada kewibawaan dan integriti pemohon, bentuk dan kecukupan sumber kewangan, kekukuhan dan kebolehlaksanaan pelan perniagaan dan teknologi, serta keupayaan untuk menangani jurang rangkuman kewangan secara berkesan[2].

Melalui Konsortium Boost-RHB, mari kita menganalisis mengapa syarikat fintech ini dianggap sebagai peneraju dalam sektor bank digital. 

1.  Rekod prestasi yang terbukti dan pelanggan yang setia.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Boost telah membina rekod prestasi yang terbukti melalui perniagaan pembiayaan mikro berasaskan AI (Kecerdasan Buatan) yang telah beroperasi secara berskala dan mampan. Sejak awal tahun 2023, lebih RM3 bilion pembiayaan telah disalurkan di Malaysia dan Indonesia sejak penubuhannya.

2.  Ekosistem dan infrastruktur yang mantap.
Bank digital yang berjaya akan memanfaatkan ekosistem masing-masing kerana mereka yang melaksanakan model ini dengan betul akan mempunyai kos pemerolehan pelanggan yang rendah. Boost dilengkapi dengan ekosistem fintech holistik yang merangkumi perniagaan pembiayaan mikro berasaskan AI, aplikasi fintech semua dalam satu dengan lebih 10 juta pengguna di Malaysia, platform penyelesaian peniaga dengan lebih 600,000 titik sentuh peniaga di Malaysia dan Indonesia, serta platform pembayaran rentas sempadan dengan lebih 100 rakan kongsi digital di Asia Tenggara.

3.  Produk yang bertempoh singkat dan unit-ekonomi-positif.
Walaupun kajian kes baru-baru ini menunjukkan ketidaktentuan pasaran akibat kenaikan kadar[3], namun kebarangkalian ia tidak akan memberi kesan pada peringkat awal bank digital. Bank digital baharu yang akan datang seperti Boost, yang pakar dalam penawaran produk dengan tempoh yang lebih singkat, tidak akan terdedah kepada ketidakpadanan aset-liabiliti yang sangat besar pada penyata kewangannya.

Menjangkau masa depan.
Ramai tertumpu pada sektor ini kerana penyelidikan industri menunjukkan bahawa penerimaan meluas dan penggunaan kewangan digital boleh meningkatkan KDNK (GDP) untuk semua ekonomi yang sedang pesat membangun, sebanyak 6%, atau $3.7 trilion, menjelang 2025.

Source: Boost
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Corporate Social Responsibility Financial Technology