omniture

Bondee lantik Lionel Sim sebagai Ketua Komersial

BONDEE
2023-08-15 01:03 185

SINGAPURA, 15 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Bondee, platform sosial generasi seterusnya yang mengubah cara orang ramai berinteraksi dengan dunia sebenar, mengumumkan pada hari ini pelantikan Lionel Sim sebagai Ketua Komersial. Melalui peranan ini, Lionel akan mengurus semua perkongsian korporat dan inisiatif komersial, menyokong usaha Bondee untuk mendorong selanjutnya penglibatan dengan pengguna serta jenama di seluruh wilayah ini.

Lionel Sim, Head of Commercial, Bondee
Lionel Sim, Head of Commercial, Bondee

"Lionel membawa pengalaman selama bertahun-tahun menjalin perkongsian yang memacu pertumbuhan untuk semua rakan kongsi, yang benar-benar selari dengan matlamat strategik Bondee," kata Fei Yu, Ketua Pegawai Eksekutif Bondee. "Bondee sangat memberi tumpuan pada pengambilan individu-individu berbakat yang berkongsi visi kami dan kami percaya Lionel akan memanfaatkan latar belakang global beliau yang luas dengan efektif untuk membina kolaborasi bernilai tinggi dengan perniagaan-perniagaan untuk memacu pengewangan di Bondee," tambah beliau.

Dengan kerjaya yang menjangkau lebih 15 tahun dalam bidang media digital dan pengiklanan, Lionel pernah memegang jawatan-jawatan penting dalam firma-firma teknologi global yang terkemuka termasuk Apple, Tencent dan TikTok, beroperasi dalam pelbagai pasaran seperti Singapura, Jepun, China, Amerika Syarikat dan juga Australia.

Tatkala Bondee bersiap sedia untuk menggiatkan usaha pengembangannya, Lionel turut mengambil individu-individu berbakat dari seluruh dunia dalam pasukan beliau di ibu pejabat syarikat di Singapura dan pejabat-pejabat global merentas Jepun, Korea Selatan dan China.

"Saya benar-benar teruja dan bersyukur menyandang jawatan ini di Bondee yang benar-benar selari dengan apa yang saya minati," kata Lionel Sim. "Saya suka membina perniagaan serta menghimpunkan komuniti dan saya berharap dapat menjalin perkongsian yang saling menguntungkan yang akan menambah nilai dan membawa kegembiraan kepada pengguna Bondee. Kami mendengar dengan teliti maklum balas pelanggan dan menerima peluang untuk saling bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi bagi membentuk model-model komersial bersama-sama."

Lionel berasal dari Singapura dan kefasihan beliau dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan Bahasa Indonesia mencerminkan kecekapan silang-budaya beliau yang memainkan peranan penting dalam mendorong kolaborasi yang kukuh dengan pasukan-pasukan antarabangsa.

Susulan pelantikan kanan baru-baru ini, Bondee akan terus menambah ahli-ahli pasukan sealiran yang mampu memberi inspirasi kepada semua orang untuk meneroka kemungkinan yang pelbagai dalam dunia maya dan juga dunia sebenar.

Latar Belakang Bondee 

Bondee by Metadream ialah platform sosial generasi seterusnya yang menghubungkan dimensi dalam talian dan luar talian dengan lancar, mengubah cara orang ramai berinteraksi dengan dunia sebenar dan menggalakkan mereka untuk melangkah keluar dan meneroka persekitaran mereka dengan cara yang terunggul. Dengan meluaskan dan memperkayakan cara pengguna mengekspresikan diri mereka secara kreatif, Bondee memberi inspirasi kepada penerokaan dunia sebenar dengan penuh keunggulan.

 

 

 

 

Source: BONDEE
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Social Media