- Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia Mengiktiraf DaVita dalam Majlis di Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, Malaysia, 30 Mei 2014 /PRNewswire/ -- DaVita Kidney Care, divisyen DaVita HealthCare Partners Inc. (NYSE: DVA) dan penyedia yang menerajui untuk perkhidmatan penjagaan buah pinggang, hari ini telah mengumumkan pusatnya yang terletak di Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur, Malaysia telah menjadi pusat dialisis berdiri sendiri pertama di negara ini untuk menerima akreditasi empat tahun dalam rawatan dialisis kronik daripada Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH).
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140529/92086
Akreditasi ini memperakui DaVita telah mencapai tahap pematuhan yang mencukupi dalam semua piawaian teras serta langkah keselamatan lain yang diiktiraf oleh MSQH serta Majlis Piawaian Rawatan Dialisis Kronik Malaysia.
"Kami berbesar hati kerana diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia kerana ia mengesahkan lagi komitmen DaVita terhadap peningkatan kualiti berterusan di Malaysia," kata Dennis Kogod, presiden DaVita HealthCare Partners International. "DaVita akan terus meningkatkan lagi tahap penjagaan yang diperlukan bagi memperbaiki kesihatan dan kualiti hidup untuk pesakit yang menghidap penyakit buah pinggang kronik."
DaVita telah melengkapkan proses permohonan yang menyeluruh termasuk kaji selidik lapangan, aktiviti pendidikan serta penilaian kualiti, keselamatan dan juga penggunaan perkhidmatan. MSQH telah menilai DaVita berdasarkan lapan piawaian rawatan dialisis termasuk: pentadbiran; capaian kepada penjagaan; sumber manusia; rawatan hemodialisis; amalan beretika dan hak pesakit serta keluarga; pencegahan dan juga kawalan jangkitan; kemudahan dan peralatan; serta aktiviti peningkatan kualiti.
"Kami terus mencari peluang yang akan meningkatkan kelayakan kami dan keyakinan pesakit serta pakar perubatan dalam kemampuan kami untuk mencapai hasil klinikal terbaik di rantau Asia Pasifik dan di serata dunia," kata Atul Mathur, presiden DaVita Kidney Care di rantau Asia Pasifik.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang usaha DaVita di Malaysia sila lawati DaVita.com/MY.
DaVita dan DaVita HealthCare Partners ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar DaVita HealthCare Partners Inc.
Latar belakang DaVita Kidney Care DaVita Kidney Care ialah divisyen DaVita HealthCare Partners Inc., syarikat Fortune 500® yang, melalui divisyen pengendaliannya, menyediakan pelbagai perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada populasi pesakit di serata Amerika Syarikat dan di luar negara. Sebagai penyedia perkhidmatan dialisis yang menerajui di Amerika Syarikat, DaVita Kidney Care merawat pesakit dengan kegagalan buah pinggang kronik dan penyakit buah pinggang peringkat akhir. DaVita Kidney Care berusaha untuk memperbaiki kualiti kehidupan pesakit dengan menginovasi penjagaan klinikal, dan dengan menawarkan pelan rawatan bersepadu, pasukan penjagaan tersuai khusus serta perkhidmatan pengurusan kesihatan yang mudah. Setakat 31 Mac 2014, DaVita Kidney Care telah mengendalikan atau menyediakan perkhidmatan pentadbiran di 2,098 pusat dialisis pesakit luar yang terletak di Amerika Syarikat yang berkhidmat untuk kira-kira 165,000 pesakit. Syarikat itu turut mengendalikan 75 pusat dialisis pesakit luar yang terletak di 10 negara di luar Amerika Syarikat. DaVita Kidney Care menyokong pelbagai program yang dikhususkan bagi mencipta perubahan yang positif dan mampan dalam masyarakat seluruh dunia. Inisiatif pembangunan kepimpinan serta usaha tanggungjawab sosial syarikat itu telah diiktiraf oleh Fortune, Modern Healthcare, Newsweek serta WorldBlu. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati DaVita.com.
Maklumat Perhubungan
Media:
David Tauchen
+1 (303) 876-2802
David.Tauchen@DaVita.com