JACKSONVILLE, Florida, 31 Mei 2014 /PRNewswire/ -- APR Energy, pemimpin global dalam penyelesaian kuasa pantas, dengan sukacitanya mengumumkan kenaikan pangkat Brian Rich menjadi Ketua Pegawai Operasi, yang akan bertanggungjawab ke atas semua pengendalian, pembangunan perniagaan, dan juga aktiviti pemasaran syarikat itu.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20120207/FL48583LOGO
Sebagai Ketua Pegawai Operasi, En. Rich penting bagi membantu APR Energy menjalankan strategi penyerantauan secara meluas dan akan menyatukan pengendalian korporat dan serantau serta sumber pembangunan perniagaan di bawah satu payung, menyediakan matlamat jelas untuk memacu hasil garis atas dan garis bawah syarikat itu. En. Rich melaporkan diri terus kepada Laurence Anderson, Presiden APR Energy.
En. Rich telah menyertai APR Energy pada tahun 2012 sebagai Naib Presiden Kanan Pembangunan Perniagaan. Beliau mempunyai pengalaman infrastruktur tenaga dan kemudahan antarabangsa selama 20 tahun, menjawat jawatan seperti Ketua Pegawai Eksekutif AES Africa Power Corporation, ketika beliau telah menguruskan kemudahan bersepadu sepenuhnya AES Corporation di Cameroon, aset janaan di Nigeria, dan pembangunan perniagaan di serata rantau itu, serta Ketua Pegawai Kewangan Lebara Ltd., syarikat telekomunikasi bernilai $1 bilion yang berpusat di London.
"Sejak menyertai APR Energy, Brian telah memacu penempatan perniagaan baharu dan pembaharuan sebanyak lebih 2.5 gigawatt," kata John Campion, Ketua Pegawai Eksekutif. "Pelantikan beliau sebagai Ketua Pegawai Operasi mencerminkan keyakinan kami terhadap Brian bagi membantu kami memenuhi objektif pertumbuhan kami serta mencapai wawasan strategik kami sebagai syarikat yang benar-benar global dan matang."
Latar belakang APR Energy
APR Energy ialah perniagaan kuasa turbin mudah alih pantas yang menerajui di dunia. Kami menyediakan kuasa berskala besar dan pantas, menyediakan capaian pantas untuk para pelanggan kepada tenaga elektrik andal pada masa dan tempat yang mereka perlukannya. APR menggabungkan teknologi canggih dan berkesan daripada segi bahan api dengan kepakaran peneraju industri bagi menyediakan loji kuasa siap guna yang boleh mula digunakan serta-merta, tersuai khusus dan juga boleh skala. APR Energy berkhidmat untuk segmen kemudahan dan segmen perindustrian, lalu menyediakan penyelesaian penjanaan kuasa kepada para pelanggan dan komuniti seluruh dunia, dengan penekanan diberi pada Afrika, negara benua Amerika, Asia Pasifik, serta Timur Tengah. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, lawati laman web syarikat di www.aprenergy.com.