omniture

'Tinjauan Keselamatan Siber Industri 2023-2030' Westlands Advisory Memuji Penyelesaian TXOne Networks untuk Perlindungan Rangkaian IT/OT

TXOne Networks
2023-08-16 10:00 19

Laporan menilai TXOne Networks sebagai yang tertinggi untuk hala tuju strategik, memilih Pengesanan dan Respons Sistem Fizikal-Siber (CPSDR) syarikat untuk pendekatan baharu bagi melindungi kestabilan operasi

TAIPEI, 16 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- TXOne Networks, peneraju bagi keselamatan siber industri, mengumumkan bahawa penyelesaian dinilai tertinggi oleh Westlands Advisory untuk hala tuju yang strategik antara Platform Perlindungan Rangkaian IT/OT yang dinilai oleh firma analisis dan strategi industri keselamatan OT terkemuka untuk laporan kajian-pasarannya yang terkini.

"TXOne mempunyai hala tuju produk yang kukuh dengan beberapa keluaran penting dirancang sepanjang 12 bulan akan datang," menurut laporan "Tinjauan Keselamatan Siber Industri 2023-2030" Westlands Advisory. "Keluaran paling terkini ialah keupayaan utama baharu, Pengesanan & Respons Sistem Fizikal-Siber. CPSDR menyediakan kepada pasukan kejuruteraan dan keselamatan dengan peningkatan keterlihatan terhadap keselamatan siber dan ancaman operasi. Komponen keselamatan adalah berdasarkan kepada analitis tingkah laku terpusat dan korelasi berasaskan ancaman, sementara risiko operasi diurus oleh analisis tingkah laku berdasarkan ejen dan 'cap jari' peranti untuk mengesan perubahan pada garis dasar operasi."

CPSDR ialah pendekatan unik daripada TXOne Networks terhadap keselamatan yang melaluinya cap jari garis dasar setiap peranti teknologi operasi (OT) dan sistem fizikal-siber dalam infrastruktur sesebuah organisasi dianalisis bagi mendedahkan tingkah laku yang mengancam operasi yang andal dan stabil. Perubahan sistem yang tidak dijangka dihalang dan amaran diberikan untuk melengkapkan analisis yang lebih luas. Dengan cara ini, penyelesaian TXOne Networks melangkaui usaha memerangi ancaman yang diketahui untuk menangani peristiwa sistem yang tidak diingini sebelum operasi organisasi terjejas.

"Selepas bertahun-tahun bekerja dengan berdedikasi dalam bidang keselamatan siber OT, kami menghargai pengiktirafan dalam laporan Westlands Advisory sebagai penginovasi yang disahkan untuk Platform Perlindungan Rangkaian IT/OT," kata Terence Liu, ketua pegawai eksekutif, TXOne Networks. "Analisis Westlands Advisory menekankan pengalaman kami melalui pertemuan dalam pasaran—bahawa organisasi-organisasi dalam pelbagai industri meletakkan kepentingan yang lebih tinggi untuk memperlengkapkan juruteknik bagi mengurus pertahanan siber secara berpusat merentas sejumlah besar aset legasi dan moden yang beroperasi beriringan tanpa mengganggu operasi. Penyelesaian kami direkayasa dari bawah untuk menyampaikan keupayaan yang utama dalam industri bagi pemeriksaan peranti, perlindungan titik akhir dan pertahanan rangkaian bagi menjamin tenaga kerja, beban kerja dan tempat kerja OT sesebuah organisasi."

"Tinjauan Keselamatan Siber Industri 2023-2030" mendokumentasikan trend jelas peningkatan perbelanjaan yang berterusan ke atas keselamatan siber OT, dipacu oleh transformasi digital, pengawalseliaan dan pengurusan risiko. Muat turun laporan Westlands Advisory.

Ikuti TXOne Networks di BlogTwitter dan LinkedIn.

Latar Belakang TXOne Networks
TXOne Networks menawarkan penyelesaian keselamatan siber yang memastikan keandalan dan keselamatan sistem kawalan industri dan persekitaran teknologi operasi. TXOne Networks bekerjasama dengan kedua-dua pengeluar terkemuka dan pengendali infrastruktur kritikal untuk membangunkan pendekatan praktikal dan mesra operasi untuk pertahanan siber. TXOne Networks menawarkan kedua-dua produk berasaskan rangkaian dan berasaskan titik akhir untuk menjamin rangkaian OT dan peranti misi-kritikal menggunakan pendekatan masa-sebenara, pertahanan-mendalam. www.txone.com

Source: TXOne Networks
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Survey, Polls & Research