LONDON, 2 Jun 2014 /PRNewswire/ --
Singapura mendahului negara Asia lain bagi penempatan semula
Laporan Perpindahan Profesional Global kelima daripada Hydrogen Group, syarikat perekrutan yang menerajui pada peringkat global, mendapati bilangan individu yang bersedia untuk bekerja di luar negara telah meningkat sebanyak dua kali jumlah sebelumnya dalam tempoh lima tahun (16 peratus pada tahun 2010 kepada 35 peratus pada tahun 2014), manakala 40 peratus pula percaya tiada halangan untuk mereka berpindah ke luar negara.
Bagi pasaran utama Asia seperti Malaysia, Indonesia serta Singapura, kerajaan telah mengetatkan kawalan dalam pasaran pekerjaan bagi mengutamakan bakat tempatan berbanding para eksekutif dari luar negara – ini memberi keutamaan kepada "pekerja tempatan yang kembali" – yang kembali ke negara masing-masing selepas mendapat peluang pada peringkat antarabangsa. Syarikat dan negara turut mengiktiraf nilai penyelesaian hibrid ini terhadap kekurangan bakat, mencari kaedah untuk mengekalkan bakat tempatan ini yang mempunyai pengalaman pada peringkat antarabangsa untuk membantu membangunkan ekonomi tempatan dan turut mengurangkan kebergantungan pada ekspatriat.
Dapatan utama:
Simon Walker, Ketua Pegawai Operasi Hydrogen Group, APAC berkata: "Kini, kami mempunyai sekumpulan bakat dari seluruh dunia bagi memilih calon yang layak. Pekerja tempatan yang kembali pula mempunyai kepentingan tertentu di Asia kerana beberapa negara sedang menggubal undang-undang untuk memastikan bakat tempatan mereka diasah, dikekalkan dan kembali kerana minat."
Laporan tersebut telah dikumpulkan bersama ESCP Europe dengan 2,444 responden daripada pelbagai industri di 99 negara. Bagi mendapatkan laporan tersebut: http://bit.ly/1lOx2w1
Latar Belakang Hydrogen Group
Hydrogen ialah perekrut global yang menyelesaikan masalah kekurangan bakat untuk beberapa organisasi yang menerajui di dunia. Kami berusaha untuk memahami pelanggan kami dan pasaran mereka, memberi nasihat berkaitan keperluan sumber mereka, sama ada untuk peranan yang sangat khusus atau bagi memenuhi keperluan skala besar yang timbul hasil daripada projek dalam perniagaan mereka.
SUMBER Hydrogen Group