Perkongsian akan membolehkan pengurusan prestasi yang lebih mantap dan ketelusan pelaporan untuk dana di kawasan baru muncul ini
SINGAPURA, 16 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Preqin, peneraju global yang memperkasa komuniti alternatif dengan data dan pandangan yang penting, mengumumkan pada hari ini perkongsian penanda aras prestasi yang inovatif bersama Singapore Venture and Private Capital Association (SVCA).
Asia Tenggara dianggap sebagai salah satu destinasi pelaburan terunggul oleh pelabur-pelabur institusional, mempersembahkan peluang terbaik untuk pelaburan dalam bidang modal persendirian, menurut Investor Outlook terkini Preqin. Ketika ini, Preqin memantau 818 dana modal persendirian yang berfokus Asia Tenggara, menyumbang secara kolektif bernilai $57.9 bilion dalam aset dibawah kelolaan dan mewakili kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 16% antara tahun 2017 dan 2022.
Dengan pertumbuhan dan daya tarikan yang semakin meningkat di wilayah ini untuk pelabur, Preqin dengan sukacitanya bekerjasama dengan SVCA untuk mengeluarkan laporan penanda aras prestasi dana untuk wilayah ini yang bertujuan untuk memberi pandangan yang lebih mendalam terhadap prestasi pasaran ini untuk mereka yang ingin melabur di Asia Tenggara.
Geetanjali Bhalotia, Naib Presiden Kanan, Ketua Data Pelabur di Preqin berkata, "SVCA dan Preqin menjadi rakan kongsi jangka panjang, dengan objektif yang dikongsi bersama untuk mengembangkan pasaran modal persendirian di Asia Tenggara. Kami berbesar hati untuk meningkatkan kolaborasi ini melalui perkongsian penanda aras prestasi baharu kami. Ini akan membantu meningkatkan ketelusan terhadap prestasi dana di wilayah ini, memupuk pelaburan yang lebih besar dan mempermudahkan pengembangan pasaran."
Sunil Mishra, Pengerusi SVCA berkata, "Penanda aras prestasi ini akan menjadi satu perkembangan penting dalam memberi lebih ketelusan terhadap Asia Tenggara, lalu meningkatkan liputan prestasi. Perkongsian ini akan membantu menggalakkan lagi pelaburan dalam segmen-segmen modal usaha niaga dan ekuiti persendirian Asia Tenggara tatkala terdapat minat yang semakin meningkat daripada semua pelabur institusional global di wilayah ini. Kami teruja dapat bekerjasama dengan Preqin untuk inisiatif yang penting ini melihatkan usaha serupa mereka yang berjaya dalam pasaran-pasaran lain dan meminta semua ahli untuk menyokong inisiatif ini secara aktif."
Dengan sokongan daripada SVCA, pasukan penyelidik Preqin akan menghubungi pengurus dana bagi dana berfokus-Asia Tenggara sepanjang September 2023 untuk mengumpul data prestasi dengan selamat melalui platform disulitkan. Menggunakan data yang diserahkan, laporan penanda aras prestasi tanpa nama dan terkumpul akan disediakan – tanpa sebarang kos – dalam beberapa bulan akan datang. Dikeluarkan setiap setengah tahun ke hadapan, laporan ini akan menyediakan perkembangan terkini untuk pengurus data dan pelabur bagi membantu mereka menanda aras dengan lebih baik terhadap dana yang berfokus Asia Tenggara. Tujuannya adalah akhirnya untuk meningkatkan kaedah pelaporan dan membawa lebih ketelusan kepada wilayah ini.
Bagi membimbing pengurus dana mengenai proses penyerahan data, Preqin akan turut mengundang pengurus dana ke bengkel selama 1-jam pada 4 September 2023.
Sekiranya anda ingin berbicara dengan pasukan data prestasi Preqin atau menyerahkan data prestasi firma anda, sila emelkan kepada seaperformance@preqin.com.
Untuk maklumat lanjut mengenai semua inisiatif penandaarasan global kami, sila kunjungi: https://www.preqin.com/data/free-benchmarks
Untuk maklumat lanjut mengenai siaran akhbar, emelkan kepada press@preqin.com atau hubungi (+65) 6305 2200.