LONDON, 2 Jun 2014 /PRNewswire/ -- Speakerbus, perintis dalam pengurusan suara kolaboratif dan komunikasi bersepadu bermisi kritikal, hari ini telah mengumumkan kebolehan baharu menerusi pelancaran perisian iSeries silang platform.
Pelancaran ini, yang merangkumi Sistem Pengurusan Berpusat iManager dan Pelayan Komunikasi, dealerboard iTurret dan juga Gerbang Media iSeries, mengandungi kebolehan baharu yang dapat meningkatkan produktiviti, daya tahan serta manfaat untuk para pengguna.
iTurret mengandungi antara muka pengguna grafik yang disemak semula, dikenali sebagai SLATEUX. Edisi baharu ini meringkaskan susun atur skrin dan ikon lalu meningkatkan penggunaan serta menyediakan antara muka pengguna yang sama di semua titik akhir Speakerbus. iTurret kini menyokong bahasa Jepun, di samping pilihan bahasa Jerman yang telah diperkenalkan tahun lalu.
Speakerbus telah membuat pelaburan tinggi bagi meningkatkan keupayaan gerbang media mereka untuk menyokong tugas pengaturan yang lebih besar agar dapat memenuhi permintaan pelanggan. Rangkaian perdagangan boleh dilanjutkan ke ribuan litar suara peribadi di berbilang lokasi. Speakerbus juga telah memperkenalkan Pengurusan Sumber Automatik menerusi pelancaran ini yang membolehkan pasukan sokongan untuk menambah, menukar dan turut mengaudit perkhidmatan tanpa memerlukan kemahiran teknikal golongan pakar. Gerbang Media iG330 telah dinaik taraf bagi menyokong failover secara automatik kepada gerbang bersedia agar para pelanggan dapat menghasilkan infrastruktur komunikasi yang boleh pulih sendiri.
Pengurusan syarikat juga telah mendapat perhatian daripada para pembangun Speakerbus dengan kawalan bergranul tambahan terhadap keistimewaan pengguna bagi membantu menguruskan populasi pengguna suara yang besar dan teknologi kemas kini perisian tegar peranti automatik bagi memastikan semuanya beroperasi dalam versi yang betul dalam persekitaran pelanggan. Alat bantu berpasangan gerbang baharu dapat mengurangkan beban kerja dalam Portal iManager manakala alat bantu VMWare pula kini boleh dipasang daripada garis perintah Pelayan Komunikasi iManager.
Latar Belakang iSeries
iSeries merupakan platform komunikasi IP suara latar tulen yang menyediakan fungsi yang diperlukan oleh pasaran modal global, pembrokeran, pengurusan dana dan juga perdagangan komoditi. Ia mempunyai pelbagai titik akhir suara, platform pengurusan global dan saling boleh kendali yang diiktiraf berserta rakan kongsi teknologi pematuhan dan komunikasi bersepadu yang menerajui bidang masing-masing.
Latar Belakang Speakerbus
Speakerbus Group plc ialah pembangun dan pengeluar teknologi komunikasi milik persendirian yang beribu pejabat di UK dengan rangkaian pejabat di seluruh Eropah, A.S. serta Asia. Ia merupakan peneraju pemikiran inovatif yang membantu menghalakan kolaborasi bersuara di seluruh syarikat perdagangan. Setelah ditubuhkan pada tahun 1984, Speakerbus telah membina reputasi yang mantap kerana membekalkan penyelesaian komunikasi suara global, bermisi kritikal dan ketersediaan tinggi kepada organisasi kewangan yang menerajui di dunia.
Jika anda inginkan maklumat lanjut tentang topik ini, sila hubungi Paul Kitchener melalui talian +44(0)1992-706-576 atau hantarkan e-mel kepada info@speakerbus.com.
Laman Web
http://www.speakerbus.com
http://www.iturret.com
SUMBER Speakerbus