omniture

Furniture China 2023 dan Maison Shanghai 2023 BERLANGSUNG SEKARANG! - 11-15 September 2023

Shanghai Sinoexpo Informa Markets International Exhibition Co., Ltd.
2023-08-16 16:00 121

SHANGHAI, 16 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Furniture China 2023 dan Maison Shanghai 2023 akan diadakan mulai 11-15 September 2023, di Shanghai, China. Acara tersebut, dianjurkan oleh Shanghai Sinoexpo Informa Markets International Exhibition Co., Ltd., bertujuan untuk mempamerkan kreativiti "reka bentuk + kehidupan" dan mendorong gelombang kehidupan ideal yang baharu dalam industri perabot Cina. Ia akan menarik minat lebih 200,000 pembeli profesional dari 160 negara dan meliputi ruang pameran yang luas iaitu 300,000 meter persegi.

Tema acara tersebut, "IN NOW!," memperlihatkan kebangkitan generasi-Z sebagai pengguna baharu dengan pelbagai proposisi kehidupan. Acara berkenaan akan memberi tumpuan pada permintaan pasaran baharu, menampilkan reka bentuk asli, penyesuaian termaju, kecerdasan hijau, pejabat masa depan, kawasan luar butik, tidur yang nyenyak, bahan-bahan inovatif, hiasan lunak artistik serta pencahayaan kreatif.

Gold Idea Furniture Design Award (GIDA) akan membuat kemunculan semula di acara tersebut, bermatlamat untuk menjadi anugerah reka bentuk perabot bertaraf dunia di China. Edisi 2023 GIDA akan dinilai oleh pakar-pakar industri yang terkemuka dari serata dunia.

Reka bentuk memainkan peranan penting dalam acara berkenaan, memacu industri ini dan mengubah kehidupan. Dewan Reka Bentuk Pereka (Design of Designers, DOD) akan mempamerkan inovasi reka bentuk berbilang dimensi, manakala sesi Soal Jawab Reka Bentuk akan menyediakan perkhidmatan perundingan reka bentuk. Acara berkenaan juga akan menampilkan Genie Award - Pertandingan Reka Bentuk Ruang Estetik.

Inovasi dan perubahan merupakan teras dalam pembangunan industri perabot yang berkualiti tinggi. Pameran-pameran khas seperti "Office Kitchen" (Dapur Pejabat) dan Forum Sidang Kemuncak Pembangunan Masa Depan Pejabat akan meneroka masa depan persekitaran pejabat. Acara berkenaan akan turut membawakan Golden Axe Award, yang mengiktiraf inovasi pada bahan-bahan dalam industri kelengkapan rumah.

Pendigitalan dan penyelesaian pintar penting untuk masa depan industri ini. Furniture China 2023 dan Maison Shanghai 2023 menggabungkan platform dalam talian dan luar talian untuk menggalakkan komunikasi yang tepat dan hubungan yang lebih baik antara bekalan dan permintaan. Acara berkenaan menyediakan perkhidmatan digital seperti pemerolehan pelanggan, pembangunan e-dagang dan pemasaran digital.

Sertai Furniture China 2023 dan Maison Shanghai 2023 untuk meninjau trend terkini dalam kelengkapan rumah, berhubung dengan golongan profesional industri dan menemui penyelesaian reka bentuk yang inovatif.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman web rasmi di https://bit.ly/45qWiVr dan daftar di https://bit.ly/3rUniOn.

Source: Shanghai Sinoexpo Informa Markets International Exhibition Co., Ltd.
Keywords: Furniture & Furnishings Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services Trade show news Future Events