SHANGHAI, 16 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric (SEHK:2727, SSE:601727) ("Syarikat") mengumumkan bahawa lebih 700 pekerja, yang menamatkan pengajian baru-baru ini daripada universiti-universiti terbaik di serata dunia, menyertai Syarikat ini dalam musim perekrutan baharu
Ahli-ahli profesional muda yang baharu akan menawarkan kemahiran unik dan idea kreatif mereka untuk membantu mendorong perkembangan projek-projek kajian baharu dalam bidang-bidang tenaga pintar, pembuatan pintar dan penyepaduan kecerdasan digital, menyuntik kevitalan ke dalam usaha sekian lama Shanghai Electric untuk memangkinkan inovasi dalam sektor tenaga baharu dan memperkasa ekonomi global untuk maju ke arah sasaran sifar-bersih. Setakat ini, para pekerja muda di Shanghai Electric menyumbang sebanyak 40% daripada tenaga kerja keseluruhan, dengan separuh daripadanya merupakan pekerja teknikal berkemahiran tinggi.
"Shanghai Electric ialah hab inovasi yang melaluinya para siswazah kejuruteraan akan dilengkapi dengan kemahiran industri terkini dan wawasan yang membolehkan mereka membina asas kukuh untuk kerjaya profesional mereka. Ini merupakan tempat yang memperkasa ahli-ahli profesional muda yang terbaik dan paling bijak menyerlahkan potensi mereka, menyertai projek-projek yang membolehkan mereka menangani cabaran di barisan hadapan industri ini dan bertemu mentor yang menghubungkan teori akademik dengan realiti industri ini. Saya percaya ahli-ahli baharu kami akan meneroka dan mencapai perkara hebat bersama-sama Shanghai Electric dalam bidang tenaga, kejuruteraan dan pendigitalan memandangkan mereka membawa pemikiran baharu yang memberi inspirasi kepada transformasi untuk industri ini," kata Liu Ping, Pengarah, Presiden Shanghai Electric Group.
Inisiatif pengambilan pekerja 2023 menyaksikan Shanghai Electric mengambil para siswazah berpencapaian tinggi daripada institusi-institusi berprestij seperti Cambridge University, New York University, University of London dan Nagoya University. Pengambilan tersebut juga terdiri daripada para siswazah cemerlang yang datangnya daripada universiti-universiti ternama di China dan Eropah, termasuk universiti-universiti yang memiliki kelayakan cemerlang seperti pengkhususan Bahan Tsinghua University, pengkhususan Kimia Peking University, pengkhususan Kejuruteraan Elektronik Glasgow University dan pengkhususan Kejuruteraan Elektrik Berlin Institute of Technology.
Memandangkan Shanghai Electric menyediakan pelbagai peluang kerjaya global untuk kakitangan baharu, pekerja baharu tersebut, yang bidang pengajiannya selaras dengan bidang perniagaan dan hala tuju Syarikat ini, akan membawa kuasa minda tambahan yang dapat memperkukuh keupayaan R&B Shanghai Electric dalam bidang tenaga pintar, pembuatan pintar dan penyelesaian integrasi digital. Tatkala Shanghai Electric membina kepimpinan dalam tiga bidang ini, Syarikat ini merupakan platform untuk jurutera serta juruteknik yang bersemangat dan bercita-cita tinggi belajar, berkembang dan meningkat maju serta untuk penyelesai masalah sebenar yang mencabar diri mereka untuk mencari penyelesaian inovatif, pintar dan hijau yang memacu nilai untuk pelanggan sambil membina masa depan yang lestari untuk semua.
Sebagai peneraju teknologi dan penginovasi global, Shanghai Electric membangunkan produk dan penyelesaian yang menetapkan piawaian industri dan membuka jalan untuk pelbagai pencapaian perintis baik di dalam China mahupun di peringkat global. Sejak penubuhannya, Shanghai Electric telah menerajui projek-projek yang membawa perubahan di China dan selanjutnya, menerusi kejayaan-kejayaan termasuk unit penjanaan kuasa terma pertama China, motor elektrik pertama dunia dengan dwi sistem penyejukan dalaman, penekan air 10,000-tan yang pertama di China dan set unit penjanaan kuasa nuklear pertama China.
Dengan kehebatan teknologinya yang terkemuka di dunia, Shanghai Electric menjadi kuasa utama yang memacu China untuk mempercepatkan langkah menuju matlamat puncak karbon dan keneutralan karbon negara ini. Tatkala ia berusaha untuk memperkukuh sinergi industri bagi membolehkan rakan-rakan kongsinya merentas rantaian nilai untuk mencapai peralihan rendah-karbon, Shanghai Electric turut mengeluarkan pelan tindakan yang memperincikan strategi dan amalan jangka pendek serta jangka panjangnya untuk mengurangkan jejak karbon dalam kedua-dua tenaga baharu dan perniagaan tenaga tradisional.
Untuk maklumat lanjut mengenai Shanghai Electric, sila kunjungi: https://www.shanghai-electric.com/group_en/