Pertumbuhan tahunan dua angka masih mungkin dapat dicapai untuk portfolio ekuiti tempatan Pacific Mutual
KUALA LUMPUR, Malaysia, 2 Jun 2014 /PRNewswire/ -- Dalam satu kenyataan hari ini, Gary Gan, pengarah eksekutif dan ketua pegawai eksekutif Pacific Mutual Fund Bhd, sebuah syarikat pengurusan pelaburan di bawah OCBC Group, dengan sumber dalaman untuk mengurus kedua-dua pelaburan tempatan dan global, mengekalkan pandangan pasaran ekuiti yang diumum pada awal tahun 2014 bahawa pasaran ekuiti tempatan akan terus kekal mencabar. Sejak permulaan tahun 2014 hingga kini, indeks penanda aras FBM KLCI tidak berubah, selepas naik 11% dalam tahun 2013.
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20140530/8521403118
Gan memetik pandangan syarikat, "Saham-saham Malaysia mempunyai penilaian yang agak tinggi pada masa kini dimana nisbah harga-pendapatan (PE) FBM KLCI didagangkan pada 15.2x, 1.5x standard deviation tahap keserdahanaan 5 tahun, dan hanya 4.3% dari PE maksimum bagi tempoh 10 tahun yang lalu. Walau bagaimanapun, momentum pembelian masih kukuh, terutamanya bagi saham-saham bernilai rendah kerana tahap kecairan masih tinggi, diperkukuh dengan kemasukan semula dana ke dalam pasaran yang sedang membangun."
"Sebahagian besar momentum pembelian disaksi dalam sektor-sektor minyak dan gas, hartanah, pembinaan dan perladangan, disokong oleh aliran berita positif. Beberapa berita positif termasuk kereta api kelajuan tinggi KL-Singapura untuk sektor pembinaan, dan kemungkinan tinggi kejadian El Nino pada separuh kedua tahun 2014 yang boleh meningkatkan harga minyak sawit mentah, suatu faktor positif bagi sektor perladangan.
"Kecairan yang tinggi juga menyebabkan minat terhadap saham-saham Malaysia masih berterusan, meskipun pada tahap yang lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelum ini," tambah Gan.
Gan mengulas lagi bahawa, "Oleh yang demikian, Pacific Mutual tetap teguh dengan strategi oportunisnya yang berjaya menjana pulangan 3-7% untuk portfolio ekuiti tempatannya bagi tempoh lima bulan pertama tahun 2014. Memandangkan angka-angka ini, Pacific Mutual percaya bahawa pertumbuhan tahunan dua angka berpotensi boleh dicapai bagi portfolio ekuiti tempatannya, jika trend masa kini berterusan. Ini adalah bukti usaha gigih pasukan pelaburan kami dan proses pelaburan berhati-hati yang membantu kami mencari pelaburan yang berpotensi walaupun dalam tahun yang mencabar seperti ini, di mana indeks petunjuk pasaran tidak berubah."
Strategi oportunis Pacific Mutual dan pemilihan saham dari dasar-ke-atas (bottom-up selection), mencari "permata" (saham berpotensi) yang kini didagang di bawah nilai sebenar akan terus diamal dan dijalankan dalam tempoh pertengahan kedua tahun 2014.
Dalam kenyataan yang sama, Pacific Mutual memperkenalkan sebuah dana tempatan baru yang mematuhi prinsip Syariah – suatu pelaburan aset bercampur yang melabur dalam ekuiti patuh Syariah Malaysia, sukuk dan instrumen pasaran wang Islam. Pacific Dana Imbang, yang dilancarkan hari ini, merupakan dana patuh Syariah aset bercampur tempatan yang pertama bagi Pacific Mutual. Pacific Mutual telah mula mengurus mandat ekuiti patuh Syariah sejak 16 tahun lalu, dan semenjak itu, dana-dana Pacific Mutual yang mematuhi prinsip Syariah telah memenangi sembilan anugerah.
PACIFIC MUTUAL FUND BHD adalah anak syarikat Lion Global Investors Limited (dahulu dikenali sebagai Lion Capital Management Limited), sebuah syarikat yang diperbadankan di Singapura pada tahun 1986. Kedua-dua Pacific Mutual dan Lion Global Investors adalah ahli OCBC Group. Pada akhir bulan Mei 2014, Pacific Mutual mengurus hampir RM2 bilion bagi pihak pelabur unit amanahnya dan pelanggan mandat persendiriannya.
HUBUNGAN MEDIA:
Cindy Leong 03 - 7725 9877 sambungan 238
cindy@pacificmutual.com.my
Cindy Thean 03 - 7725 9877 sambungan 226
cthean@pacificmutual.com.my