omniture

Swisslog Diiktiraf dengan Anugerah Kecemerlangan Pembekal 2013 oleh Texas Instruments

Swisslog
2014-06-03 03:36 190

SINGAPURA, 3 Jun 2014 /PRNewswire/ -- Swisslog, penyedia global untuk penyelesaian logistik bersepadu untuk gudang, pusat pengedaran serta hospital, telah menerima Anugerah Kecemerlangan Pembekal 2013 Texas Instruments (TI). Anugerah tahunan ini mengiktiraf syarikat yang mempunyai dedikasi dan komitmen terhadap pembekalan produk dan perkhidmatan yang memenuhi standard kecemerlangan TI yang tinggi. Swisslog ialah salah satu syarikat daripada kumpulan elit yang terdiri daripada 12 pembekal yang dipilih kerana prestasi mengagumkan mereka dalam bidang Kos, Tanggungjawab Alam Sekitar & Sosial, Teknologi, Kesambutan, Jaminan Bekalan, dan juga Kualiti.

(Foto: http://photos.prnasia.com/prnh/20140530/8521403114 )

Swisslog telah ditugaskan oleh TI pada hujung tahun 2011 bagi melaksanakan automasi intralogistik untuk Pusat Pengedaran Produk (PDC) TI yang terletak dalam Zon Dagangan Bebas di Changi, Singapura. Kemudahan itu menguruskan produk yang tiba dari 20 negara ke Singapura manakala pesanan pula dikumpulkan dan dihantar ke 54 negara dari Singapura. Pemasangan penyelesaian penunaian pesanan dan simpanan robotik barang kepada orang AutoStore telah memperbaiki ketepatan serta kecekapan ruang. Penggunaan ruang yang signifikan telah membenarkan produk sebanyak 4 kali jumlahnya disimpan dalam ruang yang sama dan menghasilkan peningkatan produktiviti yang signifikan. Buat masa ini, automasi itu menguruskan jumlah barangan yang besar daripada jumlah penghantaran dengan majoriti penghantaran dari Singapura ke negara lain dibuat daripada sistem AutoStore.

"Kami berbesar hati kerana sumbangan kami telah diiktiraf oleh Texas Instruments," kata Koh Seng Teck, Ketua Sistem Pengedaran Wayarles Swisslog rantau Asia Tenggara. "Pengiktirafan ini telah dibina berdasarkan komitmen berterusan kami untuk membantu Texas Instruments memenuhi matlamat rantaian bekalan mereka dengan mengurangkan kos dan turut meningkatkan produktiviti pengendalian mereka."

"Kami menganggap Swisslog Singapore Pte Ltd. sebagai rakan kongsi perniagaan yang penting, bagi membantu kami mencapai keutamaan kami melalui pelaksanaan, kualiti serta prestasi yang mengagumkan. Swisslog Singapore Pte Ltd. telah menunjukkan komitmen mengagumkan dalam membantu kami mencapai tahap produktiviti dan kecekapan yang lebih tinggi dalam pengendalian rantaian bekalan kami. Sistem AutoStore® telah memberi kami kawalan inventori yang lebih baik di samping kepantasan dan juga ketepatan yang lebih tinggi bagi membantu kami menyokong para pelanggan Pemprosesan Terbenam dan Analog kami," kata Rob Simpson, Naib Presiden Pemerolehan dan Logistik Sedunia TI.

Pasukan pengurusan daripada bahagian Kepimpinan TI dan pasukan Pemerolehan dan Logistik Sedunia TI telah menyampaikan anugerah itu kepada Ketua Sistem Pengedaran Wayarles Swisslog Asia Tenggara, En. Koh Seng Teck semasa majlis anugerah pada 14 Mei 2014. Tambahan itu, pengumuman rasmi daripada Texas Instruments tentang anugerah ini boleh didapati di laman web mereka: http://newscenter.ti.com/2014-04-08-TI-recognizes-12-suppliers-with-annual-excellence-award?DCMP=Awards&HQS=corp-corpgen-fb-pr-20140408-en&hootPostID=7626d50ac585b7ad897d875d81f37049

Latar belakang Swisslog

Swisslog ialah penyedia global untuk penyelesaian logistik bersepadu bagi gudang, pusat pengedaran serta hospital. Dengan pengalaman selama bertahun-tahun dalam pembangunan dan pelaksanaan penyelesaian logistik bersepadu, Swisslog menyediakan kepakaran yang diperlukan oleh pelanggan di lebih 50 negara seluruh dunia.

Beribu pejabat di Buchs/Aarau, Switzerland, Swisslog kini menggaji lebih 2100 kakitangan di 20 negara seluruh dunia. Syarikat induk kumpulan itu, Swisslog Holding AG, tersenarai di Bursa Switzerland SIX (nombor jaminan: 1232462, Telekurs: SLOG, Reuters: SLOG.S). Nota: Swisslog merujuk kepada pesanan sebagai "pesanan besar" jika jumlah kewangannya melebihi ambang MCHF 20.

Hubungi

Swisslog Singapore Pte Ltd
Koh Seng Teck
Ketua Sistem Pengedaran Wayarles Asia Tenggara
Tel: +65-6280-0600
E-mel: wds.sg@swisslog.com
www.swisslog.com/AutoStore

SUMBER Swisslog

Source: Swisslog
Keywords: Computer/Electronics Transportation Awards