omniture

NETAND, pamerkan penyelesaian HIWARE di CyberDSA MY 2023 bersama vendor-vendor Keselamatan Siber Korea

NETAND
2023-08-17 11:58 18

SEOUL, Korea Selatan, 17 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- NETAND, penyedia penyelesaian pengurusan identiti & akses bersepadu yang berpangkalan di Korea Selatan, menghadiri persidangan Cyber DSA 2023 yang diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia bersama rakan kongsi tempatan mereka, TechCreate dan Korean CyberSecurity Consortium (KAISS) Seculetter serta Somansa mulai 15 hingga 17 Ogos berkongsi pandangan mengenai penyelesaian Keselamatan Siber Korea (K-Cybersecurity).


NETAND mendemonstrasikan produk unggulannya, HIWARE yang merupakan penyelesaian terkemuka dalam industri yang digunakan secara meluas oleh institusi-institusi kewangan dan kerajaan di Korea bagi melindungi maklumat daripada ancaman keselamatan dalaman dan luaran.

Penyelesaian HIWARE membawakan pendekatan automatik dan bersepadu untuk mengurus semua akaun pengguna yang bertaburan dalam seluruh sistem (pada premis atau awan). Ini membolehkan penyelesaian IAM menyegerakkan dan menggabungkan semua jenis identiti pada masa sebenar, tanpa jeda dalam kemas kini status yang sentiasa sedia diserang oleh penyerang siber dan ia turut mengautomasikan proses pengurusan akaun dan kata laluan bagi meningkatkan kecekapan.

NETAND turut menyediakan penyelesaian Pengurusan Sesi Akses Istimewa (PAM) yang mengupayakan pengurusan hujung-ke-hujung dan pengawasan pengguna dengan mengawal semua akses dan operasi infrastruktur IT pelanggan seperti rangkaian dan pelayan, memantau butiran kerja pada masa sebenar dan menyimpan rekod log.

"Kami bukan sahaja menyediakan penyelesaian pengurusan identiti, tetapi juga menyampaikan penyelesaian pengurusan akses pada UI tunggal untuk menghapuskan kebimbangan terhadap keselamatan oleh pelanggan kami. Penyelesaian kami menyediakan keselamatan yang tidak dapat ditembusi pada sistem pelanggan dan dalam masa yang sama menyokong bilangan peranti dan pengguna tanpa had, tanpa sebarang jeda atau masa henti, walaupun sekiranya kami tidak mendapat permintaan, kami terus menganalisis bagaimana sistem pelanggan kami berfungsi dengan penyelesaian kami," kata Hochul Shin, Ketua Pegawai Eksekutif NETAND.

Latar Belakang NETAND

Ditubuhkan pada tahun 2007, NETAND berkembang menjadi peneraju pasaran Asia bagi penyelesaian pengurusan akses istimewa (PAM) dengan teknologi dan kepakaran yang utama dalam industri ini berdasarkan kepada penyelidikan, pembangunan berterusan serta pelbagai pengalaman pelanggan. Ketika ini, NETAND menawarkan perkhidmatan kepada lebih daripada 3,000 pelanggan domestik dan asing. Selama 16 tahun berada dalam industri ini menjadikan NETAND sebagai penyedia penyelesaian PAM pilihan untuk kerajaan dan syarikat besar. Ketika ini, NETAND memegang 60% bahagian pasaran domestik dan diiktiraf sebagai satu-satunya penyedia penyelesaian PAM di rantau Asia-Pasifik oleh Gartner Magic Quadrant pada tahun 2021. NETAND dinamakan sebagai salah satu daripada 5 syarikat keselamatan siber terbaik untuk ditumpukan oleh majalah Silicon Review pada tahun 2022.

 

 

 

Source: NETAND
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Trade show news