omniture

CATL Lancar Bateri Pengecasan Super Pantas Shenxing, Buka Era Pengecasan Super Pantas EV

Contemporary Amperex Technology Co., Limited
2023-08-17 15:11 111

NINGDE, China, 17 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Pada 16 Ogos, CATL melancarkan Shenxing, bateri LFP pengecasan super pantas 4C pertama di dunia, berupaya untuk membawakan jarak pandu 400 km dengan pengecasan 10-minit serta jarak lebih 700 km pada sekali cas. Shenxing dijangka dapat mengurangkan kebimbangan pengecasan pantas untuk pengguna EV dengan ketara dan membuka era pengecasan super pantas EV.


Dengan kemajuan teknologi bateri dan peningkatan prestasi keseluruhan yang signifikan untuk bateri EV, industri ini telah mencapai jarak pandu yang jauh untuk EV. Ketika ini, kebimbangan pengecasan pantas telah menjadi faktor utama yang menghalang pengguna daripada beralih kepada EV. Memfokuskan pada sifat elektrokimia, CATL meneruskan inovasinya dalam bahan dan elektrokimia serta struktur sistem dengan cara yang menyeluruh, lalu mencapai pengecasan super pantas, ketumpatan tenaga tinggi dan tahap keselamatan yang tinggi secara serentak dengan cara yang kreatif. Shenxing menerobos melangkaui sempadan prestasi kimia LFP, menerajui inovasi dalam industri bateri.

Mentakrifkan bateri LFP untuk mengurangkan kebimbangan pengecasan

Mempercepatkan pengekstrakan ion litium. Shenxing memanfaatkan teknologi katod rangkaian super elektronik dan bahan katod LFP nano-terhablur sepenuhnya untuk mencipta rangkaian super elektronik yang dapat mempermudah pengekstrakan ion litium dan respons pantas kepada isyarat pengecasan.

Meningkatkan kadar interkalasi ion litium. Bagi inovasi grafit, teknologi gelang ion pantas generasi-kedua yang terkini daripada CATL digunakan untuk mengubah suai sifat-sifat permukaan grafit, yang meningkatkan saluran interkalasi dan memendekkan jarak interkalasi untuk ion litium, lalu mencipta laluan yang luas untuk pengaliran arus. Di samping itu, reka bentuk elektrod berlapis berbilang gradien dibangunkan untuk mencapai keseimbangan yang sempurna antara pengecasan pantas dan jarak jauh.

Mengurangkan rintangan pergerakan ion-litium. CATL membangunkan formula elektrolit superkonduksi serba baharu yang mengurangkan kelikatan elektrolit dengan berkesan, lalu menghasilkan kekonduksian yang lebih baik. Di samping itu, CATL menambah baik filem SEI ultra-nipis bagi mengurangkan rintangan pergerakan ion-litium.

Meningkatkan kadar penghantaran ion litium. Dari segi pemisah, CATL menurunkan rintangan transmisi ion litium dengan keliangan yang tinggi dan purata jarak penghantaran yang dipendekkan.


Meningkatkan prestasi keseluruhan dalam kelajuan pengecasan, jarak dan keselamatan

Di samping mencapai pengecasan super pantas 4C, Shenxing turut mencapai jarak pandu yang jauh, pengecasan pantas pada julat suhu yang luas dan tahap keselamatan yang tinggi melalui inovasi struktur dan memanfaatkan algoritma pintar.

Membawakan jarak lebih 700 km. CATL membangunkan teknologi pengumpulan semua-dalam-satu perintis selain penyepaduan alang dalaman dan plat hujung yang dibawakan dalam teknologi CTP 3.0, lalu mencapai penyepaduan tinggi serta kecekapan pengumpulan yang tinggi. Ia membolehkan Shenxing mencapai jarak lebih 700 km, memecah had prestasi kimia LFP.

Pengecasan seperti biasa pada suhu rendah. Pada suhu bilik, Shenxing boleh mengecas sehingga 80% SOC dalam 10 minit. Sementara itu, CATL memanfaatkan teknologi kawalan suhu sel pada platform sistem bagi memastikan sel dipanaskan ke julat suhu kendalian optimum dengan pantas, membolehkan pengecasan 0-80% hanya dalam 30 minit pada suhu serendah -10°C dan prestasi pecutan 0-100 ksj tanpa kompromi pada suhu rendah.

Keselamatan Diutamakan. Elektrolit yang dinaik taraf dan pemisah dengan lapisan yang sangat selamat digunakan untuk memberi perlindungan berganda kepada bateri Shenxing. Dengan mengawal medan suhu global di dalam sel menggunakan algoritma pintar, CATL membina sistem ujian kerosakan masa sebenar yang dapat menyelesaikan masalah yang dibawakan oleh pengisian bahan api yang cepat, mengupayakan tahap keselamatan yang tinggi untuk bateri Shenxing.


Mencapai pengeluaran besar-besaran menjelang tahun 2023, menyambut era pengecasan super pantas

"Masa depan teknologi bateri EV harus tetap berpaksikan dengan teguh pada pencapaian teknologi global serta faedah ekonomi," kata Dr. Wu Kai, Ketua Saintis CATL, berucap di majlis pelancaran itu. "Tatkala pengguna EV beralih daripada pengguna perintis kepada pengguna biasa, kami harus menjadikan teknologi canggih boleh diakses untuk semua dan membolehkan semua orang menikmati hasil daripada inovasi."


Hasil daripada kekuatannya dalam pembuatan ekstrem, CATL mencapai keupayaan untuk memindahkan teknologi dari makmal ke pasaran dengan pantas, mengupayakan pengeluaran bateri Shenxing yang pantas secara besar-besaran. Menurut Gao Huan, Ketua Pegawai Teknologi Perniagaan E-kereta China CATL, pengeluaran besar-besaran Shenxing akan dicapai menjelang akhir tahun ini dan kenderaan elektrik yang dilengkapi dengan Shenxing akan tersedia dalam pasaran pada suku pertama tahun hadapan.


Pelancaran Shenxing melambangkan satu lagi kejayaan dalam pembangunan teknologi bateri EV dan akan mempercepatkan peralihan e-mobiliti yang komprehensif di seluruh dunia. Pada masa depan, dengan berpegang teguh pada falsafah untuk menjadikan teknologi boleh diakses untuk semua orang, CATL akan terus menggalakkan penggunaan teknologi canggih secara meluas, lalu memberi sumbangan yang cemerlang kepada peralihan tenaga global.

Source: Contemporary Amperex Technology Co., Limited
Related Stocks:
Shenzhen:300750
Keywords: Alternative Energies Auto Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Transportation Utilities New products/services