SINGAPURA, 18 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Blue Water EduFest, sebuah acara pemuliharaan marin bukan berasaskan keuntungan yang dianjurkan oleh ONE15 Events Management ("ONE°15"), subsidiari SUTL Enterprise Limited ("SUTL"), kembali untuk edisi keduanya pada November ini susulan acara sulung yang berjaya pada tahun lalu yang menghimpunkan pihak berkepentingan untuk berhubung dan membentuk komuniti gabungan dengan tujuan yang sama: untuk mewujudkan impak yang besar ke atas pemuliharaan lautan dan pantai demi generasi-generasi akan datang.
Bakal berlangsung mulai 2 hingga 4 November di ONE°15 Marina Sentosa Cove, acara ini menyediakan platform penting untuk semua pihak berkepentingan mengambil tindakan dan menyertai misi kritikal bagi melindungi lautan dan garis pantai kita di pelosok dunia ini. Dengan matlamat yang bersungguh-sungguh untuk memperkasa pejuang-eko muda yang berani di Asia Tenggara, ia membayangkan untuk menerobos sempadan pemuliharaan marin dengan semangat dan tujuan yang teguh dan padu.
Acara ini dipersembahkan oleh Citi Private Bank, disokong oleh Sentosa Development Corporation, dengan kerjasama The International SeaKeepers Society. Blue Water EduFest 2023 akan menghimpunkan penggubal dasar, pemimpin industri, pemilik kapal layar, usahawan, peramal eko, pempengaruh media dan peminat lautan yang bersemangat tentang pemuliharaan pantai dan marin.
"Di SUTL dan ONE°15 Marina, lautan merupakan aspek yang sangat penting dalam perniagaan dan operasi kami. Kami memikul tanggungjawab yang mendalam untuk mendukung usaha pemuliharan ekosistem marin yang berharga ini. Melalui edisi ke-2 Blue Water EduFest 2023, kami ingin menghimpunkan rakan usaha sama perniagaan kami, pihak berkepentingan dan komuniti kapal layar untuk bersatu dan bertindak, bagi melindungi lautan dan garis pantai kita demi kesejahteraan generasi-generasi akan datang. Dengan mengamalkan penetapan mida "serahkannya kepada orang lain," kita tidak akan menjadi pemangkin perubahan!" ujar En. Arthur Tay, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif SUTL Enterprise serta pencetus idea Blue Water EduFest.
Acara berkenaan membawakan persidangan selama dua hari, The Ocean Collective Summit, dengan kerjasama The International SeaKeepers Society dan The Fabien Cousteau Ocean Learning Centre. Para penceramah yang disanjungi akan menekankan tentang pemuliharaan marin melalui ucapan dasar, perbincangan panel dan sembang santai.
"Kami menyedari sinergi yang hebat dalam memperkukuh inisiatif pemuliharaan lautan melalui persidangan ini. Perhimpunan ini akan menyatukan pencetus perubahan, penyokong dan rakan usaha sama, memperkasa komuniti kami di rantau ini untuk memacu perubahan yang memberi kesan kepada lautan kita," kongsi En. Julian Chang, Ahli Lembaga dan Presiden International SeaKeepers Society Asia.
Kemuncak acara berkenaan ialah Blue Water Heroes yang memaparkan dan memberi penghormatan kepada individu-individu muda dan bersemangat yang memberikan dedikasi pada pemuliharaan marin di Asia Tenggara. Para pemenang tahun lalu akan memberikan keterangan yang bernas tentang usaha penyelidikan dan pemuliharaan mereka yang sedang berjalan.
Selain itu, para peserta belia Antarctic Climate Expedition (ACE) akan berkongsi pengalaman mereka yang membawa perubahan besar. Diterajui oleh pengasas Ocean Geographic Society Michael Aw dan ahli oseanografi Dr. Sylvia Earle, ACE melibatkan wira-wira harian di atas kapal yang dinamakan bersempena Dr. Earle.
Acara berkenaan akan mencapai kemuncaknya dengan pembersihan pantai komuniti bersama hadirin acara, rakan kongsi yang disegani, penaja, ahli ONE15 serta pelajar, kesemuanya bersatu untuk mencipta impak yang mendalam melalui penyertaan mereka.
Dengan sokongan daripada pihak berkepentingan yang berpengaruh dan sealiran, rakan kongsi serta penaja, termasuk K3 Ventures dan KIN, acara transformatif ini akan mencetuskan, mempengaruhi dan memangkinkan perubahan. K3 Ventures ialah firma modal teroka berpangkalan di Singapura yang melabur dalam syarikat pemula teknologi serta menyokong usaha kelestarian bagi memerangi perubahan iklim. KIN ialah sebuah syarikat pengurusan acara sukan terkemuka yang berkongsi keghairahannya untuk mendorong kelestarian dan pemuliharaan alam sekitar.
Blue Water EduFest 2023, akan menyemarakkan semangat pemerkasaan dalam kalangan pejuang-eko muda dan tidak gentar di seluruh Asia Tenggara serta bertujuan untuk menerobos sempadan pemuliharaan marin.
Untuk maklumat lanjut mengenai Blue Water EduFest 2023, sila kunjungi - https://bluewateredufest.com/