omniture

Hong Kong bidang kuasa paling mudah seluruh dunia ke-4 untuk menjalankan perniagaan. Indonesia dan China terus menjadi negara APAC yang paling rumit

TMF Group
2023-08-18 15:00

LONDON, 18 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- TMF Group, pembekal perkhidmatan pematuhan dan pentadbiran terkemuka, telah melancarkan edisi Global Business Complexity Index (GBCI) kesepuluh.

Laporan komprehensif ini menganalisis 78 buah bidang kuasa (77 pada tahun 2022), yang menyumbang kepada 92% daripada jumlah KDNK dunia dan 95% aliran FDI global bersih. Ia menilai hampir 300 penunjuk yang dijejak setiap tahun, membentangkan data mengenai aspek kritikal dalam menjalankan perniagaan yang melibatkan proses perundangan, pematuhan, prosedur perakaunan, rejim cukai, sumber manusia (HR) dan penggajian.

Indonesia mendahului kedudukan sebagai bidang kuasa paling rumit dalam APAC (ke-11 lwn ke-6 pada tahun 2022 secara global), diikuti oleh China (ke-15), Korea Selatan (ke-16), Malaysia (ke-21) dan Filipina (ke-31). Ini hanyalah kali kedua dalam tempoh sepuluh tahun tiada negara APAC digolongkan dalam sepuluh bidang kuasa paling rumit.

Selain itu, kedudukan India (ke-33) jauh bertambah baik pada tahun ini melalui pembaharuan perundangan, berserta dengan usaha meliberalisasikan garis panduan dan peraturan, demi mengurangkan beban pematuhan. Di Vietnam (ke-46), misalnya, kebanyakan pihak berkuasa telah memperkenalkan sistem dalam talian rasmi untuk mengemas kini peraturan baharu dan amalan terbaik.

Di hujung spektrum yang lain pula, Hong Kong (ke-74) ditampilkan sebagai sepuluh bidang kuasa paling tidak rumit selama tiga tahun berturut-turut. Usahanya untuk mengutamakan penjajaran antarabangsa dan memudahkan proses perniagaan telah membuahkan hasil. Ia kekal sebagai bidang kuasa untuk menjalankan perniagaan yang lebih baik, dari segi infrastruktur dan kadar cukai yang rendah. Walaupun mudah, pemilik perniagaan di Hong Kong masih perlu berdepan dengan semakan usaha wajar dan keperluan kenali pelanggan anda (KYC) yang ketat.

Shagun Kumar, Ketua APAC TMF Group, berkata: "Edisi Global Business Complexity Index kesepuluh kami menyerlahkan pelbagai tahap kerumitan merentas rantau APAC. Hong Kong dan Australia berjaya mengekalkan kedudukan masing-masing dalam kalangan bidang kuasa yang paling tidak rumit pada tahun ini. Walaupun cabaran masih amat ketara di negara seperti Indonesia dan China, peluang untuk perniagaan antarabangsa masih tersedia untuk direbut. Formula negara India 'menyasarkan kerajaan minimum dan tadbir urus maksimum' pastinya patut diberikan perhatian. Keseluruhan APAC kekal sebagai enjin pertumbuhan bagi kebanyakan pelanggan global kami: GBCI dan dapatan kami merupakan panduan yang sangat berguna untuk syarikat yang ingin menavigasi serta melabur di rantau APAC melalui cara yang lebih termaklum".

Selain menganalisis 78 buah lokasi, laporan tersebut turut mengenal pasti tiga tema utama yang membentuk landskap perniagaan global dan persekitaran kawal selia:

GEOPOLITIK DAN PERGOLAHAN EKONOMI 

Laporan ini menyerlahkan cara cabaran geopolitik dan faktor ekonomi global memberikan kesan kepada rancangan pengembangan dan operasi perniagaan syarikat. Inflasi mendorong pekerja mencari sokongan kewangan tambahan daripada majikan mereka, yang akhirnya membawa kepada tuntutan kenaikan gaji. Hal ini berlaku terutamanya di APAC yang 93% bidang kuasa yang ditinjau mencatat trend pekerja menuntut pakej kewangan yang lebih baik.

Selain itu, pertumbuhan KDNK Vietnam 2023 kini diramalkan pada kadar 6.5%, lebih rendah berbanding pada tahun 2022 (8.02%). Ini disebabkan oleh jangkaan permintaan global yang lemah dalam pasaran eksport utama, yang mungkin disebabkan oleh ketegangan geopolitik. Begitu juga dengan negara Thailand, pertumbuhan tergendala disebabkan oleh tekanan global, walaupun mampu pulih dengan pantas daripada Covid-19.

CABARAN PEMATUHAN GLOBAL 

Laporan ini turut menunjukkan cara keperluan pematuhan global boleh mendorong kerumitan untuk perniagaan. China membuat pematahan balik perundangan apabila kerajaan menarik balik kadar cukai keutamaan ke atas pendapatan saham pekerja, bonus tahunan dan faedah dikecualikan cukai untuk pekerja ekspatriat, yang patut ditamatkan pada bulan Januari 2022. Walaupun perubahan ini memberikan manfaat kepada pekerja asing dan perniagaan antarabangsa mereka, ini mungkin menyukarkan organisasi untuk mengikuti perubahan berterusan yang dikenakan oleh kerajaan.

Untuk menunjukkan kesan peperangan, semakan kenali pelanggan anda (KYC) di Australia dan Malaysia telah menjadi lebih ketat disebabkan oleh pengenalan sekatan terhadap perniagaan dan individu Rusia.

Walau bagaimanapun, ini turut boleh mendorong daya tarikan terhadap bidang kuasa ini, terutamanya bagi individu kekayaan persendirian dan perniagaan keluarga (PWFO) yang menginginkan keselamatan dan perlindungan. Sebagai contoh, di Singapura, rangka kerja kawal selia serta kestabilan politik yang kukuh dan stabil merupakan faktor utama yang menarik pelaburan asing. Singapura juga menawarkan skim insentif cukai yang menarik, yang menjadi tarikan kepada individu bernilai bersih tinggi.

PERTIMBANGAN ALAM SEKITAR, SOSIAL DAN TADBIR URUS (ESG).

Kepentingan dan keperluan untuk pelaporan ESG makin diutamakan, oleh itu, banyak kerajaan dan pihak berkuasa telah berusaha untuk menerajui pelaksanaan ini dengan mempertanggungjawabkan perniagaan untuk mengurangkan jejak karbon mereka. Di Malaysia, cita-cita kerajaan untuk mencapai neutraliti karbon menjelang tahun 2050 amat progresif berbanding negara ASEAN yang lain. Syarikat-syarikat di Malaysia sedang giat mengusahakan program ESG dan syarikat multinasional menjadikan penggunaan tenaga sebagai tumpuan utama dalam komitmen ESG.

Di India, pakar kami melaporkan bahawa pemain utama menekankan parameter ESG mereka, kerana ini menjadikan pelaburan lebih menguntungkan bagi pelabur global. Sementara di Hong Kong, pindaan pekeliling yang berkuat kuasa pada bulan Januari 2022, memberikan panduan kepada pengurus aset tentang jangkaan pendedahan dipertingkat untuk dana yang menggabungkan faktor ESG sebagai objektif pelaburan utama.

Sepuluh teratas dan terbawah (1= paling rumit, 78= paling tidak rumit) 

1  Perancis

Greece

Brazil

Mexico

Colombia

6  Turki

Peru

8  Itali

Bolivia

10  Argentina

 

69  Malta

70  Jersey

71  New Zealand

72  United Kingdom

73  Kepulauan Virgin British

74  Hong Kong

75  Belanda

76  Curaçao

77  Denmark

78  Kepulauan Cayman

 

 

Source: TMF Group
Keywords: Banking/Financial Service Survey, Polls & Research