omniture

Dahon Unio E20, eBasikal Motor Pacuan-Sederhana Kelas Pertama: Kualiti, Keselesaan, Prestasi Semua-dalam-Satu

DAHON
2023-08-18 19:09 101

SHENZHEN, China, 18 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Memandangkan semakin ramai orang beralih ke arah gaya hidup rendah-karbon sejak beberapa tahun kebelakangan ini, e-basikal menikmati populariti yang tinggi dalam kalangan pengguna hijau. DAHON UNIO E20 "KEA093CM" akan menjadi pilihan yang ideal untuk penunggang hijau sama ada sebagai pilihan untuk berulang-alik setiap hari atau menunggang santai.

DAHON Unio E20
DAHON Unio E20

Kabel DELTEC meningkatkan Kekuatan dan Kestabilan Rangka Basikal

Kabel DELTEC berpaten Dahon mengoptimumkan struktur bingkai basikal kepada bentuk segi tiga yang stabil, mentransformasikan pengagihan daya bingkai. Mengambil tekanan maksimum, DELTEC mengurangkan beban pada bingkai lipat, meningkatkan tempoh guna dan keupayaan galas-beban dengan ketara, menjadikan basikal ini lebih selamat dan lebih selesa untuk ditunggang.

DAHON DELTEC
DAHON DELTEC

Diperbuat daripada aloi aluminium, bingkai basikal ini kuat dan ringan, dengan hanya seberat 17.5kg. Ketegaran bingkai keseluruhan ditingkatkan dengan ketara oleh kabel DELTEC, lalu meningkatkan prestasi yang jauh lebih tinggi dengan sedikit usaha.

Prestasi Berkuasa & Andal

Motor pacuan-sederhana 36V 200W: Dengan sensor tork paksi tengah, motor ini boleh mengesan tork dan kadens mengayuh penunggang secara serentak, maka output sistem kuasa elektrik benar-benar berkadar dengan kuasa mengayuh penunggang. Justeru itu, penunggang boleh menikmati tunggangan yang benar-benar mudah dengan motor automatik melaraskan outputnya sendiri sepanjang perjalanan.

Dibandingkan dengan motor hab, motor pacuan-sederhana memiliki tork besar dan keupayaan mendaki yang lebih kuat; Dengan motor dipasang pada bahagian tengah basikal, berat dipusatkan pada titik-tengah yang menyumbang kepada keseimbangan yang jauh lebih baik.

Bateri litium Samsung 36V-9.5AH: Bateri tiang tempat duduk (seatpost) tersembunyi menawarkan waktu jalan yang panjang, kira-kira 50 kilometer untuk kayuhan basikal elektrik tulen, kira-kira 100 kilometer untuk kayuhan basikal terbantu.

DAHON Unio E20: Powerful & Reliable Performance
DAHON Unio E20: Powerful & Reliable Performance

Reka bentuk bertumpukan pengguna, bertimbang rasa dan prihatin

Dapra depan dan belakang kalis air, kalis kotoran; dilengkapi dengan lampu belakang automatik dan brek sentuhan-lunak untuk tunggangan yang lebih selamat.

Transmisi Tepat, Lancar: Sistem transmisi 9-kelajuan rekaan Dahon adalah tepat dan lancar serta supersensitif. Ia menggunakan dengan cepat nisbah gear optimum untuk mengendalikan keadaan jalan yang rumit. Set roda anti-gelincir 20-inci dengan penyerapan hentakan yang baik menjadikan tunggangan melalui rupa bumi yang kasar lebih mudah.

Paparan LCD: Memudahkan 5 tahap bantuan elektrik, paparan masa sebenar bagi kelajuan, perbatuan dan jumlah bateri.

Hanya ketik dan putar pedal untuk mencetuskan bantuan motor dan bermula, bolehlah anda menunggang dengan Unio E20, yang mudah dan cepat dilipat dan dibuka, amat kompak untuk disimpan dan dibawa ke mana-mana. Kebebasan direalisasikan, Unio E20 membawakan kegembiraan menunggang untuk penunggang hijau.

Dahon, Peneraju Global Teknologi Basikal Lipat

Pada tahun 1982, Dr. David T. Hon, pakar aeroangkasa Amerika terkenal serta ahli fizik mengasaskan DAHON dan mereka bentuk basikal lipat moden pertama, kebanyakan basikal lipat di seluruh dunia memiliki warisan DNA DAHON.

DAHON ialah jenama dengan salasilah selama lebih 40 tahun. Gelaran Guinness World Record sebagai "pengeluar terbesar di dunia bagi basikal lipat". Lebih daripada 500 paten multinasional. Hari ini, DAHON diiktiraf sebagai peneraju dunia. Diterajui oleh prinsip-prinsip panduan inovasi dan perkhidmatan, DAHON komited untuk mencipta produk berkualiti, pengalaman menunggang yang unik serta penyelesaian mobiliti hijau untuk orang ramai yang mengamalkan gaya hidup aktiif dan mesra alam.

Laman Web: https://dahon.com
Untuk pertanyaan sila rujuk marketing@daon.com 

Source: DAHON
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Retail Sports Transportation Utilities Outdoors/Camping/Hiking