SEOUL, Korea Selatan, 21 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- COSRX, jenama penjagaan kulit kegemaran pakar dermatologi terkemuka yang terkenal dengan produknya yang inovatif dan efektif, dengan bangganya mendedahkan penemuan terkininya, The 6 Peptide Skin Booster Serum. Serum revolusioner ini dijadualkan memasuki pasaran pada 3 Ogos, bagi menangani pelbagai masalah kulit dengan campuran enam peptidanya yang unik. Bermula daripada keanjalan hingga kedutan, melegakan dan mencerahkan, tekstur hingga pori, serum semua-dalam-satu ini menawarkan penyelesaian yang komprehensif untuk kulit tanpa cela.
Peptida merupakan rantaian asia amino semula jadi yang penting untuk kesihatan kulit kita, mendorong penghidratan dan kelembutan. Tekstur The 6 Peptide Skin Booster Serum yang ringan dan seakan-akan air memastikan penyerapan pantas dan pelapisan yang mudah dengan produk penjagaan kulit yang lain. Campuran peptidanya yang hebat - SH-Polipeptida-121, Asetil Heksapeptida-8, Dipeptida Diaminobutiroil Benzilamida Diasetat, Kuprum Tripeptida-1, Oligopeptida-68 dan Palmitoil Tripeptida-8 - menangani pelbagai masalah kulit manakala ramuan yang mesra kulit seperti Niasinamida dan Natrium Hialuronat meningkatkan lagi keberkesanannya.
Tektur Mudah-lapis dengan sebarang Produk Penjagaan Kulit
Dibangunkan untuk keselesaan dan keberkesanan terunggul, The 6 Peptide Skin Booster Serum membawakan formula cecair ringan dengan tekstur seakan-akan air. Sifat-sifat yang lembut dan menghidrat dapat memastikan penyerapan pantas, tidak meninggalkan sebarang rasa berminyak.
Formula The 6 Peptide Skin Booster Serum yang berasaskan air membolehkan pelapisan pantas yang mudah dengan produk penjagaan kulit yang lain. Menambahkannya kepada rutin penjagaan kulit harian, sama ada dengan memakainya beberapa kali atau memasukkannya ke dalam langkah pertama untuk hasil yang dipertingkat.
Pelbagai Manfaat dengan Satu Serum
Sorotan utama serum ini terletak pada pelbagai manfaatnya, hasil daripada kombinasi enam peptida yang berbeza. Campuran yang berkuasa ini berfungsi dengan keajaiban dalam menangani pelbagai masalah kulit, menjadikannya penyelesaian pilihan untuk sesiapa sahaja yang mahukan kulit yang sempurna. Di samping itu, serum ini menawarkan penambahbaikan tekstur kulit yang halus dan penjagaan pengelupasan sejurus selepas pemakaian.
Penggalak Kulit Terunggul
COSRX mengesyorkan The 6 Peptide Skin Booster Serum sebagai langkah pertama yang ideal dalam rutin penjagaan kulit harian. Menggunakannya sebagai item guna sekali atau meningkatkan keberkesanannya dengan menggabungkannya bersama produk penjagaan kulit lain bagi meningkatkan penyerapan ramuan aktif, akhirnya meningkatkan kesan penjagaan kulit keseluruhan. Ia dapat digandingkan secara sempurna dengan pelbagai produk COSRX seperti The Retinol 0.1 Cream/The Retinol 0.5 Oil untuk kedutan dan keanjalan, The Niacinamide 15 Serum untuk pori dan sebum, The Hyaluronic Acid 3 Serum untuk penghidratan dan kulit gebu dan The Vitamin C 23 Serum/The Vitamin C 13 Serum untuk mencerahkan dan hiperpigmentasi.
Penjagaan Kulit Berkesan-Kos
Dengan saiz jumbo 150ml, The 6 Peptide Skin Booster Serum menawarkan penyelesaian yang berkesan kos bagi mengalami kesan-kesan berkuasa enam peptida pada kulit setiap hari. Serlahkan potensi penuh rutin penjagaan kulit dengan menambah beberapa lapisan serum ini kepada langkah pertama regimen.
Serum Hipoalergenik Terbukti Secara Klinikal
COSRX berbangga menyediakan produk yang selamat dan lembut untuk semua jenis kulit. The 6 Peptide Skin Booster Serum telah menjalani percubaan klinikal bagi mengesahkan sifat hipoalergeniknya, menjadikannya sesuai untuk kulit sensitif. Teksturnya yang melegakan membantu menenangkan kulit sekali gus menawarkan perlindungan daripada pelbagai masalah kulit.
Diperakui Earth-Mate
COSRX komited untuk menggalakkan kelestarian dan melindungi alam sekitar. The 6 Peptide Skin Booster Serum didatangkan dengan pembungkusan mesra alam, menggunakan kertas yang diperakui FSC bagi melindungi hutan kita.
"Alami kuasa transformatif The 6 Peptide Skin Booster Serum," kata wakil jenama ini. "Ia memenuhi keperluan mereka yang mempunyai pelbagai masalah kulit, menjadikannya penggalak RX yang ideal untuk semua jenis kulit. Sekiranya anda sedang mencari produk yang dapat menggalakkan kulit muka yang sihat dan menyokong kesejahteraan kulit keseluruhan, serum ini merupakan teman anda yang sempurna."
Jadilah antara yang pertama merasai pengalaman kuasa revolusioner The 6 Peptide Skin Booster Serum oleh COSRX. Boleh didapati mulai 15 Ogos 2023, di laman web yang berikut:
Shopee PH: https://shorturl.at/hzLX6
Shopee MY: https://rb.gy/1pvim
Shopee SG: https://bit.ly/3QKnc6e
Shopee VN: https://rb.gy/61ryh
Latar Belakang COSRX:
Menerusi penyelesaian penjagaan kulitnya yang hebat lagi mampu milik, COSRX serta-merta menjadi salah satu jenama penjagaan kulit kegemaran Amerika. Menggunakan jumlah minimum ekstrak semula jadi yang amat berkesan dalam dos pekat, produk COSRX memberi hasil yang boleh dilihat dengan merawat kulit hanya dengan asas-asas yang diperlukan olehnya dan tidak melibatkan sebarang unsur yang tidak diperlukan. Dapatkan penyelesaian penjagaan kulit paling laris terjual daripada penjual di seluruh negara.
Instagram: https://www.instagram.com/cosrx
TikTok: https://www.tiktok.com/@cosrx_official
Laman Web Rasmi COSRX: https://www.cosrx.com