omniture

Strontium Melancarkan Siri Kad MicroSD dan SD NITRO PLUS Berkelajuan Ultra Tinggi

Strontium Technology
2014-06-03 15:54 135

KUALA LUMPUR, Malaysia, 3 Jun 2014  /PRNewswire/ -- Strontium, jenama simpanan digital yang menerajui bidangnya dari Singapura, hari ini telah melancarkan rangkaiannya yang terbaik dan terpantas - NITRO PLUS Kepantasan Ultra Tinggi di Malaysia. Rangkaian produk Strontium yang amat dinanti-nantikan ini terdiri daripada kad SD dan MicroSD Kepantasan UHS-I Kelas 3 (U3), yang membolehkan para pengguna menangkap dan menonton gambar serta video Ultra HD 4K2K menggunakan kamera, tablet dan juga telefon pintar berprestasi tinggi mereka.

KAD NITRO PLUS STRONTIUM: http://www.strontium.biz/nitro-plus

Kad NITRO PLUS Strontium menjanjikan prestasi memori baca sehingga 80MB/s dan memori tulis sehingga 60 MB/s, kelebaran jalur yang cukup bagi membenarkan para pengguna merakam video HD Penuh (1080p), HD Ultra (2160p), 4K2K serta 3D kualiti pawagam pada kamera DSLR dan kamkorder mereka sebelum memainkannya semula di TV UHD, komputer riba dan juga telefon pintar mereka dengan warna dan kejelasan yang memukau. Para pengguna boleh merakam video HD 4K2K sehingga 2 jam pada kad SD 128GB. Selain rakaman video 4K2K, kad NITRO PLUS juga boleh digunakan untuk rakaman televisyen dan penangkapan gambar mod letus atau mod berterusan. Kepantasan pemindahan yang lebih cepat turut mengurangkan masa yang diperlukan untuk memuat turun fail filem dan muzik yang besar ke dalam telefon pintar serta tablet. Lebih-lebih lagi, semua kad NITRO PLUS kalis air dan kalis hentakan, dan turut didatangkan dengan Jaminan Seumur Hidup Strontium. Versi MicroSD juga didatangkan dengan Aplikasi Sandaran Android - MyBackup Pro Versi Penuh bernilai USD 4.99.

Kad NITRO PLUS Strontium serasi dengan semua peranti dengan sokongan 4K2K – Telefon pintar seperti LG G Pro 2 dan Samsung Galaxy S5; Kamera profesional seperti Canon EOS C500; Kamera DSLR dan juga kamera pengguna seperti Canon EOS-1D C DSLR serta GoPro HERO3 Black Edition; TV UHD, monitor dan projektor.

Kad MicroSD NITRO PLUS didatangkan dalam kapasiti 16GB, 32GB serta 64GB, yang masing-masing berharga 84.90 MYR, 159.90 MYR dan juga 309.90 MYR. Kad SD NITRO PLUS boleh didapati dalam kapasiti 16GB, 32GB, 64GB dan 128GB, masing-masing berharga 84.90 MYR, 159.90 MYR, 309.90 MYR serta 539.90 MYR.

Latar belakang Strontium Technology:

Strontium Technology Pte Ltd ialah syarikat penghasilan simpanan digital dengan ibu pejabat di Singapura. Pengendaliannya tersebar luas di pelbagai rantau merentasi Australia, New Zealand, Asia Tenggara, India, Afrika, Timur Tengah, AS, Kanada serta Amerika Latin. Syarikat itu mengekalkan kehadiran pasaran yang mantap di lebih 35 negara.

HUBUNGI:

James Ng
+65-6848-7963 / +65-9187-5237
james@strontium.biz
www.facebook.com/Strontium.biz

SUMBER: Strontium Technology

Source: Strontium Technology
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components New products/services