Tonton pada 29 Ogos jam 14:00 CEST di YouTube (@TCL Electronics).
HONG KONG, 21 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- TCL, jenama TV 2 teratas Global[1] dan syarikat barangan elektronik pengguna terkemuka, akan memperkenalkan produk unggulan serba baharunya dan inovasi semasa Pelancaran Produk Global 2023 yang akan disiarkan secara langsung melalui YouTube pada 29 Ogos, 14:00 CEST.
TCL akan berkongsi detik-detiknya yang paling tidak dapat dilupakan pada tahun 2023, teknologi QD-Mini LED terkini yang mula-mula diperkenalkan ke pasaran dan mempamerkan produk pawagam rumah XL unggulan baharu, perkakas rumah pintar, rangkaian peranti NXTPAPER yang akan datang dan inovasi lain.
Butiran adalah seperti berikut:
Pelancaran Produk Unggulan Global TCL 2023 Dalam Talian
Tarikh: 29 Ogos 2023
Masa: 14:00 CEST atau GMT+2
Strim Langsung: @TCLElectronics di YouTube
Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi www.tcl.com dan ikuti kami di saluran media sosial TCL.
Twitter: @TCL_Global
Facebook: @TCLElectronicsGlobal dan @TCLMobile
Instagram: tclelectronics
YouTube: TCL Electronics dan TCL Mobile
Latar Belakang TCL Electronics
TCL Electronics (1070.HK) ialah sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang berkembang pesat dan pengusaha yang terkemuka dalam industri televisyen global. Ditubuhkan pada tahun 1981, kini ia beroperasi dalam lebih 160 pasaran di seluruh dunia. TCL mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna bermula daripada televisyen, audio dan perkakas rumah pintar. Kunjungi laman web TCL di https://www.tcl.com.
[1] OMDIA 2022 |