omniture

TCL Menang Tiga EISA Awards 2023-2024 Berprestij, Termasuk TV Mini LED Pawagam Rumah EISA

TCL Electronics
2023-08-22 09:00 8

Anugerah cemerlang memperkukuh kedudukan TCL di barisan hadapan teknologi paparan yang inovatif.

PARIS, 22 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- TCL, jenama televisyen dua teratas di dunia dan jenama televisyen 98-inci teratas, hari ini mengumumkan penghormatan yang luar biasa diterima di EISA Awards. Diiktiraf sebagai pakar terpenting Eropah bagi inovasi audio-visual, Expert Imaging and Sound Association (EISA) menganugerahi TCL dengan tiga anugerah unggul, bagi mengiktiraf dedikasi TCL untuk menerobos sempadan teknologi paparan.

Bagi teknologi proprietari perintisnya, TCL dianugerahkan "TV MINI LED PAWAGAM RUMAH EISA 2023-2024" untuk TV 4K QD-Mini LED TCL 65C845", mengiktiraf prestasinya yang unggul apabila melibatkan pengalaman Pawagam Rumah terbaik. Di samping itu, TCL menunjukkan kecemerlangan dalam kategori QLED, dengan dua televisyen menerima anugerah berharga: TV QLED TCL 55C745 diiktiraf untuk peningkatan ciri permainannya yang luar biasa, sebagai "TV PERMAINAN EISA" manakala TV QLED TCL 98C735 cemerlang dalam kategori skrin XL, mendapat gelaran "TV GERGASI EISA 2023-2024".

TV 4K QD-Mini LED TCL 65C845 -- "TV MINI LED PAWAGAM RUMAH 2023-2024" EISA

Menetapkan penanda aras industri untuk Mini LED, pakar-pakar imej dan bunyi EISA menganugerahi 65C845 TCL dengan "TV MINI LED PAWAGAM RUMAH TERBAIK 2023-2024", lalu mengukuhkan kedudukan TCL sebagai perintis teknologi paparan.

TCL terus melanjutkan prestasi teknologi Mini LED, siri C845 pada tahun ini menggandakan zon dan menaik taraf LED, berserta pelbagai pelarasan lain untuk hasil yang dapat menyaingi panel OLED dan dalam beberapa aspek penting dapat mengatasinya - kata hakim-hakim EISA.

Khususnya, 65C845 TCL menawarkan kecerahan mengagumkan, melebihi puncak 2000-nit semasa main balik HDR, dengan paras 800 nit bagi warna putih penuh. Televisyen ini sangat sesuai untuk peminat filem dan pemain permainan, benar-benar serasi dengan konsol generasi terkini.

65C845 TCL didatangkan padat dengan ciri-ciri termasuk Google TV, sistem pembesar suara rekaan Onkyo dan pensijilan IMAX Enhanced.

Televisyen ini menetapkan paras untuk kualiti audio-visual dan fungsi perisian yang luar biasa, memastikan prestasi cemerlang dalam sebarang senario pengguna yang diberikan. Ia dikuasakan oleh AiPQ Processor 3.0, menyampaikan visual yang luar biasa. Di samping itu, dengan Game Master 2.0, HDMI 2.1, ALLM, 144Hz VRR, FreeSync Premium Pro, TCL Game bar, 240Hz Game Accelerator dan sokongan untuk format HDR terkini (HDR10+, HLG, Dolby Vision, Dolby Vision IQ), TV Mini LED ini merupakan pilihan terbaik bagi menikmati filem, sukan, permainan HDR dan banyak lagi.

TV 4K QLED TCL 55C745 -- "TV PERMAINAN 2023-2024" EISA 

TV 4K QLED TCL 55C745 merupakan televisyen terunggul untuk permainan bagi generasi konsol dan PC yang terkini. Bahkan, ia menggabungkan warna-warna QLED yang menakjubkan, kontras Pemalapan Setempat Tatasusun Penuh dan kecerahan puncak dengan semua ciri permainan yang terkini. Dengan Game Master 2.0, HDMI 2.1, ALLM, 144Hz VRR, FreeSync Premium Pro, TCL Game bar, 240Hz Game Accelerator, televisyen ini dapat meningkatkan pengalaman permainan ke tahap seterusnya.

Hasil daripada semua itu, 55C745 TCL dapat membuat penyesuaian kepada sebarang sumber permainan. Digandingkan dengan teknologi AMD FreeSync yang menjanjikan ciri permainan tanpa artifak yang lancar pada hampir sebarang kadar bingkai, pengguna boleh mengharapkan kejayaan yang seterusnya bagi permainan PC dan konsol.

Televisyen ini bukan untuk pemain sahaja: pengendalian warnanya, kecerahan, keupayaan HDR dan pemalapan setempat tatasusun penuh diterjemahkan kepada prestasi filem yang dinamik, manakala antara muka Google TV membawakan aplikasi penstriman dan kawalan suara. Tanpa mengira bagaimana anda merancang menggunakannya, 55C745 merupakan nilai yang hebat untuk wang. - kata juri EISA.

Dengan kapasiti untuk menyokong berbilang format HDR seperti HDR10+, HLG dan Dolby Vision IQ, TV QLED ini merupakan pilihan terbaik untuk semua orang yang mengharapkan kualiti tertinggi pada harga yang berpatutan.

TV QLED TCL 98C735 -- "TV GERGASI 2023-2024" EISA

Setelah memenangi anugerah "TV LCD BELIAN TERBAIK 2022-2023" untuk model 55" tahun lalu, TV QLED TCL C735 kembali dengan satu lagi kejayaan atas tawaran XLnya yang mengagumkan, sama seperti 98" TCL C735, yang mendapat gelaran "TV GERGASI 2023-2024". TCL, jenama yang terkemuka bagi skrin 98", memaparkan kuasa skrin besar yang luar biasa bagi menyampaikan pengalaman hiburan rumah yang imersif sepenuhnya, membawakan pawagam sebenar ke rumah anda. 98C735 TCL, pusat hiburan 4K QLED yang unggul, memiliki integrasi Google TV dan prestasi permainan video yang luar biasa. Visualnya ditingkatkan lagi dengan Dolby Vision IQ, menampilkan ekspresi warna lanjutan, peningkatan kontras dan tahap kecerahan yang ditingkatkan. Sistem bunyi Onkyo gred-pawagam, digabungkan dengan Dolby Atmos, menempatkan bunyi dalam ruang berbilang dimensi, meletakkan pengguna di tengah-tengah sukan, rancangan TV, filem atau permainan video kegemaran mereka.

Bagi mereka yang ingin menukar ruang tamu menjadi pawagam rumah dengan imej yang lebih hebat daripada hakikat sebenar, 98C735 TCL ialah jawapannya. Televisyen 98-inci dengan cahaya belakang Mini LED dan teknologi panel Bintik Kuantum, gambar yang memenuhi dindingnya menggabungkan warna hitam pekat dengan perincian bayang yang sangat baik dan menyampaikan sorotan menakjubkan hasil daripada kecerahan puncak dan pemalapan setempat yang mengagumkan - kata hakim-hakim EISA.

Sama ada dalam HDR10, HDR10+, atau Dolby Vision IQ, filem-filem HDR menarik perhatian dengan warna-warna terang. Sudut tontonan yang luas dan keupayaan anti-pantulan yang sangat baik menjamin pengalaman sinematik untuk khayalak ramai.

Tambahan pula, 98C735 TCL menawarkan keserasian permainan penuh untuk konsol dan PC berkualiti tinggi, menjadikannya pelaksana serba boleh. Dengan integrasi Google TV dan harga yang berpatutan, skrin bersaiz gergasi ini merupakan pilihan yang menarik buat peminat hiburan yang mencari pengalaman pawagam rumah yang luar biasa.

Para pemenang EISA yang luar biasa ini dan banyak lagi kini tersedia dalam pasaran global[1]. Nantikan lebih banyak perkembangan terkini mengenai inovasi TCL yang memenangi anugerah dalam bulan-bulan akan datang.

Latar Belakang TCL Electronics

TCL Electronics (1070.HK) ialah sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang berkembang pantas dan peneraju dalam industri televisyen global. Ditubuhkan pada tahun 1981, kini ia beroperasi dalam lebih 160 pasaran di seluruh dunia. TCL mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna bermula daripada televisyen, audio dan perkakas rumah pintar. Kunjungi laman web TCL di https://www.tcl.com.

[1] Spesifikasi, aplikasi, perkhidmatan dan kandungan mungkin berbeza mengikut negara atau wilayah.

 

Source: TCL Electronics
Related Stocks:
HongKong:1070
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Television Awards