omniture

Astronergy, NIO dan OPF berganding bahu untuk Sistem Penggunaan-sendiri PV EV pertama dunia dengan Pengecas V2G di Taman Negara Gunung Qilian

Astronergy
2023-08-22 12:19 48

HANGZHOU, China, 22 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Menurut pelawaan dan penyertaan One Planet Foundation (OPF) dan NIO, 75 unit modul PV TOPCon jenis-n Astronergy telahpun dihantar ke Taman Negara Gunung Qilian bagi menyokong penyempurnaan sistem penggunaan sendiri fotovolta pertama dunia dengan pengecas V2G, seterusnya memulakan fasa ketiga program pemuliharaan bersama ekologi Clean Parks dan WWF selepas operasi sistem sejak 20 Ogos.

An aerial photo captures the world's first EV PV self-consumption system with V2G chargers at Qilian Mountain National Park.
An aerial photo captures the world's first EV PV self-consumption system with V2G chargers at Qilian Mountain National Park.

Clean Parks ialah satu inisiatif pembinaan bersama ekosistem yang dianjurkan oleh NIO bagi menyokong lebih banyak simpanan alam semula jadi di seluruh dunia menerima pakai EV pintar. Setakat ini, NIO membantu membina infrastruktur tenaga bersih dan memformulasikan peredaran tenaga bersih dan rendah-karbon bagi melindungi ketulenan dan integriti ekosistem di bawah inisiatif ini.

Dengan sokongan daripada modul PV TOPCon N ASTRO daripada Astronergy, sistem penggunaan sendiri fotovolta pertama dunia di Taman Negara Gunung Qilian boleh mencapai purata tahunan penjanaan kuasa bersih kira-kira 670,000 kWj yang dapat memenuhi keperluan 100% penggunaan kenderaan elektrik di dalam kawasan terlindung dan dalam masa yang sama menawarkan kuasa untuk 50% keperluan lain. Kesemua output kuasa hijau ini menghasilkan anggaran pengurangan karbon tahunan sekitar 53 tan.

Astronergy n-type PV modules generating green power at the world's first photovoltaic self-consumption system in Qilian Mountain National Park.
Astronergy n-type PV modules generating green power at the world's first photovoltaic self-consumption system in Qilian Mountain National Park.

Stesen penggunaan sendiri V2G kini beroperasi di dalam pangkalan penyelidikan negara jangka panjang Taman Negara Gunung Qilian, bagi memberi sokongan yang berterusan untuk rondaan ekologi serta penggunaan tenaga bersih, rendah-karbon di dalam taman itu.

Menurut Samuel Zhang, Ketua Pegawai Pemasaran di Astronergy, pada majlis perasmian untuk sistem penggunaan sendiri PV yang sedang diusahakan oleh Astronergy bagi mengamalkan slogan – Demi Dunia Lebih Hijau, biodiversiti merupakan salah satu teras yang ditegaskan oleh syarikat ini bagi membantu menjana kuasa lebih hijau, mengendalikan perniagaan dan menyokong pembangunan ekonomi serta sosial.

Astronergy berbesar hati dan berusaha untuk terus menggalakkan inovasi teknologi PV bagi menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada stesen janakuasa, menggalakkan kelestarian biologi, mendorong pewujudan masyarakat pembangunan tenaga baharu tanpa pencemaran, emisi-sifar dan berkecekapan tinggi serta menyokong transformasi hijau dan rendah-karbon, lalu memberi sokongan padu demi pembangunan pemuliharaan biodiversiti, tambah Zhang.

Sebagai percubaan baharu yang segar oleh Astronergy untuk melindungi biodiversiti melalui produk PV hijau, projek tersebut akan menjadi satu permulaan baharu untuk syarikat ini bekerjasama dengan semua pihak yang layak bagi mencipta dunia lestari dan karbon sifar-bersih.

 

Source: Astronergy
Keywords: Auto Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Transportation Utilities Conservation/Recycling New products/services