omniture

One Bangkok Mengaplikasikan Honeywell Technology untuk Tingkatkan Transformasi Bangunan Digital

Honeywell
2023-08-22 12:57 33

Kelestarian pembangunan Bangkok dan meningkatkan operasi melalui 'Honeywell Forge for Buidlings'

BANGKOK, 22 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Honeywell mengumumkan pada hari ini kerjasama strategiknya dengan TCC Group untuk menggunakan 'Honeywell Forge for Buildings' di One Bangkok, daerah bersepadu secara holistik yang terbesar di tengah-tengah Bangkok bagi  kelestarian operasi serta pengendalian yang lebih efisyen.

From left to right 1. Mr. Teerapan Luengnaruemitchai, Managing Director of T.C.C. Technology Co., Ltd. 2. Mr. Pipit Jariyavattanavijit, Deputy Managing Director - Commercial & Operation of T.C.C. Technology Co., Ltd. 3. Mr. Worawat Srisaan, Deputy Chief Executive Officer of One Bangkok 4. Mr. Panote Sirivadhanabhakdi Group Chief Executive Officer of Frasers Property Limited, a developer of One Bangkok 5. Mr. Vimal Kapur, Honeywell Chief Executive Officer 6. Mr. Peerasak Gamonsugosol, President Thailand & Vietnam, Honeywell High Growth Regions 7. Mr. Sharad Yadav, Vice President General Manager, Honeywell Building Technologies Rest of Asia 8. Mr. Akaparp Suphaklert, Acting Managing Director, Forward System Company Limited
From left to right 1. Mr. Teerapan Luengnaruemitchai, Managing Director of T.C.C. Technology Co., Ltd. 2. Mr. Pipit Jariyavattanavijit, Deputy Managing Director - Commercial & Operation of T.C.C. Technology Co., Ltd. 3. Mr. Worawat Srisaan, Deputy Chief Executive Officer of One Bangkok 4. Mr. Panote Sirivadhanabhakdi Group Chief Executive Officer of Frasers Property Limited, a developer of One Bangkok 5. Mr. Vimal Kapur, Honeywell Chief Executive Officer 6. Mr. Peerasak Gamonsugosol, President Thailand & Vietnam, Honeywell High Growth Regions 7. Mr. Sharad Yadav, Vice President General Manager, Honeywell Building Technologies Rest of Asia 8. Mr. Akaparp Suphaklert, Acting Managing Director, Forward System Company Limited

Diusahakan secara bersama oleh TCC Assets (Thailand) Co., Ltd. dan Frasers Property Holdings (Thailand) Co., Ltd., One Bangkok ialah pembangunan bersepadu sepenuhnya yang terdiri daripada lima menara pejabat Gred A premium, ruang niaga ekslusif pelbagai,,hotel mewah dan  menara kediaman mewah, berasaskanteras kehidupan bertumpukan-penduduk, kelestarian dan bandar-pintar. Honeywell menyediakan penyelesaian lestari yang inovatif dalam banyak projek pemenang anugerah seperti FYI Center, Samyan Mitrtown, The PARQ dan QSNCC.

"Dalam ekosistem hartanah korporat pada hari ini, pemaju hartanah menghadapi beberapa cabaran untuk pembangunan lestariserta mengurangkan pelepasan karbon," kata Anthony Arundell, naib presiden kanan dan ketua Bandar Pintar, One Bangkok. "One Bangkok direka bentuk dengan Bandar Pintar termaju serta infrastruktur lestari, menggabungkan teknologi pintar dengan tujuan untuk menjadi peneraju projek Thailand yang mencapai pengiktirafan dan pensijilan Platinum LEED (Leadership in Energy and Environmental Design) untuk Pembangunan Kejiranan dengan pensijilan Platinum WiredScore dan Smartscore, mengupayakan ketersambungan digital terbaik dalam kelas serta perkhidmatan kehidupan bandar pintar yang lestari. Projek tersebut menetapkan standard baharu untuk kecemerlangan teknologi di Thailand dengan menjadi projek hartanah pertama yang menerima pensijilan Platinum WiredScore. Honeywell Forge ialah salah satu penyelesaian penting untuk mengurus penggunaan tenaga kami dalam persekitaran terbina dan memastikan kami membangunkan dan mengendalikan bangunan lestari pada tahun-tahun akan datang."

Menurut Teerapan Luengnaruemitchai, pengarah urusan T.C.C. Technology Co., Ltd., organisasi tersebut membayangkan untuk menyokong One Bangkok dalam bidang-bidang kemajuan teknologi, kelestarian, keterhubungan, penglibatan komuniti dan meningkatkan kualiti hidup untuk penduduknya. Kekuatan Honeywell dalam melaksanakan penyelesaian IoT industri termaju akan mencetuskan pandangan yang dapat meningkatkan kecekapan dan prestasi operasi.

Ramai pengurus bangunan dan pemaju hartanah pada hari ini menghadapi keperluan yang mendesak untuk pengendalian tenanga yang efisyen dan mengurangkan pelepasani karbon. Kajian menunjukkan bahawa bangunan komersial menyumbang sebanyak hampir satu pertiga daripada penggunaan tenaga global[i] dan 37% daripada pelepasan CO2 berkaitan tenaga global[ii], sementara 28% daripada emisi berkenaan berkaitan dengan operasi bangunan.[iii] Honeywell menyokong matlamat kelestarian pelanggan dengan produk tersedia masa kini yang inovatif yang mengurangkan emisi gas rumah hijau, menjimatkan tenaga, mengukur dan mengurangkan impak karbon serta menyokong penerimaan sumber tenaga boleh baharu.

"Honeywell berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada pembangunan yang pertama seumpamanya di wilayah ini," Sadiq Syed, naib presiden dan general manager, Honeywell Connected Buildings. "Dengan penilaian dan perancangan terperinci keperluan One Bangkok, kami memahami bahawa mengimbangi kos dan keselesaan penghuni merupakan kunci untuk mencapai ekosistem yang lestari. Kami berharap dapat terus menyediakan teknologi yang tersedia masa kini untuk rakan peniagaan serta para pelanggan kami melalui misi dan komitmen kami untuk menyokong usaha kelestarian di seluruh dunia."

Honeywell Forge for Buildings membawakan perisian, perkakasan dan perkhidmatan yang menyampaikan hasil penting untuk membantu pemilik dan pengendali bangunan melaksanakan penyelenggaraan prediktif dan mengoptimumkan penggunaan tenaga serta membangunkan persekitaran yang lebih lestari. Honeywell Forge for Buildings menyediakan pendekatan yang komprehensif untuk operasi dan pengurusan sistem bangunan bagi membantu pemilik dan pengendali bangunan mencapai hasil berfokuskan dapatan.

Ketahui lebih lanjut bagaimana Honeywell Forge for Buildings dapat membantu pemilik dan pengendali bangunan meningkatkan kelestarian, kecekapan operasi, pengalaman penghuni, pematuhan, keselamatan dan sekuriti serta matlamat kebingkasan.

Hubungan media:
Anna Ramli
+60 12-212 4439
Anna.Ramli@Honeywell.com

Mengenai Honeywell

Honeywell Building Technologies (HBT) sedang mengubah cara setiap bangunan beroperasi untuk membantu meningkatkan kualiti hidup. Kami ialah syarikat kawalan bangunan terkemuka dengan operasi di lebih 75 negara yang disokong oleh rangkaian rakan kongsi saluran global. Pemilik dan pengendali bangunan komersial menggunakan perkakasan, perisian dan analitik kami untuk membantu mencipta kemudahan yang selamat, cekap dan produktif. Penyelesaian dan perkhidmatan kami digunakan di lebih daripada 10 juta bangunan di seluruh dunia.

Honeywell (www.honeywell.com) menyampaikan penyelesaian khusus industri yang merangkumi produk dan perkhidmatan aeroangkasa; teknologi kawalan untuk bangunan dan industri; dan bahan prestasi di peringkat global. Teknologi kami membantu pesawat, bangunan, kilang pembuatan, rantaian bekalan dan pekerja menjadi lebih terhubung untuk menjadikan dunia kita lebih pintar, selamat dan lebih mampan. Untuk berita dan maklumat lanjut mengenai Honeywell, sila layari www.honeywell.com/newsroom.

Mengenai One Bangkok

One Bangkok – daerah bersepadu holistik terbesar di tengah-tengah Bangkok dengan nilai pelaburan lebih THB120 bilion pada jumlah keluasan tanah 108 rai atau 1,930,000 meter persegi GFA, dibangunkan sebagai sebahagian daripada pergerakan untuk membangunkan Bangkok untuk menjadi salah satu negara di dunia. metropolis yang hebat. Dicipta di bawah visi untuk memangkin, menerajui kemajuan dan berkembang bersama Bangkok, One Bangkok akan mewujudkan konsep baharu dalam perancangan bandar. Terletak di sudut Wireless Road dan Rama 4 Road dengan hubungan terus ke sistem transit massa yang sedang berkembang di bandar ini, One Bangkok terdiri daripada tempat kerja masa depan, gelung runcit baharu, kediaman mewah, layanan lima bintang, arena hiburan LANGSUNG bertaraf dunia, kehadiran seni dan budaya, dan alam awam yang luas dan mesra yang meliputi 50 rai daerah. Dilengkapi dengan baik dengan Bandar Pintar dan infrastruktur mampan, One Bangkok menyasarkan untuk menjadi projek LEED untuk Pembangunan Kejiranan Platinum pertama di Thailand dan WELL Building Standard untuk menyokong kesihatan manusia.

One Bangkok illustration.
One Bangkok illustration.

Source: Honeywell
Keywords: Banking/Financial Service Commercial Real Estate Computer Software Computer/Electronics Construction/Building Real Estate