omniture

ERLING HAALAND MENJADI DUTA JENAMA MIDEA

Midea & Midea Group
2023-08-22 18:00 118
  • Hari ini, Erling Haaland daripada Manchester City diumumkan sebagai Duta Jenama Rasmi untuk syarikat gergasi perkakas rumah, Midea
  • Perjanjian duta merupakan lanjutan daripada Perkongsian Rasmi Midea dengan Manchester City yang bermula pada Januari 2020

MANCHESTER, England, 22 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Midea, salah satu pengeluar perkakas rumah terkemuka dan terbesar di dunia, mengumumkan pada hari ini penyerang pasukan Manchester City, Erling Haaland sebagai Duta Jenama Global Rasminya.


Pengumuman pada hari ini merupakan lanjutan terkini daripada kejayaan perkongsian antara Midea dan Manchester City yang bermula pada Januari 2020 dan diperbaharui baru-baru ini dalam bulan Mei tahun ini. Setakat ini, perkongsian ini telah melibatkan berjuta-juta peminat global dengan aktiviti pengaktifan yang memenangi anugerah.

Bagi meraikan Erling yang menjadi Duta Jenama Rasmi, hari ini Midea dan Manchester City melancarkan kempen video yang menghidupkan mantera jenama ini, 'buatlah seperti rumah anda sendiri' dengan mempamerkan penggunaan produk Midea oleh Erling dalam persekitaran rumah yang tenang bagi mencari keseimbangan dan 'kuasa' yang diperlukan untuk rumah kedua beliau, Stadium Etihad.

Jenama perkakas rumah terkemuka ini akan terus berkolaborasi dengan pemenang tiga kali City ini untuk musim-musim akan datang, menghubungkan kumpulan peminat Erling dengan pelanggan Midea serta peminat sukan bola sepak di seluruh dunia, melalui pelbagai kempen kandungan serta hadiah barangan eksklusif dan aktiviti digital yang lain.

Erling Haaland berkata, "Midea ialah rakan kongsi Manchester City yang dibanggakan dan saya seronok dapat menjadi sebahagian daripada kempen sepanjang tempoh saya bersama kelab ini setakat ini. Saya dapat melihat logo Midea di seluruh Stadium Etihad dan setelah mengetahui tentang saiz dan cita-citanya, saya berasa gembira dapat menjadi Duta Jenama Global pada hari ini. Video pertama yang kami rakam beberapa minggu yang lalu benar-benar menyeronokkan dan saya tidak sabar-sabar untuk bekerjasama menuju ke hadapan."

Eric Wang, Presiden Perniagaan Rumah Pintar Midea Group berkata, "Erling Haaland ialah nama yang menjadi sebutan ramai, pemain yang dipandang dan disebut-sebut oleh seluruh dunia. Beliau sangat merendah diri namun amat hebat dan pada usia 23 tahun beliau memiliki potensi yang masih belum diserlahkan – sama seperti jenama Midea kami. Kami amat berbesar hati dapat memulakan perkongsian kami dengan beliau pada hari ini."

Latar Belakang Midea & Midea Group

Midea ialah salah satu daripada lebih 10 jenama dalam segmen Perniagaan Rumah Pintar Midea Group.

Midea Group, ditubuhkan pada tahun 1968, ialah sebuah syarikat teknologi-tinggi global terkemuka yang menduduki kedudukan #278 dalam senarai Fortune Global 500 2023 dan salah sebuah syarikat pembuatan perkakas rumah terbesar di dunia yang perniagaannya melangkaui perkakas rumah pintar. Pada awal tahun 2021, syarikat ini memperkemas unit terasnya kepada lima tonggak perniagaan dengan pertumbuhan tinggi untuk membuka jalan pertumbuhan masa depan yang baharu: Rumah Pintar, Elektro-Mekanikal, Teknologi Bangunan, Robotik & Automasi dan Inovasi Digital.

Semua perniagaan Midea Group berusaha mencapai satu kredo: #HumanizingTechnology

Jenama Midea percaya untuk menyediakan penyelesaian yang tidak disangka-sangka mesra dengan mengguna pakai pendekatan berpusatkan pengguna dan penyelesaian masalah. Berusaha sedaya upaya demi masa depan, tekal meneroka dan mencipta bagi memenuhi kehendak pengguna kami yang sentiasa berubah-ubah – membolehkannya untuk "buatlah seperti rumah anda sendiri'."

Empat puluh pusat pengeluaran peringkat global Midea Group dan kira-kira 166,000 pekerja di lebih 200 negara dan wilayah menjana hasil tahunan sebanyak lebih daripada USD 51.39 bilion pada tahun 2022. Tiga puluh satu pusat inovasi seluruh dunianya dan komitmen kukuh terhadap penyelidikan dan pembangunan (R&D) menghasilkan lebih daripada 80,000 paten diluluskan setakat ini.

www.midea.com
www.midea.com/global/ManchesterCity
www.midea-group.com 

Hubungi: 

Brando Brandstaeter
Ketua Pengurusan Jenama & Komunikasi Global
Bahagian Perniagaan Antarabangsa Midea Group
Brando.Brandstaeter@Midea.com

Melissa Fenlon
Ketua Komunikasi Pemasaran
City Football Group
melissa.fenlon@cityfootball.com  

Source: Midea & Midea Group
Related Stocks:
Shenzhen:000333
Keywords: Advertising Banking/Financial Service Computer/Electronics Entertainment Retail Sports Contracts Licensing/marketing agreements