omniture

Antsomi Mengalu-alukan D.A.Consortium Inc. Sebagai Pelabur Strategik, Menerima Pelanggan Serantau di Bawah Usahasama

Antsomi
2023-08-22 20:18 6

SINGAPURA dan KUALA LUMPUR, Malaysia, 22 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Perusahaan teknologi pemasaran berpangkalan di Asia Tenggara, Antsomi, dengan bangga mengumumkan bahawa D.A.Consortium Inc. (DAC), perusahaan pemasaran dan periklanan terkini, telah melakukan pelaburan strategik terhadap Antsomi. Pelaburan ini menandakan pencapaian kerjasama yang signifikan antara Antsomi dan DAC, dengan meletakkan DAC sebagai penjual semula serantau solusi inovatif  Antsomi, Customer Data Platform, CDP 365, di rantau Asia Tenggara.

Serm Teck Choon, co-founder & CEO of Antsomi (kiri), dan Michihiko Suganuma, Senior Executive Officer & Head of Global Business Group of DAC, percaya bahawa kerjasama strategik antara Antsomi dan DAC dapat memberikan kesan yang signifikan terhadap pertumbuhan industri pemasaran di Asia Tenggara.
Serm Teck Choon, co-founder & CEO of Antsomi (kiri), dan Michihiko Suganuma, Senior Executive Officer & Head of Global Business Group of DAC, percaya bahawa kerjasama strategik antara Antsomi dan DAC dapat memberikan kesan yang signifikan terhadap pertumbuhan industri pemasaran di Asia Tenggara.

Kolaborasi Antsomi dengan DAC telah menunjukkan hasil yang luar biasa, dengan kejayaan penerimaan solusi oleh salah satu pelanggan terkemuka, termasuk Dunlop Thailand. Pencapaian ini menandakan kekuatan dan potensi atas Kerjasama dan menunjukkan komitmen Antsomi dan DAC dalam menyediakan solusi yang canggih dan terkini kepada setiap pelanggan.

Antsomi dikenal sebagai pemaju kepada solusi CDP 365, customer data platform berasaskan AI (Artificial Intelligence) yang telah membantu pelanggan di pelbagai negara di Asia Tenggara. CDP 365 membolehkan perusahaan untuk melakukan penggabungan data pelanggan dari pelbagai sumber dan menghadirkan personalisasi dalam pelbagai pengaktifan pemasaran automasi di pelbagai saluran. Dengan pejabat berpusat di Singapura dan pelbagai cawangan di Malaysia, Indonesia, dan Vietnam, Antsomi menyambut DAC sebagai pelabur strategik pada tahapan pelaburan pre-series A dengan DAC sebagai pemain barisan hadapan dalam industri periklanan dan pemasaran yang mendorong pertumbuhan dan terbentuknya pasaran dengan kemampuan mereka pada teknologi digital. Tanpa menyebutkan nilai, pelaburan ini akan digunakan untuk pengembangan produk dan perluasan serantau, termasuk pengembangan perniagaan dan kemampuan pelayanan pelanggan.

Serm Teck Choon, co-founder & CEO of Antsomi, menekankan signifikasi atas kerjasama ini, "Kolaborasi kami dan DAC menggambarkan langkah penting untuk perluasan di peringkat serantau bagi Antsomi dan pertumbuhan yang berterusan. Keunggulan dan kemampuan DAC pada industri terkait dan kekuatan posisi mereka di pasaran yang akan mempercepat misi kami dalam membantu perniagaan bertransformasi menjadi perusahaan berasaskan adata. Kami yakin bahwa kerjasama strategik ini akan mendorong kepada terciptanya nilai yang lebih baik bagi pelanggan kami dan mendorong kejayaan yang tidak tertandingi."

Michihiko Suganuma, Senior Executive Officer & Head of Global Business Group DAC, melahirkan kegembiraannya terhadap kerjasama ini, "Kami bangga untuk melabur di Antsomi dan menjadi rakan strategik mereka. Kolaborasi ini juga menjadi bukti atas dedikasi kami dalam menghadirkan solusi yang canggih dan terkini untuk pelanggan kami dalam usaha mendorong kejayaan mereka di era digital. Melalui teknologi Antsomi yang inovatif dan berasaskan data, kami dapat menyediakan pelbagai pemahaman yang lebih menyeluruh terhadap data pelanggan sehingga membolehkan pelanggan kami untuk menciptakan pengalaman yang lebih personal dengan skala yang lebih luas. Kami yakin bahawa kerjasama ini akan memberikan keuntungan bagi DAC dan juga pelanggan kami."

Kerjasama strategik antara Antsomi dan DAC diharapkan dapat memberikan kesan yang signifikan terhadap pertumbuhan industri pemasaran di Asia Tenggara. Dengan menggabungkan teknologi CDP terkini dengan Antsomi berasaskan AI dengan kemampuan dan kehadiran DAC dalam industri, kedua perusahaan berhasrat untuk merevolusikan aktiviti pemasaran , memperkuat perniagaan dengan pemahaman berasaskan data, menjadikan pengalaman pelanggan yang lebih personal, dan tentunya untuk mencapai kejayaan perniagaan dan kesetiaan pelanggan yang lebih besar.

Tentang D.A.Consortium Inc. (DAC):

Sejak penubuhannya pada tahun 1996 pada tahap awal periklanan dalam talian, DAC telah memimpin industri dalam pembangunan pasaran dan pertumbuhan yang stabil dalam perluasan operasi terkait transformasi digital dari segi informasi dan gaya hidup. Ketika ini, DAC beroperasi dalam perniagaan periklanan dan pemasaran yang berpusat pada penggunaan teknologi digital, baik di Jepun dan negara lain. Perusahaan menyediakan layanan yang komprehensif, bermula dari perundingan dan perancangan terhadap penempatan iklan, pembelian, penjualan, pengurusan data, dan analisa hasil. Dengan kemampuan perusahaan dalam memahami pelbagai perbezaan ciri-ciri media, DAC juga menghasilkan kreatif, membangun, dan menyediakan inisiatif promosi global. Dengan misi, "Empowering the digital future", DAC akan terus menjadi barisan hadapan dalam perluasan solusi baru di periklanan dan pemasaran dan memberikan nilai baru terhadap masyarakat dan pelaku industri lainnya.

Tentang Antsomi:

Antsomi adalah perusahaan teknologi pemasaran yang membangunkan Customer Data Platform (Platform Pengurusan Data Pelanggan) yang berasaskan AI pertama di Asia Tenggara, dengan misi membantu perniagaan bertransformasi menjadi perusahaan berasaskan data. Antsomi CDP365 membantu perusahaan untuk melakukan penggabungan data pelanggan dan pelbagai sumber, seperti aplikasi mudah alih, website, media sosial, iklan digital, CRM, POS, saluran luar talian, dll. Untuk kemudian menghadirkan aktivasi yang relevan dengan personalisasi di pelbagai saluran baik dalam talian atau luar talian. Antsomi CDP365 membantu perusahaan untuk memahami perilaku dan kecenderungan pelanggan dari pelbagai saluran serta membangun 1-to-1 pengalaman berinteraksi yang lebih luas. Antsomi berpusat di Singapura dengan beberapa cawangan di Malaysia, Indonesia, dan Vietnam.

Source: Antsomi
Keywords: Advertising Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Licensing/marketing agreements Data Analytics Artificial Intelligence