omniture

GCLSI dan SAEL Menempa Laluan Baharu dalam Pasaran India dengan Perjanjian Rangka Kerja Modul Berkecekapan-Tinggi jenis-N 1.1 GW

GCLSI
2023-08-22 21:36 115

SUZHOU, China, 22 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- GCL System Integration Technology Co., Ltd. ("GCLSI") menandatangani perjanjian rangka kerja untuk membekalkan modul berkecekapan-tinggi jenis-N 1.1 GW bersama SAEL Industries Limited ("SAEL"), menandakan satu kejayaan baharu untuk GCLSI dalam memperluaskan lagi operasi perniagaan globalnya. Projek ini mewakili salah satu perolehan modul fotovolta (PV) terbesar dalam pasaran India beberapa tahun kebelakangan ini. Majlis penandatanganan diadakan di GCL Energy Center, Suzhou, China pada 22 Ogos. En. Zhu Yufeng, Naib Pengerusi dan Presiden GCL Group, Pengerusi GCLSI, En. Zhang Kun, Presiden Eksekutif GCLSI, En. Krishan Mehta, Naib Presiden GCLSI Global Marketing Center dan En. Jasbir Singh Awla, Pengarah Urusan SAEL turut hadir di majlis tersebut.

Mr. Jasbir Singh Awla (left) and Mr. Zhang Kun (right)
Mr. Jasbir Singh Awla (left) and Mr. Zhang Kun (right)

GCLSI ialah penyedia perkhidmatan tenaga boleh baharu sehenti yang terkemuka dengan pelbagai kemudahan pembuatan di China. SAEL ialah salah satu pemaju projek PV terkemuka di India, terlibat dalam membangunkan pelbagai projek berskala-utiliti di seluruh negara berkenaan. Perkongsian antara kedua-dua syarikat ini membawa nafas segar kepada industri PV solar India dan mengukuhkan kedudukan GCLSI sebagai peneraju pasaran.

"Kami melihat GCLSI sebagai rakan kongsi yang strategik untuk rancangan bercita-cita tinggi kami bagi memasang lebih daripada 2 GW projek PV dipasang di atas tanah di India setiap tahun," kata Jasbir Singh Awla, Pengarah Urusan SAEL.

"Ini merupakan permulaan hubungan jangka panjang antara GCLSI dan SAEL. Saya merasakan dengan menandatangani perjanjian ini, GCLSI telah mengorak langkah yang lebih jauh ke arah menjadi peneraju pasaran dalam industri modul PV," kata Zhang Kun, Presiden Eksekutif GCLSI.

Baru-baru ini, GCLSI melancarkan projek pembuatan sel berkecekapan-tinggi jenis-N 20 GW mereka yang berpangkalan di Wuhu, China. Projek bercita-cita tinggi itu mencerminkan komitmen GCLSI ke arah mengukuhkan lagi rantaian industri PV bersepadu penuh sedia adanya.

Menurut Forum Ekonomi Dunia (WEF), India diunjurkan untuk memimpin dunia dalam pertumbuhan berasaskan solar lantaran permintaan yang meningkat dengan pesat untuk tenaga dan cahaya matahari yang banyak sepanjang tahun. Perdana Menteri Narendra Modi menetapkan matlamat untuk menjana 450 gigawatt tenaga boleh baharu menjelang tahun 2030, iaitu lima kali ganda berbanding kapasiti semasa. Sekiranya dicapai, ini bererti India akan menjana 60% kuasa elektriknya daripada sumber bahan api bukan fosil menjelang tahun 2030, melepasi sasaran 40% yang ditetapkan dalam ikrar Paris.

Menerusi sasaran tenaga boleh baharu India yang bercita-cita tinggi, dasar kerajaan yang memberi sokongan dan permintaan yang semakin meningkat terhadap penyelesaian lestari, GCLSI bermatlamat untuk menjadi rakan kongsi yang dipercayai dalam perjalanan India ke arah masa depan lebih hijau dengan memanfaatkan teknologi canggihnya, pengalaman industri yang luas serta komitmen kepada inovasi.

Source: GCLSI
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Contracts Corporate Expansion Licensing/marketing agreements