omniture

Memperkenalkan Snapmaker Ray: Pengukir dan Pemotong Laser 40W Terunggul

Snapmaker
2023-08-22 22:00 22

SHENZHEN, China, 22 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Pengeluar alat-alat pemfabrikatan digital Snapmaker mendedahkan barisan produk terkininya - Pengukir dan Pemotong Laser Snapmaker Ray. Peranti canggih ini menggabungkan ciri kejituan, kuasa dan kemudahan penggunaan bagi merevolusikan cara anda menghidupkan idea.

Snapmaker Ray is now available at the official store.
Snapmaker Ray is now available at the official store.

Ray menyediakan:

  • Kuasa Laser 20W/40W dengan Bantuan Udara
  • Rel Linear gred-Perindustrian
  • Lebih 1000 Templat Reka Bentuk tersedia pada Luban
  • Ruang Kerja Besar 400mm x 600mm

Bahagian utama Snapmaker Ray terdapatnya teknologi laser luar biasa, menyediakan kedua-dua pilihan kuasa 20W dan 40W. Teknologi gabungan alur laser termaju ini membawakan kuasa hebat untuk mengukir dan memotong pelbagai jenis bahan, termasuk kayu, kulit, logam dan banyak lagi. Sama ada anda seorang penggemar, artis atau pemilik perniagaan kecil-kecilan, Snapmaker Ray memperkasa anda untuk meneroka kemungkinan kreatif yang tidak berkesudahan.

Direka bentuk untuk kegunaan di rumah dan perniagaan kecil-kecilan, Ray memiliki kawasan ukiran berukuran 400mm x 600mm bagi membolehkan pengguna melaksanakan projek-projek yang bercita-cita tinggi seperti peta 3D, model perabot dan sebagainya. Ia turut dilengkapi dengan bantuan udara dalaman yang menjamin pemotongan yang bersih dan tepat dengan menghalakan aliran udara yang berterusan pada permukaan kerja. Ciri ini mengurangkan risiko hangus atau terbakar, lalu menghasilkan peningkatan kualiti pemotongan dan hasil ciptaan yang sempurna setiap masa.

Mewarisi warisan Snapmaker Artisan Series, Snapmaker menggunakan landas panduan keluli yang dibuat oleh pengisaran CNC pada tahap mikron dalam Ray, bagi memastikan kejituan dan kestabilan untuk pergerakan berkelajuan tinggi dan operasi tahan lama.

Selain daripada kelebihan perkakasan, Snapmaker turut mencapai peningkatan selanjutnya dalam perisian. Luban menyediakan lebih 1000 templat sedia digunakan untuk membolehkan anda mereka bentuk ciptaan laser dalam beberapa saat.

"Bermula daripada Snapmaker Original, fungsi laser merupakan fungsi standard bagi pencetak 3D 3-dalam-1," kata Daniel, Ketua Pegawai Eksekutif Snapmaker. "Kami mempunyai pengalaman selama lebih 6 tahun dalam mereka bentuk produk laser premium yang amat disukai oleh sebilangan besar pengguna kami. Ini turut mendorong kami untuk membangunkan lagi produk laser kami."

Snapmaker Ray kini tersedia di gedung rasmi. Harga tempahan awal bermula daripada $999 (20W) dan $1299 (40W).

Latar Belakang Snapmaker

Ditubuhkan pada tahun 2016, Snapmaker ialah sebuah syarikat teknologi yang membangunkan, mengilangkan dan menjual pencetak 3D 3-dalam-1 atas meja yang mengintegrasikan pencetakan 3D, turisan & pemotongan laser serta pengukiran CNC. Pencetak 3D 3-dalam-1 Snapmaker 2.0 mencatatkan rekod pada tahun 2019 sebagai produk teknologi paling banyak mendapat pembiayaan daripada khalayak di Kickstarter. Snapmaker Artisan dan J1 memenangi Red Dot Design Award dan iF Design Award 2023.

 

 

 

Source: Snapmaker
Keywords: Art Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology Telecommunications New products/services