omniture

Seoul bakal mengadakan festival syarikat pemula global Try Everything 2023 pada September, sasar tarik pelaburan 70 bilion won

Seoul Metropolitan Government
2023-08-23 09:16 43

SEOUL, Korea Selatan, 23 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Mulai 13 hingga 15 September, Kerajaan Metropolitan Seoul akan menganjurkan Try Everything 2023, sebuah festival besar-besaran untuk syarikat-syarikat pemula global, yang mana ahli-ahli dalam ekosistem syarikat pemula, termasuk syarikat pemula yang cerah masa depannya, syarikat bersaiz besar dan sederhana serta pelabur dan pemecut dari seluruh dunia berhimpun. Ia akan diadakan di Dongdaemun Design Plaza (DDP) selama tiga hari.

Seoul to hold global startup festival Try Everything 2023 in September, aims to attract 70 billion won investment
Seoul to hold global startup festival Try Everything 2023 in September, aims to attract 70 billion won investment

Tahun ini, tumpuan adalah untuk mengukuhkan rangkaian luar negara bagi menyokong syarikat-syarikat pemula Seoul mendapatkan momentum bagi tujuan pengembangan globalnya. Khususnya, dengan mengambil kira kebimbangan terhadap kelembapan ekonomi global, Kerajaan Metropolitan Seoul lebih memberi tumpuan untuk menarik pelaburan di Try Everything berbanding pada tahun-tahun sebelum ini, dengan sasaran pelaburan sebanyak 70 bilion won.

Bagi mencapai tujuan ini, ia akan menambah bilangan reruai pameran kepada 100, dua kali ganda lebih banyak berbanding 50 pada tahun lalu dan melaksanakan pelbagai program tarikan pelaburan, seperti perjumpaan, pertemuan antara syarikat-syarikat pemula dan para pelabur bagi menarik pelaburan.

Memandangkan ini merupakan acara Try Everything pertama yang akan diadakan selepas COVID-19 diisytiharkan sebagai endemik, peluang untuk merasai teknologi syarikat pemula Seoul melalui reruai pameran berasaskan pengalaman akan disediakan dan program penyertaan untuk mahasiswa universiti serta bakal usahawan akan diperluaskan agar orang awam juga dapat menikmati penyertaan.

Permohonan akan diterima melalui laman web rasmi Try Everything hingga 8 Ogos untuk pameran luar talian dan 11 September untuk pameran dalam talian.

Bagi perjumpaan biasa, anda boleh memohon melalui laman web Try Everything (https://tryeverything.or.kr/eng/) atau melalui Startup Plus, platform bersepadu bandar ini untuk keusahawanan. Syarikat-syarikat yang ingin mengadakan perjumpaan 1:1 dengan pelabur-pelabur domestik dan asing boleh memohon melalui laman web Try Everything mulai 1 hingga 25 Ogos.

Kim Tae-kyun, ketua Pejabat Dasar Ekonomi Kerajaan Metropolitan Seoul berkata, "Try Everything, yang menyambut ulang tahun ke-5nya pada tahun ini, memfokuskan pada tarikan pelaburan memandangkan syarikat pemula sedang mengalami kesukaran ekoran kelembapan ekonomi global. Di samping itu, budaya keusahawanan akan dikongsi secara meluas melalui program-program berasaskan pengalaman yang mana orang awam, seperti bakal usahawan dan mahasiswa universiti, boleh mengambil bahagian."

CAWANGAN OPERASI TRY EVERYTHING, ask@tryeverything.or.kr, 82-70-8796-9607

Source: Seoul Metropolitan Government
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Trade show news Future Events