omniture

Panel Antarabangsa di DDW Membicarakan Rawatan Radiofrekuensi (RF) untuk GERD - Terapi Stretta

Mederi Therapeutics
2014-06-04 11:11 151

NORWALK, Connecticut, 4 Jun 2014 /PRNewswire/ -- Panel berbilang bidang antarabangsa yang terdiri daripada pakar gastroenterologi dan pakar bedah membincangkan peranan yang dimainkan oleh Stretta® dalam rawatan penyakit refluks gastroesofagus (GERD) pada 5 Mei semasa Minggu Penyakit Sistem Pencernaan 2014. Panel itu, yang terdiri daripada sembilan pakar GERD, telah membincangkan penemuan kenyataan kesepakatan antarabangsa tentang penggunaan terapi Stretta dalam rawatan GERD.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20130211/NY56794

Profesor Jan Tack dari Leuven, Belgium bertindak sebagai moderator panel itu yang terdiri daripada peserta berikut:

  • Profesor Mohammed Al Quaiz, MD, Riyadh, Arab Saudi
  • Profesor Serhat Bor, MD, Izmir, Turki
  • Kenneth Chang, MD, Irvine, California
  • Profesor Guido Costamagna, MD, Rom, Itali
  • Brian Dunkin, MD, Houston, Texas
  • Ronnie Fass, MD, Cleveland, Ohio
  • Mark Noar, MD, Towson, Maryland
  • George Triadafilopoulos, MD, Stanford, California

Acara itu, yang dianjurkan oleh Mederi Therapeutics, pengeluar Stretta, membincangkan beberapa penemuan penting, yang berkaitan dengan rawatan GERD dan prosedur Stretta. Penemuan itu termasuklah:

Kawalan simptom ialah matlamat hasil utama untuk rawatan GERD.
Adalah disetujui kawalan simptom patut menjadi matlamat hasil utama sebarang rawatan GERD. Para peserta bersetuju yang pengurangan pendedahan kepada asid esofagus memang penting, tetapi semuanya bersepakat mengatakan kawalan simptom adalah yang paling penting untuk pesakit. Dr. Fass bersetuju "sepenuhnya" dengan pendirian ini. "Pesakit hadir kerana mereka mempunyai simptom, dan apabila mereka pulang, mereka ingin diberitahu yang kita telah melegakan simptom mereka." Dr. Triadafilopoulos juga mendapati data menunjukkan penormalan pH tidak selalunya berlaku dengan terapi PPI, walaupun terapi sebegitu berjaya melupuskan simptom pesakit.

Stretta memperbaiki kualiti kehidupan pesakit.
Secara sebulat suara, peserta panel telah membincangkan data saintifik mantap tentang keberkesanan Stretta. Dr. Noar menunjukkan dalam kajian beliau tentang Stretta selama 10 tahun yang baru diterbitkan, para pesakit telah mengalami penambahbaikan jangka panjang dalam kualiti kehidupan dan skor ubat-ubatan.

Profesor Al Quaiz berkongsi pengalaman beliau sendiri sebagai pesakit dengan GERD kronik. Simptom beliau, yang tidak dapat dilegakan dengan ubat-ubatan, dirasakan ibarat "mimpi ngeri". Beliau mengambil Stretta dua tahun lalu, dan menekankan rawatan Stretta yang beliau jalani telah "mengubah hidup beliau", meningkatkan kualiti kehidupan beliau secara dramatik, yang juga dilihat oleh beliau dalam pesakit beliau yang turut menjalani rawatan Stretta.

Stretta memenuhi keperluan yang tidak dapat dipenuhi dalam rawatan GERD.
Dr. Dunkin menyatakan, "Sebagai pakar bedah, saya suka dengan konsep kontinum penjagaan," dan telah mendapati Stretta memainkan peranan terapi pertengahan antara pemakanan ubat dan pembedahan, lalu membenarkan pakar perubatan untuk menjalankan langkah rawatan yang lebih invasif jika perlu.

Stretta selamat dan tidak mencabar secara teknikal.
Panel itu bersetuju tentang semua hujah ini, dan menyatakan sistem semasa ini menyediakan ciri keselamatan tambahan dengan langkah yang mudah diikuti. Mereka juga bersetuju Stretta mempunyai "rekod keselamatan cemerlang". Dr. Chang mendapati daripada semua prosedur GERD, beliau menganggap Stretta sebagai rawatan yang paling selamat.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut lawati www.stretta-therapy.com.

LATAR BELAKANG STRETTA® DAN MEDERI®
Stretta ialah rawatan tahap invasif minimum bagi GERD yang melibatkan pemancaran tenaga RF serta merupakan alternatif yang selamat dan berkesan berbanding pemakanan ubat dalam jangka panjang atau pembedahan.

Mederi Therapeutics mengeluarkan Stretta dan Secca – peranti inovatif yang menggunakan tenaga RF untuk merawat penyakit sistem pencernaan. Terapi Mederi boleh didapati di seluruh dunia.

Hubungi: Julia Brannan
+1 (908) 464-2470
julia@pascalecommunications.com

Source: Mederi Therapeutics
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Trade show news