omniture

CGTN:Bagaimana China, Afrika Selatan memulakan 'era emas' untuk hubungan dua hala

CGTN
2023-08-24 08:47 64

BEIJING, 24 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Dengan jalinan persahabatan yang bersaudara dan mesra, China dan Afrika Selatan - dua negara membangun yang utama di dunia - bersedia melihat hubungan dua hala mereka mengorak langkah yang lebih jauh dengan kerjasama yang lebih membuahkan hasil dalam "era emas" ketika pemimpin-pemimpin kedua-dua negara ini bertemu di Pretoria pada hari Selasa.

Semasa pertemuan beliau dengan Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa, Xi mengimbau kembali hasil daripada kerjasama dua hala pada dekad yang lalu, termasuk pembinaan kilang pembuat kereta Cina BAIC Group Afrika Selatan dan penubuhan Institut Confucius di Durban University of Technology pada tahun 2013, mengatakan bahawa beliau gembira melihat kemajuan yang telah dicapai oleh Afrika Selatan dalam pembangunan negara.

Pada tahun 2018, Xi dan Ramaphosa memperkenalkan kenderaan BAIC pertama seumpamanya dipasang di tanah Afrika melalui pautan video. Bagi meraikan penganjuran Sidang Kemuncak BRICS ke-15 oleh Afrika Selatan, kilang BAIC Group Afrika Selatan bersedia untuk merealisasikan pengeluaran tempatan jenama-jenama milik BAIC sendiri pada tahun 2023.

Menyebut bahawa beliau telah menyaksikan pertumbuhan pesat hubungan China-Afrika Selatan, Xi, sempena lawatan negara keempat beliau ke Afrika Selatan, berkata beliau berharap kedua-dua negara akan meneruskan persahabatan mereka dan mempererat kerjasama.

Tiga lawatan negara terakhir yang dibuat oleh Xi ke Afrika Selatan adalah pada tahun 2013, 2015 dan 2018. 

Mengangkat ikatan

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-25 pewujudan hubungan diplomatik antara China dan Afrika Selatan. Sejak 25 tahun yang lalu, hubungan dua hala ini telah ditingkatkan daripada perkongsian menjadi perkongsian strategik dan kemudian kepada perkongsian strategik yang komprehensif.

Dalam artikel bertajuk "Sailing the Giant Ship of China-South Africa Friendship and Cooperation Toward Greater Success" ("Melayari Bahtera Gergasi Persahabatan dan Kerjasama China-Afrika Selatan Menuju Kejayaan Lebih Besar"), Xi berkata hubungan antara China dan Afrika merupakan salah satu yang paling rancak dalam dunia membangun, menambah bahawa ia telah memasuki "era emas" dengan masa depan yang cerah.

Dengan Afrika Selatan secara rasmi menjadi satu-satunya anggota Afrika pada tahun 2011, BRIC diperbesarkan kepada BRICS. Pada tahun 2015, Afrika Selatan menjadi negara Afrika pertama menandatangani dokumen kerjasama Inisiatif Jalur dan Jalan.

Kini berada pada titik bersejarah yang baharu, Xi berkata beliau bersedia untuk bekerjasama dengan rakan sejawat Afrika Selatan beliau bagi mendorong perkongsian strategik yang komprehensif China-Afrika Selatan ke tahap baharu.

Mempererat kerjasama

Mengambil maklum bahawa hubungan dua hala berada pada titik permulaan yang baharu, Xi berkata mempererat kerjasama dan mengukuhkan penyelarasan merupakan aspirasi bersama kedua-dua negara dan tugas yang diamanahkan sejak zaman-berzaman.

Dalam separuh pertama tahun 2023, hubungan dua hala antara China dan Afrika Selatan mencecah $28.25 bilion, meningkat 11.7 peratus berbanding tahun sebelumnya, kata Shu Jueting, seorang jurucakap Kementerian Perdagangan, menambah bahawa China mengekalkan kedudukannya sebagai rakan dagangan terbesar Afrika Selatan selama 14 tahun berturut-turut, sementara Afrika Selatan telah menjadi rakan dagangan terbesar China di Afrika selama 13 tahun berturut-turut.

Dengan saham pelaburan sebanyak lebih daripada $10 bilion, China merupakan salah satu sumber pelaburan utama di Afrika Selatan, kata jurucakap tersebut.

Khususnya, kedua-dua pihak bersama-sama membina dan menempah landasan kereta api sejauh lebih 10,000 km, hampir 100,000 km lebuh raya dan pelbagai projek infrastruktur yang penting termasuk lapangan terbang, dok, jambatan dan loji janakuasa, menurut Kementerian Perdagangan China.

Selain itu, kedua-dua negara membangun yang utama ini turut berkolaborasi beberapa tahun kebelakangan ini dalam pelbagai projek yang berkaitan dengan ekonomi digital, teknologi canggih dan tenaga bersih.

Meneruskan persahabatan

Selain daripada perdagangan dua hala yang berkembang pesat, kedua-dua negara ini juga menjalin kerjasama yang membuahkan hasil dalam bidang pendidikan, kebudayaan dan bidang-bidang lain, membolehkan rakyat daripada kedua-dua negara lebih mengenali antara satu sama lain.

Selain mengadakan tiga mesyuarat Mekanisme Pertukaran Sesama Rakyat Peringkat-tinggi Afrika Selatan-China, China dan Afrika Selatan juga bersama-sama membangunkan Bengkel Luban - program bengkel vokasional Cina yang melatih bakat-bakat luar negara - untuk menggalakkan pertukaran pendidikan vokasional dan kerjasama antara kedua-dua negara, kata Chen Xiaodong, duta China ke Afrika Selatan.

Siyabonga Cyprian Cwele, Duta Afrika Selatan ke China, menyatakan bahawa rakyat Afrika Selatan menyukai filem dan rancangan TV Cina, serta kung fu Cina dan sejarah Cina.

Pada dekad yang lalu, semakin ramai pelajar dari Afrika Selatan dan China belajar di kedua-dua negara ini.

Mengakui bahawa Afrika Selatan mengintegrasikan pengajaran bahasa Cina ke dalam sistem pendidikan negaranya pada tahun 2015, Cwele berkata ramai pemandu pelancong Afrika Selatan turut mempelajari bahasa Cina.

Ketika ini, lebih daripada 10 universiti di China menjalin perkongsian dengan universiti-universiti di Afrika Selatan, termasuk perkongsian antara Northeast Normal University di Bandar Jilin, timur laut China dan University of Pretoria di Afrika Selatan pada tahun 2012.

Memuji persahabatan erat "rakan seperjuangan dan saudara" antara China dan Afrika, Xi berkata meneruskan persahabatan pada titik permulaan bersejarah yang baharu ini merupakan tugas yang diamanahkan sejak zaman-berzaman.

https://news.cgtn.com/news/2023-08-22/How-China-S-Africa-usher-in-golden-era-for-bilateral-ties-1mtRFQB6wpi/index. html

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service