omniture

Di Kejohanan Hoki Ais Wanita Dunia IIHF 2023, persembahan pembukaan LED 3D yang jelas disampaikan oleh Unilumin memukau penonton

Unilumin Group., Ltd.
2023-08-24 09:07 21

SHENZHEN, China, 24 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Kejohanan Hoki Ais Wanita Dunia IIHF (Persekutuan Hoki Ais Antarabangsa) 2023 Bahagian I Kumpulan A bermula di Shenzhen pada hari Ahad. Pasukan-pasukan dari enam negara, termasuk tuan rumah China, serta Denmark, Norway, Austria, Slovakia dan Belanda, dengan sejumlah 350 pemain bersaing dalam kejohanan round-robin tunggal, bermain sejumlah 15 perlawanan sepanjang lima hari.


Shenzhen melakar sejarah sukan Cina sebagai bandar pertama di Selatan China menganjurkan kejohanan hoki ais antarabangsa peringkat-tinggi. Kejohanan tersebut akan menjadi pertandingan hoki ais wanita antarabangsa peringkat tertinggi yang pernah diadakan di China selepas Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing.


Pertunjukan pelancaran yang hebat dicipta oleh Unilumin Group, sebuah perusahaan yang terkemuka dalam industri LED. Menggabungkan seni bina Lingnan, rebung musim bunga Shenzhen dan imejan simbolik yang lain, pasukan kandungan kreatif Unilumin mencipta lagu ais dan api untuk penonton menggunakan paparan LED 3D mata kasar, tayangan dan teknologi lain.


Kejohanan yang sengit itu menarik minat penonton yang ramai. Seorang penonton dari Shenzhen berkata, "Saya amat teruja melihat hoki ais di selatan dan saya datang semata-mata untuk membawa anak-anak saya untuk melihatnya. Pertunjukan pembukaan amat menggamit perhatian."

Dunia akan memfokuskan pada Shenzhen dan sekali lagi akan menyaksikan kecintaan dan keghairahan masyarakat Cina terhadap sukan ais. Naib Datuk Bandar Zhang Hua berkata bahawa Shenzhen bekerja keras untuk membina sebuah bandar sukan ais dan salji yang terkenal di peringkat antarabangsa.

Sebagai sebuah syarikat yang terkemuka dalam teknologi LED, Unilumin akan terus menambah baik penyelesaian "perkakasan + perisian + kandungan + interaksi" bersepadunya, memanfaatkan sepenuhnya kuasa teknologi bagi membantu pembangunan Shenzhen.

Berdasarkan kepada pengalaman kreatif yang beraneka dan kajian bebas kandungan digital, kini Unilumin Group mempunyai pasukan kreatif profesional yang dapat menyediakan perkhidmatan penghasilan penyelesaian kandungan yang inovatif dalam seluruh proses kreatif; bermula daripada pemilihan bahan, perancangan, pemodelan hingga persembahan dan pengujian.

Sebelum ini, Unilumin menyediakan produk profesional dan teknologi untuk majlis pembukaan dan penutup Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022, CBA All-Star Weekend, Kejohanan Ais Wanita Dunia 2023, antara acara-acara lain.

Source: Unilumin Group., Ltd.
Related Stocks:
Shenzhen:300232
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology Sporting Events Sports Telecommunications Women-related news DEI Page