omniture

Ringkasan Forum Ekonomi Antarabangsa St. Petersburg 2014

SPIEF
2014-06-04 16:05 108

ST.PETERSBURG, Rusia, 4 Jun 2014 /PRNewswire/ --

Tema SPIEF 2014: 'Mengekalkan Keyakinan dalam Dunia yang Sedang Mengalami Transformasi'

Sejumlah 82 acara telah diadakan termasuk:

  • sesi pleno Presiden
  • 51 sesi panel
  • 6 taklimat
  • 10 sesi interaktif dalam format Arena
  • 6 perbincangan meja bulat
  • 4 teledebat menerusi saluran Russia Today, Russia-24, CNN serta CNBC
  • bengkel ('Menjana Hasil Kewangan Infrastruktur Sektor Swasta') – format baharu yang diperkenalkan pada tahun 2014 yang melibatkan peserta bekerja dalam kumpulan kecil dalam perbincangan meja bulat yang terdiri daripada 6 hingga 8 orang, diikuti dengan pembentangan hasil perbincangan kepada para hadirin dan juga pengundian
  • 2 sarapan perniagaan
  • 1 acara dalam format 'Pengajian Kepimpinan: Penentuan Masa Depan Kita'

Buat kali pertama di SPIEF, tiga sesi Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif Global turut diadakan, yang dianjurkan secara bersama dengan Kesatuan Pengusaha dan Usahawan Rusia.

Bagi melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik: http://www.multivu.com/mnr/71400543-st-petersburg-international-economic-forum

Penyertaan Presiden Rusia dalam acara Forum:

  • sesi pleno
  • ucapan di Persidangan Kelab Tenaga
  • mesyuarat bersama ketua syarikat tenaga global
  • mesyuarat bersama Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi syarikat global utama
  • mesyuarat bersama ahli majlis pakar antarabangsa bagi Kumpulan Wang Pelaburan Langsung Rusia dan perwakilan komuniti pelaburan antarabangsa
  • beberapa mesyuarat dua hala

Jumlah orang tengah dan pembentang adalah seramai 527 orang pada tahun 2014.

Khidmat perniagaan dan pengetahuan:

  • Platform Rangkaian Perniagaan: 410 mesyuarat perniagaan telah diadakan di dua tempat mesyuarat
  • Siaran video bagi semua acara Forum di laman web dan panel televisyen di Tempat tersebut
  • Saluran SPIEF – temu bual bersama pemimpin perniagaan dan politik Rusia serta negara luar menjelang dan semasa Forum berlangsung, telah disiarkan di laman web dan panel televisyen di tempat tersebut; 45 temu bual telah dijalankan pada tahun 2014
  • Portal Fakta Wawasan dengan fakta, maklumat bergrafik dan juga analisis tentang tema serta sesi utama Forum
  • Dinding Sosial di tempat tersebut bagi memaparkan mesej daripada para peserta Forum yang disiarkan dalam rangkaian sosial

Forum mengikut angka 

Walau mendapat tekanan daripada Pentadbiran AS, SPIEF 2014 dapat mengumpulkan lebih 7,500 peserta, termasuk 248 ketua syarikat asing utama dan 445 ketua syarikat Rusia.

Antaranya, tetamu Forum ini terdiri daripada 40 Ketua Pegawai Eksekutif syarikat asing dan 24 Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Rusia dalam senarai Forbes dan Fortune.

Rujukan:

  1. Syarikat paling besar yang turut menyertai SPIEF 2014 bagi jawatan Ketua Pegawai Eksekutif/Pengerusi: Telenor Group, Royal Dutch Shell, Philips, Glencore, BP, Total, Eni, Schlumberger, Alstom, Fortum Corporation, Danone, Kinross Gold, ABB dan banyak lagi.
  2. Ketua Pegawai Eksekutif daripada 30 syarikat antarabangsa menolak jemputan untuk menghadiri SPIEF, termasuk 20 yang disebabkan oleh situasi geopolitik (yang daripadanya 15 adalah dari Amerika Syarikat).

Forum tersebut telah dihadiri oleh 219 perwakilan delegasi asing dari 73 negara.

Sebagai sebahagian daripada SPIEF 2014, 175 perjanjian telah ditandatangani bersama beberapa syarikat Rusia dan syarikat asing, termasuk 15 perjanjian tentang pelaksanaan projek pelaburan dalam pelbagai aspek ekonomi dengan jumlah bernilai RUB 401.4 bilion.

Sila layari laman web rasmi ini http://www.forumspb.com bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Sumber: SPIEF

Source: SPIEF
Keywords: Banking/Financial Service Trade show news