SINGAPURA, 24 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Satu laporan baharu oleh Chartered Institute of Personnel and Development (CIPD), badan profesional untuk pembangunan sumber manusia (HR) dan insan, mendapati bahawa lebih daripada separuh (54%) ahli profesional di Singapura, Malaysia dan Brunei berpuas hati dengan pekerjaan mereka. Walau bagaimanapun, gejala lesu upaya akibat berada di barisan hadapan bagi membantu organisasi mereka menangani pandemik yang terjadi baru-baru ini serta cabaran berterusan dan baharu bererti sesetengah golongan profesional berasa amat tertekan. Bagi menangani isu ini, CIPD mengesyorkan fokus pada kesejahteraan, mobiliti pekerjaan, pembinaan jaringan profesional dan pembangunan profesional yang berterusan serta kemahiran jangka panjang untuk meningkatkan kepuasan kerja serta membina daya tahan dalam kalangan golongan profesional.
Kesemua ini merupakan beberapa isu penting yang dibincangkan dalam laporan baharu CIPD, HR Talent Trends - What's next for our senior leaders? (Trend Bakat HR - Apa yang seterusnya untuk pemimpin kanan kita?) yang meninjau pandangan golongan profesional dan trend bakat semasa di Singapura, Malaysia dan Brunei.
Menurut kajian CIPD, trend yang disebabkan oleh pandemik iaitu keutamaan kesihatan mental, kesaksamaan, kepelbagaian dan keterangkuman, beralih kepada kerja hibrid serta pengekalan bakat dan trend penglibatan seperti 'peletakan jawatan besar-besaran' dan 'berhenti senyap' menekankan kepentingan profesion pekerja seperti rakan kongsi yang strategik dalam keputusan perniagaan.
Walau bagaimanapun, kos sara hidup yang semakin meningkat dan pemberhentian kerja dalam sektor-sektor tertentu hanyalah beberapa isu yang menambah kepada cabaran yang dihadapi oleh golongan profesional. Hanya kurang daripada separuh responden yang disoal selidik untuk laporan CIPD berkata organisasi mereka merasakan impak negatif daripada iklim ekonomi semasa. Khususnya, banyak syarikat mengalami isu tarikan dan pengekalan bakat memandangkan pekerja mengejar tawaran yang lebih kompetitif secara luaran. Sementara itu, tekanan kos mencabar golongan profesional untuk mencari penyelesaian kreatif bagi memantapkan pengalaman pekerja.
May Leng Kwok, Ketua Rantau APAC, CIPD, berkata:
"Berikutan pandemik, kami telah menyaksikan kemunculan trend tempat kerja yang berubah-ubah, mengakibatkan cabaran pengekalan bakat di seluruh Asia Pasifik. Profesion pekerja telah berada di barisan hadapan perubahan ini dan jelas bahawa ini telah memberi kesan ke atas kepuasan kerja dan keseimbangan kerja-kehidupan mereka. Kami berharap laporan ini akan memberi penjelasan tentang isu-isu yang dihadapi oleh golongan profesional ketika ini dan memberi cadangan yang berharga mengenai cara untuk menangani isu-isu ini. Langkah-langkah ini dapat membantu mengekalkan bakat dalam sumber manusia dan organisasi yang lebih luas dan seterusnya kepentingan strategik peranan profesion pekerja."
"Dari sudut positif, kami melihat bahawa kebanyakan golongan profesional didorong untuk memajukan kerjaya mereka dan kekal relevan pada masa depan. Sebilangan besar orang meletakkan kepentingan untuk membina kemahiran, akreditasi dan jaringan profesional mereka untuk perkembangan kerjaya, dengan pemimpin pekerja memberi perhatian khusus kepada bentuk campuran antara pembelajaran dan pembangunan kemahiran jangka panjang. Seperti yang ditunjukkan oleh laporan kami, para pengamal juga perlu menerapkan kepintaran perniagaan yang kukuh berserta kemahiran insani seperti kecerdasan emosi, penyelesaian konflik dan kerja berpasukan."
Penemuan penting daripada laporan tersebut, yang menyoal selidik 100 ahli profesional di seluruh Singapura, Malaysia dan Brunei mendapati bahawa:
May Leng Kwok menyimpulkan: "Pandemik membuktikan kepentingan strategik fungsi kami dan peranan kami tetap jelas ketika ini tatkala organisasi-organisasi terus menuju ke arah tempoh cabaran dan perubahan yang signifikan. Selain daripada menyokong tenaga kerja pada masa yang mencabar ini, amat penting juga untuk golongan profesional meluangkan masa untuk menyokong keperluan mereka sendiri dan membina daya tahan dalam pasukan mereka bagi menyahut cabaran hari ini dan peluang akan datang."
Nota untuk editor