omniture

MediaMath Raih Lebih $175 Juta untuk Biaya Pertumbuhan Global Sistem Operasi Pemasaran Digital

MediaMath
2014-06-04 18:55 111

-- Spring Lake Equity Partners Terajui Pusingan Terkini sambil Permintaan untuk Platform Pemasaran Syarikat Hujung ke Hujung Meningkat

NEW YORK, 4 Jun 2014 /PRNewswire/ -- MediaMath, pencipta TerminalOne Marketing Operating System™ untuk pemasar digital, hari ini mengumumkan pusingan pembiayaan Siri C bernilai $73.5 juta, diterajui oleh firma ekuiti pertumbuhan yang berpusat di Boston, Spring Lake Equity Partners, yang sebelumnya merupakan cabang ekuiti swasta Tudor Investment Corporation. Di samping pembiayaan Siri C, MediaMath turut meningkatkan kemudahan hutangnya kepada $105 juta dengan jumlah pembiayaan yang melebihi $175 juta.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140422/77010

Pembiayaan Siri C juga melibatkan penyertaan daripada pelabur baharu, Akamai Technologies, Inc. (NASDAQ: AKAM), serta pelabur sedia ada iaitu Safeguard Scientifics (NYSE: SFE), Catalyst Investors, serta Observatory Capital. Kemudahan hutang syarikat dipimpin dan bersindiket menerusi Silicon Valley Bank.

"Kami amat berbesar hati dengan penyertaan Spring Lake Equity Partners ke dalam keluarga MediaMath," ulas Joe Zawadzki, Ketua Pegawai Eksekutif MediaMath. "Pelaburan mereka dalam syarikat tersebut bukan sahaja menunjukkan pengesahan besar terhadap kedudukan kepimpinan syarikat kami dalam industri ini, malah pandangan strategik, hubungan yang mantap serta sumber yang signifikan mereka juga akan memainkan peranan penting dalam fasa seterusnya dalam kemajuan industri dan syarikat ini. Ini membantu kami untuk meneruskan pengembangan global dan juga inovasi teknologi kami."

Pembiayaan tersebut akan digunakan untuk meneruskan pertumbuhan global MediaMath yang pesat serta menyokong pejabat antarabangsa baharunya dalam pasaran EMEA, APAC serta Amerika Latin. Di samping itu, hasil tersebut akan membantu membangunkan dan turut mempercepat pengenalan produk baharu serta memperkenalkan teknologi utamanya iaitu TerminalOne Marketing Operating System™, yang membolehkan pemasar moden untuk mengatur semula pemasaran mereka bagi menjana keputusan yang transformatif.

"Kami telah berusaha untuk memberi sokongan kepada peneraju dalam ruang pemasaran digital sejak sekian lama," kata Dan MacKeigan, rakan kongsi di Spring Lake Equity Partners. "Kedudukan MediaMath sebagai peneraju industri, berserta pertumbuhan tahun demi tahun tiga angka yang luar biasa serta platform pemasaran yang terbaik, memberikan kami peluang yang tidak boleh dilepaskan. Mereka benar-benar mempunyai kefahaman mendalam tentang keperluan pemasar serta wawasan strategik jangka panjang yang hebat. Kami amat teruja untuk memberi sokongan kepada syarikat ini menerusi fasa pertumbuhan seterusnya."

Dengan menggabungkan pengoptimuman & pembuatan keputusan, pengurusan data serta pelaksanaan media silang saluran berserta pengurusan kreatif dan juga analisis ke dalam satu aliran kerja yang diselaraskan, MediaMath menyediakan kecekapan yang tiada tandingan serta kesederhanaan untuk pemasaran digital. Teknologi MediaMath juga menyediakan prestasi unggul, ketelusan serta kawalan untuk semua pemasar; serta pengalaman yang lebih peribadi dan lebih baik untuk para pengguna.

GCA Savvian telah bertindak sebagai penasihat kewangan eksklusif berhubung dengan bahagian ekuiti transaksi ini.

Latar Belakang MediaMath

MediaMath (mediamath.com) merupakan syarikat teknologi global yang menerajui pergerakan untuk merevolusikan pemasaran tradisional dan turut memacu keputusan yang transformatif untuk para pemasar menerusi TerminalOne Marketing Operating System™. Sebagai syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2007 dan juga peneraju industri yang memperkenalkan Platform Sisi Permintaan (DSP) pertama, MediaMath merupakan satu-satunya syarikat seumpamanya yang dapat memperkasa pemasar dengan platform yang boleh diperluas dan terbuka bagi menunjukkan kelebihan pemasaran berasaskan matlamat pada skala, secara telus menerusi seluruh syarikat. T1 mengaktifkan data, mengautomasikan pelaksanaan dan turut mengoptimumkan interaksi di seluruh semua media boleh alamat, serta menyediakan prestasi unggul, ketelusan dan kawalan kepada semua pemasar, tidak ketinggalan pengalaman yang lebih peribadi dan lebih baik untuk para pengguna. MediaMath diberi kedudukan DSP #1 oleh Forrester dan telah memberikan pertumbuhan tahun demi tahun tiga angka sejak penubuhannya. Ia mempunyai pasukan pengurusan berpengalaman yang menerajui 12 lokasi global di lima benua. Para pelanggan utama termasuklah setiap syarikat induk agensi utama, agensi operasi serta jenama utama merentasi pasaran menegak.

Maklumat Perhubungan Media
Matt Caldecutt
Perhubungan Awam Blast bagi pihak MediaMath
+1-917-698-0810
Matt@blastpr.com

Source: MediaMath
Related Stocks:
NASDAQ:AKAM NYSE:SFE
Related Links:
Keywords: Advertising Publishing/Information Service Financing agreements