- Agensi Kerajaan Menerima Anugerah Utama Bagi Penggunaan Transformatif Perisian
DALLAS, 4 Jun 2014 /PRNewswire/ -- ACL, syarikat yang sedang membawa perubahan kepada audit dan risiko, hari ini telah mengumumkan para pemenang Anugerah Impak Tahunan Ke-16. Pengiktirafan unggul untuk para profesional audit, kewangan, pematuhan serta risiko ini meraikan pencapaian mengagumkan oleh para pelanggan yang telah membuat impak positif yang signifikan ke atas proses dan pengendalian perniagaan melalui penggunaan teknologi ACL. Kategori anugerah mengetengahkan pelbagai cara perisian ACL boleh diaplikasikan untuk mencapai inisiatif berbeza dan turut menyelesaikan masalah rumit. Para pemenang tahun ini terdiri daripada Australia Post, CHC Helicopter, Jabatan Audit Negara Malaysia, Pejabat Pengawal Besar Kanada, TD Financial Group, serta Universiti Ottawa.
Pemenang Anugerah Utama tahun ini, Jabatan Audit Negara Malaysia, telah menggunakan perisian analisis data ACL untuk menambah baik proses audit kerajaan mereka secara dramatik. Pasukan Audit IT mereka menjalankan analisis bulanan tentang data kewangan daripada 23 cawangan dan berjaya mengesahkan urus niaga bernilai RM 475 bilion melalui proses pengauditan berterusan. Pasukan itu juga sedang membuka jalan bagi organisasi sektor awam lain untuk menambah baik proses audit mereka dengan berkongsi pengetahuan dan juga amalan terbaik analisis data dengan pelbagai jabatan kerajaan, kementerian, serta agensi di 19 negara lain.
"Penyelesaian analisis data ACL sangat penting dalam memperakui kenyataan kewangan untuk Kerajaan Persekutuan dan akaun 11 Kerajaan Negeri," kata Y Hamdan Mohd Dom, Timbalan Pengarah Audit IT di Jabatan Audit Negara Malaysia. "Aplikasi perisian ACL kami dalam audit sektor awam sangat berkesan sehinggakan kini ia dijadikan polisi organisasi dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI)."
"Kami sentiasa kagum dengan pelbagai cara inovatif teknologi ACL digunakan bagi menambah baik proses perniagaan dan turut mencipta penyelesaian untuk organisasi dalam pelbagai industri serata dunia," kata Laurie Schultz, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif ACL. "Kami ingin mengucapkan tahniah kepada para pemenang tahun ini. Hasil usaha berinspirasi mereka ialah bukti perubahan berterusan dalam bidang kerjaya ini."
Para pemenang Anugerah Impak tahun ini ialah:
Para pemenang Anugerah Impak akan diraikan dalam persidangan pelanggan tahunan yang sudah laris dijual penyertaannya, ACL Connections 2014, yang berlangsung pada 1 hingga 4 Jun di InterContinental Dallas, di pusat Dallas, Texas. Anugerah akan disampaikan semasa Majlis Makan Tengah Hari Acara Penyampaian Anugerah Impak 2014 pada Selasa, 3 Jun.
Sumber Sokongan:
Latar belakang ACL
ACL menyediakan penyelesaian perisian yang sedang mengubah audit, pematuhan, serta pengurusan risiko bagi memberi organisasi kawalan yang tidak pernah dipegang selama ini ke atas perniagaan mereka. www.acl.com
© 2014 ACL Services Ltd. ACL dan logo ACL ialah tanda dagangan berdaftar ACL Services Ltd. Semua nama syarikat dan nama produk lain ialah tanda dagangan pemilik yang berkenaan.