-- Program MBA akan menjadi satu-satunya program yang dikendalikan dalam dua bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin yang kini terdapat dalam pasaran
-- Perwakilan Fakulti Johnson Terbesar Hadiri Majlis Pengumuman Program dan Program Penyerapan di China
BEIJING, 4 Jun 2014 /PRNewswire/ -- Universiti Tsinghua dan Pusat Pengajian Kewangan PBC mengalu-alukan kedatangan perwakilan dekan bersekutu dan fakulti daripada Pusat Pengajian Pengurusan Siswazah Samuel Curtis Johnson, Universiti Cornell pada hari ini sebagai sebahagian daripada pengumuman perkongsian baharu yang hebat. Usaha sama baharu ini termasuklah pelancaran program dua ijazah MBA dan MBA Kewangan yang ditawarkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin untuk para pemimpin korporat dan organisasi di seluruh China dan seluruh dunia. Program selama 21 bulan itu dijadualkan bermula pada April 2015 dan turut menawarkan 60 kredit serta disediakan dengan dua bahasa bagi tujuan perekrutan pelajar yang bertutur dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin dari seluruh dunia.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20080212/NYTU116LOGO
"Pelancaran program dua ijazah ini benar-benar merupakan saat penting dalam sejarah pusat pengajian kami masing-masing. Dengan China sebagai ekonomi kedua terbesar di dunia, ia menjadi saat penting untuk bekerjasama dan turut membangunkan perkongsian penting ini serta program yang tersendiri, bagi memberi manfaat kepada para pelajar dan eksekutif dari Amerika dan China," kata Dekan Pusat Pengajian Johnson di Universiti Cornell, Soumitra Dutta.
Jumlah pelajar yang dijangka akan mendaftar adalah kira-kira 65 orang dengan usia purata antara 30 hingga 35 tahun serta purata lima hingga lapan tahun pengalaman bekerja. Kursus yang terlibat termasuklah dua lawatan sambil belajar selama dua minggu yang melibatkan pertandingan kes, trek Wall Street, serta integrasi bersama pelajar MBA dan MBA Eksekutif Johnson di Kampus Cornell, Ithaca, New York dan juga Kampus Cornell Tech di Bandar New York bagi menyediakan persekitaran pembelajaran yang optimum serta peluang untuk kerjasama yang erat.
"Inovasi sangat penting bagi pembangunan ekonomi fasa seterusnya di China," kata Ya-Ru Chen, Pengarah Akademik Inisiatif China, Nicholas H. Noyes Profesor Pengurusan dan Perniagaan Global. "Bagi menghadapi tekanan pertumbuhan, China perlu menaik taraf tumpuannya dan menaiki rantaian nilai; atas sebab ini, inovasi ialah kuncinya."
"Kami merancang untuk meneruskan tradisi kecemerlangan dua pusat pengajian ini bagi mewujudkan peluang baharu serta menyediakan para pelajar kami untuk menghadapi segala cabaran dalam dunia perniagaan abad ke-21," kata Dekan Bersekutu Eksekutif PBCSF, Liao Li. "Kami amat berbangga dapat menjadi sebahagian daripada perkongsian mantap ini dan meramalkan segala kemungkinan hebat untuk pertumbuhan bersama."