omniture

Xinhua Silk Road: SEG Solar tersenarai antara pengeluar panel solar Tahap 1 global

Xinhua Silk Road
2023-08-25 15:10 112

HOUSTON, 25 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- SEG Solar (SEG), pengeluar A.S. yang terkemuka bagi modul fotovolta (PV) untuk pasaran utiliti, komersial dan kediaman, disenaraikan dalam senarai pengeluar solar global Tahap 1 bagi tinjauan pasaran BloombergNEF (BNEF) untuk suku ketiga.


SEG teruja kerana BNEF mengiktiraf rekod prestasi syarikat ini yang panjang dan berjaya sebagai rakan kongsi yang dipercayai dan andal untuk pembiayaan projek dalam bidang solar. Pengalaman luas SEG membantu pemaju dan pemilik projek dengan kedua-dua struktur pembiayaan hutang dan ekuiti jangka pendek dan jangka panjang membolehkannya menyediakan penyelesaian yang cekap dan kreatif untuk transaksi yang kompleks, kata Jim Wood, Ketua Pegawai Eksekutif SEG.

Pelanggan mempunyai banyak pilihan untuk bekalan modul dalam pasaran semasa dan SEG percaya bahawa pendekatannya yang fleksibel dan berorientasikan hasil ke arah menyelesaikan urus niaga membezakan syarikat ini daripada pesaing yang lain. SEG memahami peranannya dalam pembangunan keseluruhan projek dan menjadikannya satu keutamaan untuk bekerjasama dengan pemilik dan pihak yang membiayai untuk membawa tenaga ke grid selancar yang mungkin, tambah Wood.

Sistem pemeringkatan BNEF terkenal dengan penilaian yang teliti terhadap pelbagai kriteria termasuk kualiti produk, penyertaan dalam projek kerajaan dan akses kepada pembiayaan bank. SEG ialah salah satu daripada segelintir pengeluar A.S yang dinamakan dalam senarai Tahap 1.

SEG berbangga dengan kawalan kualiti yang ketat, memperakui semua produknya melalui penilaian pihak ketiga. Kilang syarikat ini di Houston, Texas memfokuskan secara strategik kepada barisan pengeluaran TOPCon termaju dengan rancangan untuk menembusi pasaran komponen TOPCon A.S. Kilang tersebut dijadualkan memulakan pengeluaran pada tahun 2024 dan akan menyumbang dengan signifikan kepada integrasi rantaian bekalan setempat SEG.

Ditubuhkan pada tahun 2016, SEG ialah pengeluar PV bersepadu secara vertikal terkemuka yang beribu pejabat di Houston, Texas, A.S. dan menumpukan perhatian untuk menyampaikan panel solar yang andal dan berkesan kos kepada pasaran. SEG akan memiliki kapasiti pengeluaran modul global sebanyak lebih daripada 5.5 GW pada tahun 2024. Menjelang penghujung tahun 2022, lebih daripada 2GW produk SEG dipasang dalam pasaran A.S. dan Eropah.

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Publishing/Information Service Utilities Awards