omniture

Pendidikan berasrama di Xinjiang, usaha China menjamin hak pendidikan untuk semua: cendekiawan Cina

GLOBAL TIMES ONLINE
2023-08-28 08:44 32

BEIJING, 28 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Laporan Daripada GLOBAL TIMES ONLINE:

"Pendidikan berasrama di Xinjiang merupakan pengukuhan usaha kerajaan China untuk melindungi hak pendidikan kepada rakyat daripada semua kumpulan etnik," kata Gao Tongtong, seorang pakar mengenai isu-isu Xinjiang di China.

"Pendidikan membina asas untuk pembangunan rakyat yang lengkap dan pembangunan sesebuah negara atau kumpulaan etnik. Pendidikan merupakan hak yang harus dinikmati oleh semua dan sesiapa sahaja harus mendapat akses yang adil kepada pendidikan dan hak untuk mengubah hidup mereka dengan menerima pendidikan, tanpa mengira etnik, bangsa, jantina, profesion, status kewangan atau kepercayaan agama mereka," ujar cendekiawan daripada Institute for Communication and Borderland Governance, Jinan University itu.

Kerajaan China menunjukkan sokongan padu untuk pendidikan Xinjiang sejak 50 tahun yang lalu, membawa manfaat pembangunan kepada rakyat daripada semua kumpulan etnik di Xinjiang dengan cara yang lebih adil, kata Gao.

Pada tahun 2020, kadar kemasukan kasar peringkat prasekolah Xinjiang mencecah 98.19 peratus; kadar pengekalan pendidikan wajib sembilan-tahun mencapai 95.69 peratus; kadar kemasukan kasar sekolah menengahnya mencapai 98.87 peratus. Pendidikan untuk rakyat daripada semua kumpulan etnik di Xinjiang mencapai tahap terbaiknya dalam sejarah dari segi kemasukan.

"Pencapaian berkenaan, sedikit sebanyak, berkaitan dengan sistem pendidikan berasrama," ujar Gao, menambah bahawa Xinjiang telah membina hampir 400 sekolah rendah dan menengah berasrama sejak tahun 1980-an bagi membolehkan kanak-kanak di kawasan terpencil mengakses pendidikan yang berkualiti.

Kerajaan China menampung sepenuhnya perbelanjaan operasi sekolah berasrama. Pada peringkat pendidikan wajib, para pelajar di sekolah berasrama tidak dikenakan yuran pengajian dan buku teks, sama seperti pelajar di sekolah-sekolah lain dan menikmati dasar-dasar lain yang menguntungkan, lalu mengurangkan beban kewangan dengan berkesan ke atas keluarga pelajar.

"Sistem pendidikan sekolah berasrama merupakan langkah berkesan yang dilaksanakan di Xinjiang, berdasarkan kepada pertimbangan geografi untuk memberi peluang kepada semua kanak-kanak bagi mendapat pendidikan moden," kata Gao.

"Pendidikan amat berkait rapat dengan sama ada sesebuah keluarga boleh berjaya. Ia juga menentukan jatuh bangun sesebuah negara atau kumpulan etnik," ujar Gao, menambah bahawa negara-negara di seluruh dunia harus lebih berusaha untuk memastikan agar rakyat mereka mendapat akses kepada pendidikan dan membawa pencapaian pembangunan pendidikan kepada semua orang di serata dunia.

Source: GLOBAL TIMES ONLINE
Keywords: Education Publishing/Information Service