omniture

Edifier Umumkan Kerjasama Dengan Artis Hip-Hop Warren Hue

Edifier
2023-08-28 09:00 36

BEIJING28 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Edifier dengan bangganya mengumumkan bahawa penyanyi rap, penyanyi, penulis lagu dan penerbit Indonesia Warren Hue, daripada syarikat rakaman 88rising, menyokong EDIFIER W820NB Plus di Rantau Asia Tenggara.

Edifier & Warren Hue, partnership to promote the W820NB Plus headphones for the Southeast Asian market.
Edifier & Warren Hue, partnership to promote the W820NB Plus headphones for the Southeast Asian market.

W820NB Plus menampilkan pemacu dinamik 40mm dengan diafragma komposit bersalut Titanium berserta codec LDAC, pensijilan Hi-Res Audio & Hi-Res Audio Wireless dan masa main sehingga 49 jam. Fon kepala ini menawarkan pendengaran yang amat jelas dengan penekanan pada bunyi berkualiti tinggi dan pembatalan hingar yang hebat. Ia merupakan pilihan premium untuk peminat audio yang mahukan pengalaman mendengar luar biasa pada harga mampu milik.

"Bagi saya, proses kreatif bermula dengan cetusan inspirasi. Saya bergantung pada W820NB Plus saya untuk mencipta persekitaran imersif yang menyekat gangguan dan membantu saya kekal menjadi diri saya yang sebenar. Dengan membatalkan hingar dan memfokuskan kepada kerja saya, saya berupaya memanfaatkan daya kreativiti saya dan menghasilkan karya saya yang terbaik," kata Warren.

Warren Hue yang berusia 21 tahun menerajui artis-artis hip-hop generasi seterusnya dengan bunyi beliau yang unik yang sentiasa berkembang. Beliau menjadi sensasi global setelah melancarkan album kedua beliau "BOY OF THE YEAR" dalam tahun 2022. Edifier W820NB Plus menyasarkan generasi baharu peminat audio, mereka yang menyukai bunyi muzik baru muncul dan gaya yang berbeza. Fon kepala ini tersedia dengan pelbagai warna yang amat menarik termasuk Hijau dan Biru. Langkah tersebut dijangka dapat meningkatkan jualan di rantau ini, lantaran pengikut media sosial Hue dan permintaan yang semakin meningkat terhadap fon kepala premium dalam pasaran Asia Tenggara.

Warren Hue dan Edifier bekerjasama untuk pengalaman muzikal unik yang dijadualkan berlangsung dalam beberapa bulan akan datang. Sebagai artis kreatif, inspirasi muzik Hue akan bergabung secara sempurna dengan keupayaan teknologi canggih Edifier bagi menyampaikan ekstravaganza muzikal yang tiada tandingan. Edifier teruja untuk melihat hasil ciptaan yang inovatif dan imaginatif yang akan terhasil daripada kolaborasi ini, menghimpunkan yang terbaik daripada kesenian dan kejuruteraan untuk dinikmati oleh peminat muzik.

Latar Belakang Edifier:

Ditubuhkan pada tahun 1996 dan beribu pejabat di Beijing, China, Edifier menyampaikan pengalaman bunyi yang luar biasa melalui pelbagai jenis sistem audio untuk hiburan peribadi dan juga kegunaan profesional. Terkenal dengan falsafah reka bentuk, kepakaran dan inovasi dalam teknologi akustik yang memenangi anugerah serta standard pembuatan terunggul, Edifier merupakan salah satu penginovasi elektronik audio yang terkemuka pada hari ini. Kunjungi www.edifier.com/global untuk maklumat lanjut.

Source: Edifier
Keywords: Computer/Electronics