PUTRAJAYA, Malaysia, 28 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Daia, jenama pencuci pakaian dan penjagaan rumah terkemuka, meraikan kejayaan kempen CSR anjurannya yang berimpak tinggi, "Tindakan Kecil, Perubahan Besar". Kempen ini membuktikan komitmen Daia yang tidak berbelah bahagi untuk menerapkan perubahan dalam kalangan masyarakat di samping memupuk sifat pemurah. Acara itu diadakan di Pusat Beli-belah Alamanda dan mendapat sokongan padu daripada hadirin serta rakan kongsi, dan diserikan oleh Duta Jenama rangkaian produk Daia, Lisa Surihani.
(kiri) Encik Sheikh Farouk Sheikh Mohamad, Pengarah Urusan AEON BiG Sdn Bhd, (tengah) Lisa Surihani, Duta Jenama Daia, dan (kanan) Encik Effendi, Pengarah Urusan Gentle Supreme Sdn. Bhd., menyampaikan sejumlah RM 20,000 terkumpul daripada kempen tersebut kepada tiga rumah anak yatim yang bekerjasama dengan Daia.
Kempen CSR "Tindakan Kecil, Perubahan Besar" ini yang dilancarkan pada bulan Mei lalu, dibina atas keyakinan bahawa setiap bakti yang ditaburkan tidak kira walau sekecil mana sekalipun mampu mencetuskan perubahan yang signifikan. Ia mempunyai matlamat yang jelas iaitu untuk mewujudkan impak positif dengan menyumbang RM0.50 dari setiap pembelian produk Daia, termasuk Daia Hijab All Day Freshness yang baru dilancarkan. Produk ini adalah satu satu penyelesaian inovatif yang menghapuskan semua bau termasuk bau peluh ketika dicuci dan meneutralkan bau ketika dipakai, memberikan kesegaran sepanjang hari kepada pemakai hijab dan keluarga mereka. Langkah yang dianggap sebagai kecil ini tetap mampu memberikan impak yang ketara, terutamanya dalam usaha memupuk budaya saling bantu-membantu.
Dengan tumpuan strategik terhadap usaha untuk memperkasakan kanak-kanak dari ketiga-tiga rumah anak yatim yang bekerjasama itu, Daia bukan sahaja membuktikan keikhlasan komitmennya dalam memupuk aspirasi dan impian anak-anak muda ini, yang mempunyai potensi untuk membentuk masa depan yang lebih cerah dan gemilang, tetapi turut menekankan tentang komitmen jenama itu yang tidak berbelah bahagi dalam usahanya membentuk komuniti yang penuh pengasih dan penyayang.
Lisa Surihani memainkan peranan penting dalam menjayakan acara itu menerusi perkongsian kisah-kisah berinspirasi yang menyentuh hati para hadirin, menunjukkan impak signifikan dari tindakan kecil itu. Mesej yang disampaikan oleh beliau selari dengan komitmen teras Daia dalam memupuk anak-anak kecil dan menggaris misi jenama dalam meraikan detik-detik yang dianggap biasa tetapi amat bermakna ini. Selain perkongsian Lisa, Daia juga menyampaikan sumbangan berjumlah RM20,000 yang berjaya dikutip di sepanjang kempen tersebut kepada tiga rumah anak yatim yang bekerjasama dengan Daia. Sumbangan besar ini bukan sahaja membuktikan komitmen Daia dalam usaha meningkatkan taraf kehidupan anak-anak muda, tetapi turut mempamerkan tekadnya dalam menjayakan misi memupuk budaya yang bertunjangkan sifat pengasih dan penyayang.
Semasa acara itu, Daia turut mempromosikan kesedaran alam sekitar secara aktif menerusi bengkel Batik dan Kitar Semula Botol Daia yang menarik, memperkasakan kanak-kanak untuk menjadi pelindung alam sekitar di samping memupuk kreativiti dan kesedaran. Bengkel-bengkel ini menunjukkan komitmen Daia dalam usahanya menerapkan nilai-nilai murni selain daripada sumbangan kewangan, yang terangkum dalam semangat kempen itu.
Lisa Surihani berkata, "Saya berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada inisiatif ini, kerana kanak-kanak kurang bernasib baik ini wajar diasuh. Ini disebabkan mereka tidak mempunyai kelebihan yang sama seperti kanak-kanak lain. Saya berkongsi wawasan yang sama dengan Daia untuk mengangkat martabat anak-anak ini, dan dengan sukarelanya memikul tanggungjawab besar untuk memberi inspirasi kepada mereka, agar lebih peka tentang alam sekitar, disamping turut memupuk kebolehan kreativiti dan sifat kesedaran." Sentimen ini mengukuhkan lagi matlamat penganjuran acara itu dan komitmen Daia dalam memberikan impak yang sebenar dan berpanjangan.
Lantaran kempen "Tindakan Kecil, Perubahan Besar" oleh Daia terus memberikan impak positif yang berpanjangan, ia menjadi peringatan penting bahawa setiap tindakan, tidak kira sekecil mana, turut menyumbang kepada kemaslahatan masyarakat. Melalui perpaduan, belas kasihan dan keyakinan terhadap potensi tindakan kecil, Daia telah membuka jalan ke arah membina masa depan yang lebih baik untuk semua.
Mengenai Gentle Supreme
Gentle Supreme telah ditubuhkan di Malaysia dan merupakan salah satu daripada syarikat terkenal di Malaysia dengan pengalaman selama beberapa dekad dalam pelbagai jenis produk isi rumah dan makanan. Jenama Gentle Supreme telah menjadi salah satu jenama yang paling diyakini di kalangan rakyat Malaysia dan terus memenuhi jangkaan pengguna baru dengan menyediakan produk isi rumah dan makanan yang berkualiti tinggi.