omniture

Vantage Dedahkan Penaiktarafan Dagangan Salinan dengan Ciri Perkongsian-Keuntungan Boleh Laras

Vantage
2023-08-28 17:05 119

PORT VILA, Vanuatu, 28 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Vantage (atau "Vantage Markets") dengan sukacitanya memperkenalkan ciri Dagangan Salinan (Copy Trading) yang dinaik taraf pada Vantage App. Dengan penaiktarafan ini, pedagang salinan akan dapat menyalin dagangan daripada penyedia isyarat dengan mengklik pada butang atau memohon untuk menjadi penyedia isyarat.

Vantage Unveils Copy Trading Upgrade with Adjustable Profit-Sharing Feature
Vantage Unveils Copy Trading Upgrade with Adjustable Profit-Sharing Feature

Tab Fungsian Baharu

Antara muka pengguna dagangan salinan kini lebih lancar, membolehkan pedagang melihat kedua-dua dagangan salinan dan akaun dagangan biasa mereka pada satu halaman pengurusan akaun.

Tab Dagangan Salinan dan Komuniti yang baharu membantu pedagang salinan menemui penyedia isyarat baharu, menonjolkan mereka berdasarkan prestasi terdahulu mereka, kesanggupan menanggung risiko, kelas aset dagangan pilihan, data prestasi dan maklumat berkaitan yang lain.

Tab Akademi yang baharu memberi akses pantas kepada bahan-bahan pendidikan penting seperti artikel dagangan salinan mesra pemula dan glosari komprehensif istilah-istilah penting untuk memulakan perjalanan perdagangan mereka.

Ciri Perkongsian-Keuntungan

Penaiktarafan berkenaan juga membolehkan penyedia isyarat dibayar dengan lebih kerap melalui ciri perkongsian-keuntungan yang mana penyedia isyarat dapat menetapkan nisbah perkongsian keuntungan mereka ke tahap maksimum 50%. Dengan maklumat ini yang dipaparkan terlebih dahulu, penyalin mendapat kefleksibelan untuk memilih penyedia isyarat berdasarkan kepada nisbah perkongsian keuntungan pilihan mereka.

Awal tahun ini, Vantage menerima Anugerah Dagangan Salinan Sosial Terbaik-dalam-Kelas 2023 daripada ForexBrokers.com, sebagai tanda terima kasih kepada inovasi berterusan dan pembangunan aplikasi pasukan ini.

Lian Jie, Penolong Pengarah Pemasaran Aplikasi di Vantage, berkata:

"Kami amat berbesar hati dapat mendedahkan fungsi Dagangan Salinan yang dinaik taraf, dengan pelbagai ciri menarik untuk disesuaikan dengan lebih baik mengikut keperluan penyalin dan penyedia isyarat kami. Fungsi-fungsi dagangan salinan kami yang lebih baik diterima dengan sangat baik yang mana satu dalam lima pelanggan baharu kini memilih akaun dagangan salinan hanya untuk mengalami cara berdagang mereka yang inovatif.

Pedagang pada hari ini tercari-cari reka bentuk antara muka pengguna yang intuitif, kestabilan sistem yang lebih besar, kelajuan transaksi yang lebih pantas dan aplikasi teknologi tinggi dalam aplikasi dagangan mereka yang dapat meningkatkan pengalaman dagangan mereka. Ini tetap menjadi tumpuan penting untuk Vantage. Dengan mengutamakan hal ini, setiap pembangunan aplikasi baharu dipacu oleh keperluan pelanggan kami yang berubah-ubah, selaras dengan visi kami untuk mencipta aplikasi dagangan Semua-Dalam-Satu yang menggabungkan kepantasan dan kesederhanaan untuk pelanggan kami."

Latar Belakang Vantage

Vantage (atau Vantage Markets) ialah broker berbilang aset yang menawarkan kepada pelanggan akses perkhidmatan yang pantas dan berkuasa untuk memperdagangkan CFD pada tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.

Dengan pengalaman pasaran selama lebih daripada 13 tahun, Vantage lebih daripada broker. Ia menyediakan ekosistem dagangan yang dipercayai, aplikasi dagangan mudah alih pemenang anugerah dan platform dagangan mesra pengguna yang membolehkan pelanggan merebut peluang dagangan. Muat turun Vantage App pada App Store atau Google Play.

berdagang lebih bijak @vantage

Penafian:

Ciri-ciri dagangan salinan dikaitkan dengan risiko yang wujud dan boleh membawa kepada kerugian yang ketara. Kami menggalakkan anda untuk mempertimbangkan dengan teliti kedudukan kewangan anda dan kesanggupan menanggung risiko sebelum membuat keputusan untuk menggunakan ciri-ciri ini. Prestasi masa lalu tidak menunjukkan keputusan masa depan dan tiada jaminan keuntungan dalam dagangan salinan. Keputusan untuk mengambil bahagian dalam dagangan salinan adalah sepenuhnya menurut budi bicara anda sendiri dan anda akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk apa-apa hasil yang terhasil daripada tindakan anda. Platform kami menyediakan dagangan salinan sebagai satu perkhidmatan, tetapi kami tidak menyediakan apa-apa nasihat atau cadangan pelaburan. Tanggungjawab untuk mengurus pelaburan anda dan membuat keputusan dagangan salinan kekal sebagai pilihan anda. Dengan menggunakan dagangan salinan pada platform kami, anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami penafian ini dan bersetuju dengan terma-terma dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh perkhidmatan kami.

 

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Mobile Entertainment Telecommunications New products/services Financial Technology