omniture

Egon Zehnder Umumkan Penyatuan Strategik Amalan Media, Hiburan & Sukan

Egon Zehnder
2014-06-05 02:22 124

- Integrasi Memperlihatkan Arah Aliran Bakat Global memandangkan Garisan antara Media Menjadi Kabur

NEW YORK, 4 Jun 2014 /PRNewswire/ -- Egon Zehnder, syarikat perundingan pengurusan bakat dan pencarian eksekutif dimiliki secara persendirian yang menerajui di dunia, hari ini telah mengumumkan integrasi tiga sub-amalan industri ke dalam Amalan Media, Hiburan & Sukan (MES) global yang baru ditubuhkan, menurut Henry Topping, Pemimpin Amalan global MES yang berpusat di New York.

"Sejak sedekad yang lalu, kami telah menyaksikan landskap media dan hiburan gaya hidup berubah dengan pesat memandangkan saluran serta platform untuk menikmati kandungan telah bersatu dan berpisah melalui aplikasi dan juga penerimaan pengguna terhadap teknologi," kata Topping.

Beliau turut berkata, "Kaedah kandungan dan penghantaran telah mendorong perkembangan bakat yang sebelumnya dilihat sebagai cetakan, penyiaran, digital mahupun teknologi. Klasifikasi ini tidak lagi wujud kerana pemimpin utama pada masa kini perlu menghasilkan, menerbitkan dan turut mengedarkan merentasi berbilang landskap dengan ketangkasan dan kehalusan bagi merancang pengalaman berbilang media yang memberi kesan serta menarik minat yang menghubungkan dan turut menarik perhatian penonton di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Memandangkan klasifikasi ini sudah agak ketinggalan, keperluan untuk kreativiti yang lebih hebat seperti keperluan untuk rupa dalam pencarian bakat telah meningkatkan keperluan untuk berfikir dengan lebih terbuka, fleksibel serta global."

Amalan MES ini akan memberi tumpuan pada perancangan penggantian dan pencarian peringkat eksekutif, pembangunan dan penilaian kepimpinan serta kepimpinan Lembaga pada peringkat global. Di samping itu, Amalan MES ini juga akan berkait rapat dengan kumpulan digital Amalan Teknologi dan Komunikasi global. Firma tersebut juga mempunyai beberapa pusat kecemerlangan MES di seluruh tempat utama termasuk Amerika, Asia Pasifik serta Eropah. Menurut Topping, bagi amalan MES ini, kira-kira 40 perunding telah berjaya menyelesaikan lebih 1,100 tugasan dalam tempoh beberapa tahun lalu.

Langkah ini menggabungkan usaha Firma itu untuk melantik, mengekalkan serta menyediakan pemimpin dalam bidang tersebut, menekankan kesan penyatuan media/teknologi/bakat merentasi segmen, menurut Topping. Beliau berkata lagi, "Salah satu perkara pembezaan utama kami ialah kemampuan kami untuk berfikir dengan terbuka tentang segala cabaran yang dihadapi segmen yang terpisah namun serupa ini dan pada masa yang sama mendapatkan sumber tenaga pada peringkat global."

LATAR BELAKANG EGON ZEHNDER

Egon Zehnder merupakan firma pencarian eksekutif dimiliki secara persendirian yang menerajui di dunia dengan lebih 425 perunding di 68 pejabat merentasi 41 negara. Firma tersebut menyediakan pencarian eksekutif peringkat kanan, carian pengarah, perundingan lembaga, penilaian pengurusan, pengurusan bakat eksekutif dan juga pembangunan kepimpinan eksekutif serta perkhidmatan integrasi untuk kebanyakan organisasi yang paling disegani di dunia. Pelanggan Egon Zehnder terdiri daripada syarikat terbesar sehinggalah syarikat pertumbuhan baru muncul, kerajaan serta badan kawal selia dan juga organisasi utama pendidikan dan budaya. Bagi mendapatkan maklumat lanjut: www.egonzehnder.com.

Source: Egon Zehnder
Keywords: Advertising Publishing/Information Service