MIAMI, Florida, 5 Jun 2014 /PRNewswire/ --
Pengadun minuman kapal persiaran terbaik di dunia daripada Princess Cruises, Norwegian Cruise Line, Royal Caribbean International serta Celebrity Cruises bertarung merebut tempat dalam Pertandingan Akhir Global DIAGEO RESERVE WORLD CLASS™
Memandangkan salah satu pertandingan koktel paling berprestij di dunia semakin menjelang tiba, empat pengadun minuman kapal persiaran yang sudah berjaya menewaskan 5,500 pengadun minuman kapal persiaran lain kini sedang sibuk menyempurnakan kepakaran koktel mereka dengan harapan untuk merebut tempat yang didambakan dalam pertandingan akhir.
Empat peserta akhir ini akan bersemuka di acara separuh akhir Kembara Global DIAGEO RESERVE WORLD CLASS™, di dalam Diageo Bar 396 berkelas tinggi di Miami, Florida pada 12 Jun. Pemenang daripada kapal persiaran itu kemudiannya akan mengorak langkah bagi bertanding merebut gelaran Pengadun Minuman Terbaik Tahun Ini dalam pertandingan akhir global DIAGEO RESERVE WORLD CLASS yang bakal dihadiri ramai bintang terkenal di London, bertarung melawan pengadun minuman terbaik lain dari seluruh dunia.
Empat peserta akhir itu, yang akan bertarung semasa pertandingan separuh akhir kembara global penuh glamor di Miami pada 12 Jun, ialah:
Princess Cruises: Carlos F Lintag Jr, 42, dari Kepulauan Filipina, ialah penyelia bar atas kapal Pacific Princess. Minuman kegemaran Carlos ialah gin TANQUERAY® No.TEN™ dan ia dicampurkan ke dalam minuman beliau yang dikenali, minuman 'ABCD: Amazing Bartender Cocktail Drink'.
Norwegian Cruise Line: O'Neil Anant James Pandit, 33, dari India ialah Pembantu Pengurus Minuman atas kapal Norwegian Getaway. O'Neil telah terpilih sebagai peserta separuh akhir untuk tahun kedua berturut-turut dan bakal membancuh minuman 'Botanical Wave' dengan gin TANQUERAY No.TEN sebagai koktel rasmi beliau.
Royal Caribbean International: Shekhar Grover, 27, dari India ialah Pembancuh Minuman Utama atas kapal Oasis of the Seas. Inspirasi beliau untuk menjadi pakar pengadun minuman berputik daripada keasyikan beliau dengan misteri bagaimana campuran minuman yang diadun sempurna dapat membawa si peminum ke alam penuh nikmat. Minuman rasmi beliau ialah 'French Royale', yang diadun menggunakan vodka CÎROC®.
Celebrity Cruises: Agus Gandu Adyana, 27, dari Bali ialah Pengadun Minuman Bertenaga di atas kapal Celebrity Century. Beliau mendapat inspirasi untuk menceburi bidang mengadun minuman daripada ayah beliau yang juga merupakan mentor beliau. Ciptaan rasmi beliau ialah minuman 'Don Spicy Mangorita' yang dibuat dengan tequila DON JULIO®.
Setiap seorang daripada mereka telah membuktikan merekalah yang terbaik dalam bidang pengadunan minuman atas kapal persiaran, kerana telah memenangi beberapa pertandingan hangat sewaktu penghabisan program latihan DIAGEO RESERVE WORLD CLASS. Inilah tahun yang terbesar setakat ini untuk fasa kembara global pertandingan itu, dengan jumlah penyertaan pengadun minuman meningkat sebanyak 15 kali jumlah sebelumnya (5,500) daripada empat rangkaian kapal persiaran berbanding pada tahun 2013 apabila hanya 400 pengadun minuman daripada dua rangkaian kapal persiaran masuk bertanding.
Mario Seijo, Pemenang Global Bertaraf Dunia untuk Amerika Latin & Caribbean 2013, mengetuai program latihan tahun ini dengan melatih pengadun minuman kapal persiaran dalam kemahiran persembahan dan arah aliran pembuatan koktel yang terkini seperti 'Mediterranean Mastery,' tema yang diilhamkan oleh pengaruh botani dan kulinari kepulauan Mediterranean, serta penerokaan 'Gin dan Rahsia Penyulingan' serta impak yang dipunyai oleh semua ini ke atas ciptaan koktel.
Kata beliau: "Program Diageo World Class telah menyediakan pengadun minuman kapal persiaran dengan latihan pengadunan minuman lanjutan dalam arah aliran koktel terkini. Ia membawa seni kepakaran mereka ke peringkat seterusnya, mendedahkan para penumpang kepada pengalaman minuman mewah yang hebat atas kapal persiaran. Kini, agar dapat mengagumkan para hakim, semua peserta separuh akhir ini perlu menggunakan semua yang telah mereka pelajari dan gaya yang telah mereka peroleh bagi mencipta koktel mewah yang bakal menguja deria rasa, dengan menggunakan beberapa portfolio minuman keras mewah yang menerajui di dunia – portfolio minuman Diageo Reserve Brands. Saya masih ingat lagi pengalaman WORLD CLASS saya dan saya ucapkan semoga berjaya kepada keempat-empat pesaing agar dapat sampai ke peringkat akhir."
Mario akan disertai oleh dua selebriti lain dalam dunia adunan minuman, Enrique De Colsa, Pakar Penyuling di Don Julio Tequila serta Arturo Savage, salah seorang Duta Simpanan Kanan Diageo, sebagai panel hakim peneraju industri yang bakal menyaksikan kemaraan para peserta peringkat separuh akhir ini.
Jika salah seorang pengadun minuman kapal persiaran itu berjaya semasa Pertandingan Akhir Global kelak, lalu menjadi Pengadun Minuman Terbaik Tahun Ini bagi Diageo Reserve WORLD CLASS, ia bakal mengorak langkah mereka dalam kembara yang bakal mengubah kehidupan mereka. Pemenang terdahulu untuk Pengadun Minuman Terbaik Tahun Ini bagi Diageo Reserve WORLD CLASS telah mencipta nama dalam industri ini, mengembara seluruh dunia sebagai Duta WORLD CLASS, menyertai acara antarabangsa berprofil tinggi seperti perkahwinan gilang-gemilang Petra Ecclestone dan turut menjadi pakar rundingan dalam filem James Bond, Skyfall.
Nota kepada editor
Ikuti pertandingan ini melalui laman Facebook 'Global WORLD CLASS Finals': http://www.facebook.com/WorldClass
LATAR BELAKANG DIAGEO RESERVE WORLD CLASS
Sepanjang program ini, pengadun minuman WORLD CLASS dilatih menggunakan koleksi minuman keras berkualiti tinggi daripada portfolio mewah Diageo Reserve – Wiski Skotch Adunan JOHNNIE WALKER® BLUE LABEL™, Wiski Skotch Adunan JOHNNIE WALKER® PLATINUM LABEL™, Wiski Skotch Adunan JOHNNIE WALKER® GOLD LABEL RESERVE™, Wiski Skotch Malt Tunggal SINGLETON™, Vodka CÎROC®, Vodka KETEL ONE®, Gin TANQUERAY® No.TEN™, Tequila DON JULIO®, Rum ZACAPA®, Bourbon BULLEIT™, serta Wiski Skotch Malt Tunggal TALISKER™. Semua perkataan dan logo berkaitan ialah tanda dagangan.
DIAGEO RESERVE WORLD CLASS sedang mengubah pengalaman minuman mewah dan budaya koktel seluruh dunia dan di dalam rumah. Salah satu pelaburan terbesar dan paling dipercayai dalam kemewahan yang didagangkan dalam industri ini, ia menemui bakat pengadun minuman generasi seterusnya yang menetapkan arah aliran adunan minuman terkini, dan turut membawakan semua ini ke bar yang terbaik seluruh dunia. Di terasnya ialah program latihan global hebat dan platform yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa yang meningkatkan taraf seni pengadun minuman serta membina kerjaya dalam industri ini. Semua ini membawa kepada minggu acara mewah tahunan yang penting ketika Pengadun Minuman Terbaik Tahun Ini bagi Diageo Reserve WORLD CLASS akan diumumkan. Setelah dilancarkan pada tahun 2009, lebih 15,000 pengadun minuman telah mendapat inspirasi dan ajaran dalam seni adunan minuman menggunakan minuman keras yang terbaik dalam koleksi DIAGEO RESERVE. Sebagai perkongsian dan kolaborasi dengan pakar, media, rakan kongsi serta pemilik, DIAGEO RESERVE WORLD CLASS terkenal meluas sebagai tanda ciri sofistikated dan cita rasa budaya minuman mewah antarabangsa oleh pengadun minuman serta pelanggan mereka.
Sebagai lanjutan daripada program latihan DIAGEO RESERVE WORLD CLASS, pada tahun 2011, Diageo telah melancarkan Akademi Bar Diageo di Asia Pasifik, kursus pengadunan minuman terbesar rantau ini yang diiktiraf oleh Dana Pendidikan Wain dan Minuman Keras (WSET), yang telah melatih 27,000 pengadun minuman setakat ini.
LATAR BELAKANG DIAGEO
Diageo ialah perniagaan minuman premium yang menerajui di dunia dengan koleksi mengagumkan yang terdiri daripada jenama minuman beralkohol merentasi kategori minuman keras, bir serta wain. Semua jenama ini termasuklah Johnnie Walker, Crown Royal, JεB, Windsor, wiski Buchanan's dan Bushmills, vodka Smirnoff, Cîroc dan Ketel One, Baileys, Captain Morgan, Tanqueray serta Guinness.
Diageo ialah syarikat global, dengan produknya terjual di lebih 180 negara di seluruh dunia. Syarikat itu disenaraikan dalam kedua-dua Bursa Saham New York (DEO) dan juga Bursa Saham London (DGE). Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Diageo, para kakitangannya, jenama serta prestasi, lawati kami di http://www.diageo.com. Bagi mendapatkan sumber global kami yang mempromosikan amalan minum secara berhemah melalui perkongsian alat amalan terbaik, maklumat dan juga inisiatif, lawati DRINKiQ.com.
Meraikan kehidupan, setiap hari, di mana-mana sahaja.
Sila minum dengan berhemah, lawati DRINKiQ.com.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140603/689421-a)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140603/689421-b)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140603/689421-c)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140603/689421-d)
SUMBER Diageo Global Travel