omniture

Melangkah Ke Arah Globalisasi: Strategi Pengantarabangsaan Terkini GAC Group Didedahkan

GAC MOTOR
2023-08-29 10:43 103

GUANGZHOU, China, 29 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Pada 25 Ogos, GAC Group mengeluarkan laporan setengah tahun 2023 yang menunjukkan jumlah hasil kendalian sebanyak 233.532 bilion yuan dalam separuh pertama tahun ini.


Menurut China Association of Automobile Manufacturers, dari Januari hingga Jun, China mengeksport sejumlah 2.14 juta kenderaan, memintas Jepun sebagai pengeksport kereta terbesar. Tatkala GAC Group memandang ke arah masa depan, perniagaan antarabangsa menjadi tumpuan utamanya.

GAC Mengantarabangsakan dengan Pelancaran Strategi "1551"

Melangkah ke hadapan, GAC Group merangka strategi pengantarabangsaan "1551" yang berpandukan oleh "1" matlamat untuk mencapai 50 juta jualan menjelang tahun 2030 dan mencapai kedudukan kukuh dalam "5" pasaran utama iaitu Eropah, Asia-Pasifik, CIS, Timur Tengah dan Afrika serta Amerika Tengah dan Selatan; ini akan dapat dilakukan dengan mengutamakan "5" nilai teras jenama, termasuk pengantarabangsaan jenama, globalisasi dan penyetempatan produk, integrasi jualan dan perkhidmatan serta pempelbagaian ekologi. Rancangan tersebut akan melaksanakan "1" sistem organisasi global dan mekanisme jaminan bakat demi membina komuniti perniagaan luar negara.

GAC Group menyasarkan untuk menubuhkan sebuah pejabat cawangan dalam pasaran Eropah Barat dengan memperkenalkan kenderaan elektrik tulen. Bagi pasaran Asia-Pasifik, syarikat ini akan memfokuskan untuk memperkenalkan kenderaan bahan api, hibrid dan elektrik tulen serta mewujudkan pangkalan pengeluaran di Malaysia, Thailand, Myanmar dan banyak lagi. Bagi Timur Tengah dan Afrika, cawangan Dubai akan terus membangunkan pasaran rantau Teluk dan dalam masa yang sama mengendalikan kilang-kilang sedia ada Nigeria dan Tunisia serta mendorong operasi CKD di Mesir dan Afrika Selatan. Bagi pasaran Amerika Tengah dan Selatan, cawangan Mexico yang baru ditubuhkan akan mengukuhkan operasi dan pengurusan serantau. Pembangunan pasaran CIS akan menumpukan pada Rusia, dengan fokus jangka pendek ke atas CBU sambil memberi perhatian kepada kemungkinan pengeluaran tempatan.

Kenderaan Tenaga Baharu AION Menembusi Thailand

Sebagai peneraju dalam bidang kenderaan tenaga baharu, GAC AION mencapai jualan luar negara tinggi yang berkekalan serta pertumbuhan dan kemajuan yang signifikan. Firma ini menandatangani perjanjian kerjasama dengan pengedar di Thailand dalam bulan Jun, mengumumkan secara rasmi penembusannya ke dalam pasaran Thai.

GAC Group akan terus dipacu oleh inovasi teknologi, menggalakkan globalisasinya dan mempercepatkan operasinya ke peringkat global. Bekerjasama dengan bakat dan rakan kongsi di seluruh dunia, ia terus membantu membina masa depan yang cerah untuk automobil Cina di luar negara.

Source: GAC MOTOR
Keywords: Auto Banking/Financial Service Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Transportation General Manufacturing