Afimilk telah merancang, memantau dan turut melengkapkan projek – sedang berjalan di China
AFIKIM, Israel, 5 Jun 2014 /PRNewswire/ -- Ladang TianNing, projek tenusu baharu di wilayah Ningxia, China akan berlangsung dengan permulaan hebat. Reka bentuknya telah diselaraskan oleh Afimilk serta dilengkapkan dengan sistem memerah susu dan juga sistem pengurusan gerompok oleh Afimilk. Ladang tersebut telah dirancang untuk menempatkan 6,000 lembu serta 4,000 lembu betina muda.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130926/642356-a)
Bagi melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/mnr/71400534-afimilk-impressive-start-tianning-dairy-farm
Keputusan yang dihasilkan adalah ketara: pada masa kini, lebih 3,000 lembu akan menghasilkan susu – pengeluaran susu pertama mereka – dan purata hasil harian adalah 30 kg susu/lembu. Hasil susu tahunan adalah lebih 9,400 liter/lembu.
Sistem memerah susu Afimilk sedang berjalan dengan sempurna, sementara perisian AfiFarm pula menyediakan semua maklumat yang diperlukan bagi tujuan pengurusan gerompok yang berkesan: pengesanan haba, penjadualan lawatan veterinar, pemantauan kesihatan untuk pencegahan penyakit, dan sebagainya.
Pada masa yang sama, pengurus TianNing telah menghadiri kursus selama dua bulan di Israel tentang perladangan tenusu maju. Dirancang dan diuruskan oleh Afimilk, kursus tersebut bertumpu pada perisian pengurusan gerompok AfiFarm serta subjek yang terlibat termasuk pengurusan gerompok besar, organisasi ladang tenusu besar, latihan memerah susu, pemakanan serta kesuburan.
"Ladang tenusu baharu di China sedang berkembang pesat dengan bantuan sistem Afimilk dan juga sokongan profesional daripada syarikat," kata En. Feirui, Pengurus Besar TianNing Company.
Memandangkan pengalaman Afimilk membuktikan penyeliaan rapi secara profesional dan latihan yang berterusan membuahkan hasil baik dalam projek sedemikian, perunding Israel dan satu pembantu yang telah dilatih Afimilk kekal di tapak ladang tersebut.
Wilayah Ningxia, di bahagian utara tengah China mempunyai iklim benua separa gersang yang sesuai untuk perladangan tenusu. Keadaan di sini juga adalah sesuai untuk menanam makanan ternakan yang berkualiti, silaj jagung dan juga alfalfa.
Tidak menghairankan, penaja jamin projek itu, Chongqing (TianNing) Agriculture Investment Co., kini sedang cuba untuk mereplikakan projek ini di beberapa wilayah China lain.
Latar Belakang Afimilk
Afimilk menyediakan teknologi dan pengetahuan kepada pengeluar tenusu bagi menjana keuntungan hasil daripada susu berkualiti tinggi. Pemikiran kreatif Afimilk dan kepakaran mereka yang terbukti terus menerajui industri tenusu dengan memajukan teknologi serta memperkenalkan penambahbaikan inovatif untuk dipadankan dengan keperluan sektor tenusu yang sentiasa berubah. Syarikat tersebut juga menerajui daripada segi perisian pengurusan dan penderia, dengan sistem yang telah dipasang di lebih 50 negara.
Anda amat dialu-alukan untuk menyertai kami di Ekspo Tenusu Dunia China di Xi'an antara 13 hingga 15 Jun 2014, gerai pameran B4303-B4312.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari laman web kami: http://www.afimilk.com
Maklumat perhubungan:
Cik Noa Yonish, Pengurus Marcom, Tel: +972-50-7589973, e-mel: noa@afimilk.co.il
Cik Lu Jing, Pengurus Pemasaran China, Tel: +86-139-17266378, e-mel: lujing@afimilk.com.cn
SUMBER Afimilk Ltd