omniture

Teknologi Penyamanan Udara Canggih TCL Menjadikan Rumah Lebih Sihat, Lebih Pintar dan Lebih Selesa

TCL Electronics
2023-08-29 23:00 26

Kemudahan dan penyelesaian penyamanan udara premium TCL menunjukkan komitmen kepada kelestarian dan membawa AC paling inovatif kepada pengguna seluruh dunia

HONG KONG, 29 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- TCL, jenama barangan elektronik pengguna terkemuka dan jenama televisyen dua teratas di dunia, mengulangi, semasa Sidang Akhbar Global (Global Press Conference) baru-baru ini, usaha yang dibuat untuk mengekalkan rumah di seluruh dunia dalam keadaan ambien, kesihatan yang positif, melalui pembangunan teknologi penyamanan udara yang mahir dalam menawarkan servis kepada pengguna dalam pelbagai senario, didayakan oleh kemudahan pembuatan mesra alam dan canggih.

Teknologi Penyamanan Udara Untuk Setiap Kemungkinan, Menyokong Keadaan Kehidupan Lebih Sihat, Lebih Selesa dan Lebih Mudah.

Teknologi penyamanan udara TCL melangkaui lebih daripada sekadar mewujudkan keadaan kehidupan yang selesa. TCL berbangga dengan keupayaan untuk mencipta AC yang sebenarnya memberi manfaat kepada kesihatan kita, melalui kapasitinya untuk membersihkan udara yang kita sedut. Dengan teknologi FreshIN+ 2.0 TCL, sistem penggantian udara segar, dua-hala yang pertama dalam industri ini, udara kaya oksigen dari luar dibawa masuk, sementara udara tidak sihat dilepaskan. Ini sangat sesuai apabila kualiti udara tidak bagus kerana ia sebenarnya membuang udara tidak elok – bererti ia membantu membuang partikel yang tidak diingini, seperti habuk, bulu haiwan kesayangan dan bahan pencemar. Digandingkan dengan sistem penapisan lapisan empat kali ganda, udara yang beredar adalah lebih baik untuk orang yang sensitif kepada alahan. Hal yang sama turut berlaku untuk menghilangkan bau, memandangkan sistem pernafasan udara segar FreshIN+ dapat membantu menghapuskan bau busuk yang tidak dapat dilakukan oleh AC tradisional.

Walaupun apabila udara di luar adalah sangat bersih, FreshIN+ dapat membantu pengudaraan sekiranya udara dalaman tidak beredar dengan betul, justeru itu mengakibatkan bilik berasa sesak, menangani hipoksia dengan meningkatkan paras O2 secara intuitif.

Aliran udara kuat yang berterusan bahkan boleh menjadi lebih tidak selesa yang mengakibatkan kerengsaan, seperti mata kering dan sakit tekak. Teknologi Gentle Breeze TCL dapat menyelesaikan isu ini dengan memudahkan lebih daripada 1000 lubang-mikro menyebarkan udara sejuk bagi mencipta aliran udara lamina yang lembut – bererti draf kasar digantikan dengan kesejukan yang lembut dan menyelubungi.

Lebih bagus lagi, teknologi AC TCL adalah intuitif dan direka bentuk untuk menjadikan kehidupan anda lebih mudah. Kawalan suara melalui sambungan mudah kepada semua peranti pembantu maya, bererti anda memiliki kuasa untuk mengawal paras suhu dan bebas tangan – sangat sesuai apabila anda sibuk dengan kerja rumah atau permainan atau tidak dapat mengesan alat kawalan jauh. Lebih-lebih lagi, dengan sambungan aplikasi anda boleh mengawal AC walaupun apabila anda tidak berada di rumah – bermaksud anda boleh menghidupkannya tepat pada masanya untuk disambut dengan suhu ambien yang sempurna apabila pulang ke rumah dan mengurangkan sebarang panik jika anda terlupa mematikannya sebelum anda meninggalkan rumah.

Komitmen untuk Memajukan Selanjutnya Teknologi Penyamanan Udara dengan Pembangunan Pembuatan Canggih

TCL mengupayakan kemajuan teknologi AC terkemuka hasil daripada pelaburannya yang ketara dalam kemudahan pembuatan dan penyelidikan dan pembangunan (R&D). Awal tahun ini, TCL mengumumkan komitmennya terhadap pembuatan pintar melalui pemudahan pengeluaran penyamanan udara premium, dengan penyempurnaan Fasa 1 Taman Perindustrian Pintar TCL canggihnya di Wuhan.

Dalam premis-premis sehingga 390,000 meter persegi, Taman tersebut terdiri daripada rantaian bekalan AC penuh – R&D, pembuatan pintar dan logistik pintar – yang melaluinya TCL akan mengeluarkan lebih enam juga unit AC canggih setiap tahun, dieksport ke lebih 160 pasaran di seluruh dunia.

Pembuatan Lestari demi Persekitaran Lebih Mesra Alam

Taman tersebut dikendalikan secara signifikan oleh kuasa solar, dipantau oleh EMS (sistem pengurusan tenaga) dan disuap oleh sistem penghidratan pintar bagi memastikan kedua-dua penggunaan tenaga dan emisi karbon dikekalkan pada paras mampan.

Taman berkenaan telah mencapai liputan penuh fotovolta, dengan jumlah kawasan letak seluas 94,800 meter persegi dan purata penjanaan kuasa tahunan sebanyak 9 juta kWj, yang bersamaan dengan menjimatkan 2,583.11 tan arang batu standard, mengurangkan 7,804.12 tan emisi karbon dioksida, mengurangkan 234.82 tan emisi sulfur dioksida dan mengurangkan emisi 54.79 tan habuk karbon serta pengurangan 31.31 tan emisi nitrogen oksida.

Dalam masa yang sama, Taman tersebut mempunyai penyelesaian air pintar yang mengumpul, menyimpan dan membersihkan air hujan permukaan di kawasan kilang dan menggunakannya semula di taman; serta penyelesaian lestari yang komprehensif untuk gas, emisi karbon dan sisa pembuatan.

TCL telah membangunkan produk penyaman udara yang berkualiti tinggi selama lebih daripada 20 tahun dengan jaringan global yang mantap menerusi 10 pangkalan pembuatan meliputi seluruh China, Brazil dan Indonesia. Dengan pelbagai jenis model penyaman udara seperti FreshIN, GentleCool, Elite, Q-Series tersedia merentas banyak negara.

Latar Belakang TCL Electronics

TCL Electronics (1070.HK) ialah sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang berkembang pantas dan peneraju dalam industri televisyen global. Ditubuhkan pada tahun 1981, kini ia beroperasi dalam lebih 160 pasaran di seluruh dunia. TCL mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna bermula daripada televisyen, audio dan peralatan kediaman pintar. Kunjungi laman web TCL di https://www.tcl.com.

Source: TCL Electronics
Related Stocks:
HongKong:1070
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household/Consumer/Cosmetics HVAC New products/services