omniture

TCL Dedahkan Barisan TV QD-Mini LED Premium Lebih Besar Terkini dan Perkakas Rumah Pintar untuk Mengubah Hiburan Rumah dan Menginspirasikan Kehebatan Secara Global

TCL Electronics
2023-08-30 09:28 6

Kehebatan Bermula di rumah - teknologi paparan perintis TCL melonjakkan hiburan rumah ke alam baharu kejelasan yang terang, tatkala teknologi domestik pintar membuka jalan untuk masa depan yang lebih sihat dan lebih memberi inspirasi

HONG KONG, 30 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- TCL, jenama barangan elektronik pengguna yang terkemuka dan jenama televisyen dua teratas di dunia1, hari ini mendedahkan barisan mengagumkan televisyen QD-Mini LED termaju lebih besar2 dan pengumuman rumah pintar yang terkini bagi mencipta semula kehidupan di rumah. TCL terus meningkatkan pengalaman seharian dan memberi inspirasi kepada pengguna di seluruh dunia dengan teknologi perintisnya.

Masa Depan Lebih Cerah dan Lebih Meriah dengan Inovasi Paparan TCL – Sehingga 5000+ Zon FALD dan Kecerahan Puncak 5000 Nit

TCL terus mentakrifkan semula landskap hiburan rumah, memperkenalkan barisan TV QD-Mini LED terkininya sebagai titik bukti terkini kepada komitmennya terhadap kualiti dan inovasi.

Pada puncak kategori ini terdapat TV QD-Mini LED unggulan TCL X955 Series, menampilkan lebih 5,000 zon pemalapan setempat tatasusunan penuh yang terulung dan 5,000 nit kecerahan puncak, menawarkan tahap perincian dan keceriaan yang mentakrifkan semula pengalaman tontonan.

Dilengkapi dengan teknologi QLED, TCL X955 Series menghasilkan lebih daripada satu bilion warna dan gamut warna 98% DCI-P3 yang luas. Ia dikuasakan oleh AiPQ Processor 3.0 – algoritma AI proprietari TCL terkini untuk menawarkan kejelasan, kontras, sokongan HDR, warna serta pergerakan dioptimumkan dalam pelbagai adegan. Ia turut diperakui oleh TUV Rheinland atas Pengalaman Visual Realistiknya.

Selain daripada kualiti gambarnya yang luar biasa, X955 Series membawakan prestasi audio sinematik berkuasa dan reka bentuk menarik - penyelesaian saluran 4.2.2, sistem audio Onkyo 160W maksimum serta Dolby Atmos; reka bentuk kurang-bezel, amat-nipis dengan pengurusan kabel terkini.

TCL X955 Series akan boleh didapati dengan saiz besar sehingga 85" dan 98" dalam pasaran global yang terpilih2.

Melengkapkan X955 Series perintis, TCL membawakan C955 Series, satu lagi produk menonjol dalam rangkaian TV QD-Mini LED. Mencapai 2,000 dari segi kedua-dua bilangan zon pemalapan setempat dan kecerahan puncak, C955 Series menawarkan keseimbangan yang sempurna antara skrin besar dan kualiti gambar luar biasa dengan prestasi Mini LED dan QLED premium. Di samping itu, sistem audio Onkyo 120W serta Dolby Atmos menyediakan pengalaman bunyi teater.

C955 Series akan tersedia dengan model 65", 75", 85" dan 98" dalam pasaran global terpilih2.

TCL mentakrifkan selanjutnya TV QD-Mini LED aras pemulaannya dengan memperkenalkan nilai yang tiada tandingan, C755 Series – atau C805 di Eropah, dengan kecerahan puncak 1300 nit dan VRR 144Hz. Ia menetapkan ambang untuk apa yang benar-benar menjadikan TV QD-Mini LED bagus. Bagi TV 65", hanya 500 zon pemalapan setempat atau ke atas dapat menyampaikan kualiti gambar Mini LED sebenar yang dicari-cari oleh pelanggan.

C755 Series TCL (atau C805 di Eropah) boleh didapati dalam pelbagai saiz: 50", 55", 65", 75", 85" dan 98" yang menakjubkan dalam pasaran global terpilih2.

Mengekalkan kepimpinan global bagi teknologi TV skrin besar, TCL turut menyampaikan TV UHD 4K baharu, P745, model mampu milik terkini dengan saiz besar 85" dan 98". Tawaran ini mengesahkan lagi komitmen TCL terhadap kualiti, mengukuhkan lagi reputasinya sebagai pilihan utama untuk TV skrin-besar.

Masa Depan Sihat dan Menginspirasikan dengan Teknologi Penyamanan Udara TCL dan Perkakas Rumah Pintar

TCL merupakan pakar bagi pengurusan udara yang sihat dan selesa dengan lebih 3400 paten untuk penyamanan udara, 5 teknologi terkemuka di dunia dan ribuan pakar R&D di serata dunia.

TCL menunjukkan dedikasinya kepada teknologi AC inovatif dengan penaiktarafan berterusan pada FreshIN Series, GentleCool Series dan model-model AC lain dengan memperkenalkan FreshIN+ 2.0 AC yang pertama di dunia pada tahun 2023.

Pada tahun ini, TCL mengumumkan penyempurnaan Fasa I Taman Perindustrian Pintar Wuhan TCL dengan kapasiti tahunan sebanyak lebih 6 juta unit bagi memenuhi keperluan yang semakin meningkat terhadap produk penyaman udara premium. Ia telah mewujudkan barisan pemasangan "Tanpa-habuk" yang pertama di dunia untuk siri FreshIN TCL. Taman tersebut berpacukan digital bagi menggunakan teknologi AIoT, data raya dan pembelajaran mesin untuk meningkatkan kecekapan operasi, kualiti produk dan menurunkan kosnya.

Berserta udara bersih, agar kekal sihat dan mendapat khasiat, penting untuk pelanggan mendapat akses kepada teknologi yang betul untuk memastikan makanan lebih segar dalam tempoh lebih lama. Sinonim dengan penyelesaian pintar, storan dan menjimatkan ruang, teknologi penyejukbekuan canggih TCL merupakan padanan sempurna untuk dapur moden. Dengan Teknologi Pembebasan-anion Automatik (AAT), peti sejuk TCL menawarkan ciri-ciri penulenan, antioksida dan bakteriostatik teguh yang dapat melawan kulapuk dan racun perosak dengan berkesan, agar makanan disimpan dalam keadaan kesihatan optimum dan dipelihara untuk tempoh lebih lama.

Menyebut tentang peningkatan kesihatan, mesin basuh TCL menetapkan penanda aras untuk kebersihan, dengan gasket anti-bakteria yang melawan 99.9% bakteria dan ciri Steam Wash (Cucian Wap) yang menggunakan wap tulen untuk menghilangkan kotoran dan bakteria sambil memudahkan penyeterikaan. Akhir sekali, mesin basuh TCL terpilih diberi penarafan kelas-A untuk kecekapan tenaga dan tahap hingar, meminimumkan impak terhadap alam sekitar.

*Fungsian dan spesifikasi produk berbeza-beza antara negara/wilayah. Ketersediaan tidak terpakai untuk pasaran Amerika Utara.

Latar Belakang TCL Electronics

TCL Electronics (1070.HK) ialah sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang berkembang pantas dan peneraju dalam industri televisyen global. Ditubuhkan pada tahun 1981, kini ia beroperasi dalam lebih 160 pasaran di seluruh dunia. TCL mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna bermula daripada televisyen, audio dan peralatan kediaman pintar. Kunjungi laman web TCL di https://www.tcl.com.

1 Laporan Omdia 2022

2 Tidak terpakai untuk pasaran Amerika Utara

Source: TCL Electronics
Related Stocks:
HongKong:1070
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Television New products/services